WNL1411

dipagi hari yang sangat sejuk... aku bangun mandi untuk ker tempat keje... badan aku berasa malas untuk bergerak ker tempat keje... malas sgt2.... tetapi aku teruskan juga....

pada jam 10 pagi aku sampai di tempat keje... dengan kemalasan aku hari nie aku membuka pintu kedai... seperti biasa aku akan buka pc untuk aku dan melayari WWW.tv9.com.my... untuk menayangkan movie... akedemi polis yang belom lagi selesai aku lihat....

dalam perjalanan masa aku tidak sedar... datang seorang kawan aku yang baru balik dari sekolah menanyakan aku.. aku datang dengan aper... aku menjawab moto la.... aku terkejut bila dia mengatakan yang moto aku tiada... aku ingat mereka bergurau.. aku terus menonton movie tersebut sehingga jam 1 ptg...

tapi hati aku tidak selesa.. aku keluar dan terus melihat memang benar kata kawan ku.. moto aku sudah tiada... aku terus menelefon tauke kedai untuk melihat cctv... selepas aku melihat... memang betul moto aku telah dicuri orang.....aku terus bergegas ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan tersebut...

itulah sedikit sebanyak kisah kehilangan moto aku... moto itu adalah hak milik abang aku.. sewaktu aku berada disini 2 tahun dulu abg aku telah memberikan aku moto itu untuk memudahkan aku untuk bergerak kesana kesini...

moto itulah selama ini menjadi peneman dan kawan aku sewaktu aku di perantau.. kemana sahaja aku pergi.. aku tidak pernah meninggalkan dia....kemana saja.. tampa dia aku takkan dapat hidup bebas di perantau... saat manis dan pahit telah aku lalui bersama motoku itu...

dia lah moto kesayangan ku... sewaktu aku kehilangan cintaku dulu.. dialah penemanku.... tempat aku luahkan perasaan.. memang gilerkan aku nie... mengadu pada moto. benda yang tak boleh bercakap... tapi sememangnya itulah yang berlaku selama nie... tiada saper yang tahu betapa pentingnya dia dalam kehidupanku sebagai perantau....

aku takkan lupakan mu WNL1411
kau tetap dalam kenanganku...