PeRjAlAnAn HiDuPkU

pada suatu hari genap 4/4/1988, aku dilahirkan ke bumi oleh seorang bidan yang terknl di kampung seberang jeli... terdengarnya tangisan aku telah membuat semua orang tersenyum.. ketika itu aku belum lagi mengenal aper itu dunia.. dan waktu itu juga aku berfikir apakah itu dunia.. tak sabar nie..(kiranya aku nie hebat la sebab lahir-lahir pun dah boleh berfikir.. hahha.. poyo betul)... gurau jer lah.. jgn kisah sgt.hahha


sekarang umur aku sudah cukup 6 tahun ... aku disekolahkan di PASTI iaitu tadika.... aku belajar dengan nakalnya pada waktu itu... cikgu cukup feed up dengan sikap aku pada waktu itu... biasa la kan perangai budak2.. mana ada budak tak nakal.. tapi nakal aku nie tahap cipan tau... hahahaha.....


selepas itu, aku dimasukkan ker sekolah kebangsaan jeli (1)... untuk menjadi pelajar darjah 1.... di jeli ada 2 sekolah di bandar itu, bandar yang terlalu banyak sejarah dalam hidup ku.. bandar tanah air ku... hahaha.....


perangai yang sama aku buat iaitu kenakalan dan juga kedegilan... perangai yang orang cakap tak boleh blah... hahahah... dalam zaman persekolah itu aku cuma tahu happy jer... bukan nak  blajar pun.. tapi buat kacau jer... yang aku tahu main... rehat main belajar main... sampaikan cikgu cakap dia tenang klu tak der aku.... per2 pun aku sgt happy.. hahhah


ketika aku darjah 6... aku memasuki satu pertandingan bintang kecil.... pada ketika ini banyak dugaan yang aku hadapi.. memang salah aku pun pada cikgu 2... cikgu itu adalah guru kelas aku...


pada suatu hari aku memberitahu beliau yang aku ingin ke tandas... dalam perjalanan aku ker tandas aku terserempak dengan kwan aku... yang sama minat menyanyi seperti aku.. dia mengajak aku masuk pemilihan tersebut.. ada 5 orang yang masuk pemilihan tersebut.. dan hanya 2 orang yang akan dipilih.. lelaki seorang dan wanita seorang...


aku terus bersetuju dengan cadangannya... aku terus pergi ker rumah penginapan guru... untuk ker rumah cikgu samsul.. cikgu yang pakar dalam bidang nyanyian. hahah... aku terus berjalan.. sampai ker sana aku diajak terus menyanyi.. aku memilih lagu yang dinyanyikan oleh tomok iaitu sejarah mungkin berulang... tak boleh blahkan lagu nie...


selepas itu aku lupa yang aku masih membawa kad keluar kelas... tapi aku sedar selepas 30 minit aku menyanyi. hahah .. bila nyanyi sumer aku lupa... minat katakan... guru kelasku menyuruh seorang budak memanggilku.. aku terkejut bila diberitahu yang guru kelasku memanggilku...

aku terus balik ker kelas... tak ku sangka peristiwa buruk berlaku ketika itu... bukan ada orang mati.. tapi aku dimarahi kerana berbohong... aku dah terangkan pada beliau yang aku memang ke tandas... tapi beliau tidak mengendahkan kata-kata ku.. aku dihalau ke kelas belakang... waktu itu aku pelajar kelas 6t. tapi selepas itu aku diturnkan ker kelas paling kurang pandai... iaitu kelas 6c.. aku terus dihalau ker kelas tersbut dengan segera..

beliau mengangkat beg aku dan letakkan ker kelas tersebut.. aku berasa malu pada ketika itu sebab aku tidak berapa mengenali plajar kelas tersebut.. tapi tak ku sangka yang ramai plajar kelas tersebut minat pada nyanyianku.. bukan suara sedap.. cuma happy jer la... hahaha...

selepas itu kami beraja dalam kelas tersebut.. tak der cikgu yang datang untuk menyekolahkan kami... sebab cikgu anggap kami nie tak nak disekolahkan.. tapi kami nak menyekolahkan kami sendiri. hahahha.. susah nak faham sikit ayat nie......
kami membuat satu bilik didalam kelas tersebut sebagai bilik mensyuarat kami.. dan aku adalah ketua dalam geng itu...diaorang cukup setia.. hahaha...


dalam kelas tersebut kami cuma menyanyi jer.. tak der keje lain... itu jer yang kami buat... tapi pelajaran kami tak lah sebodoh yang cikgu lain katakan.,... dalam kelas tersebut ada yang tak boleh membaca dan menulis... geng kami bernama momok...
kami cukup happy bersama... aper yang aku suruh semuanya diaorang lakukan....


hari ini adalah hari pemilihan sebagai artis disekolah kami.. hanya 2 orang yang akan dipilih.... tapi pada hari ini aku tidak datang kerana demam... aku tak sangka sgt2 kerana cikgu samsul datang kerumah ku untuk menjemput ku ke sekolah.. ibu aku megizinkan untuk aku kesekolah untuk memasuki pemilihan tersebut.... tuah aku baik pada waktu itu kerana aku terpilih dan seorng lagi pomp bernama wanie.. suara dia sedap... cukup enak didengar....

selepas habis pemilihan aku tak ker kelas.. malah aku terus balik ker rumah kerana badan aku lemah... tapi aku tak terus tido malah aku terus menyanyi.... hahahha

pada keesokannya aku pergi ke sekolah dengan bangganya.. biasalakan sekarang dah jadi artist sekolah..... aku masuk ker kelas dan ramai yang menantikan aku... seperti biasa masuk bilik mensyuarat untuk bercerita dan menyanyi... klu ada cikgu masuk kami kuar la blajar.. klu tak der kami duduk jer dalam 2 sehingga habis waktu sekolah....kadang2 cikgu ada pun kami tak kuar......hahaha

pada waktu rehat aku pegi kuar sendiri.. untuk menambah tenaga perut... haha sudh berbunyi sekarang nie.... seperti ditakdirkan tuhan aku bertemu dengan seorang budak dari kelas 5a iaitu pelajar kelas pandai.... belakang kelas aku jer.... dia senyum padaku...waktu itu aku berada ditangga tingkat 1 untuk ker kelasku selepas membeli roti dari farmasi sekolah...dia cukup cantik...

aku terus ke kelas aku dan menceritakan kepada geng2 aku... aku suruh mereka pegi siasat siapa nama dia... esok aku akan pastikan yang aku ketahui semua info tentang diri budak itu.....

sekarang genap umur aku 13tahun......aku disekolahkan disekolah menengah kebangsaan jeli... sekolah menengah cuma ada satu jer dalam bandar jeli.. tak sama ngan sekolah rendah... sekolah tersebut ada dua sesi.. sesi pagi dan sesi petang.. tingkatan 1 hingga tingk 2 sesi petang. dan tingk 3 hingga 5 sessi pagi...

pada masa nie aku sudah berfikiran matang sedikit dewasa orang katakan... tapi bila dalam hati ada taman susah kita nak abaikan cinta.. selepas kisah aku ngan ruhil... ada kisah kedua yang melanda dalam hidup aku... iaitu areda. aku suka kan dia semasa aku tingkatan 1.. aku menulis surat padanya mengatakan yang aku menyukainya. namun aku hampa selepas aku membaca surat darinya mengatakan yang dia tidak boleh menerima aku kerana dia mahu belajar dahulu dan tak mahu meyampur adukkan pelajaran dan cinta....

selang beberapa minggu aku mendapat tahu yang dia sedang bercinta dengan seseorang.... aku doakan agar dia bahagia bersama orang yang dia sayang... sikap pandai menjaga hati yang dia tunjukkan pada aku amat aku hargai... aku faham kenapa dia mengatakan dalam surat yang dia tak nak bercinta lagi... nak fokus pada pelajaran saja.. kerana dia tak nak aku terluka bila dia katakan yang dia tak sukakan aku.... jadi dengan bangganya aku lepaskan dia dari hati...

semasa aku tingkatan 2, aku bertemu dengan gadis bernama ayu.. bermula kisah cinta aku hasil dari kawan aku yang membawa aku ke balai bomba jeli... ayu adalah anak anggota bomba.. kawan aku mengatakan yang dia nak pegi ke balai bomba jump gf dia... kawan aku suruh aku temankan... aku pergi 4 orang... seasa mereka berbual aku ngan 3 orang yang lain bersembang ngan budak2 bomba yang lain.. kami biarkan mereka jer...

dalam perjalanan balik... kawan aku mencabar aku, klu aku dapat pikat gf dia tadi aku romeo yang hebat... aku terus mengatakan yang aku tak mahu rebut dengan kawan... kawan aku mengatakan yang dia bukan menyintai budak tu pun.. hanya sekadar suka2 jer...

keesokan harinya, kakak sekampung aku suruh aku temankan dia jumpa bf dia... aku tak kenal bf baru dia... sebab kakak sekampung aku nie suka tukar pasangan.. jadi tak hairan lah klu aku tak kenal... dia suruh aku berhenti di depan sekolah kebangsaan jeli 1.. dia cakap tunggu disini jer... lepas 2 ada seorang perempuan datang berjalan kaki... aku terkejut aku bila wajah gadis itu pernah aku lihat sebelum nie... dia terus senyum.. kakak sekampung aku hairan la dan terus bertanya... kenal ker... aku cakap kenal la.. baru semalam kami jumpa....

semasa kakak sekampung aku berbual ngan bf dia.. aku lak berbual ngan ayu... aku tanya dia dah lama ker kenal ngan kawan aku.. dia cakap baru seminggu.... tanya la aper hubungan dia... dia cakap cuma kawan jer... aku jadi hairan sebab mereka sama2 tak mengaku yang mereka bercinta tapi mereka selalu bermesra....

entah kenapa.. kerana kerap kali bertemu ngan ayu.. aku jadi rapat dan kami bercinta... maka timbullah rasa tidak puas hati kawan aku... macam2 dia buat untuk jatuhkan air muka aku... sampai pernah sekali dia tulis nama aku ngan bekas2 kekasih aku... ditampalnya ditiang elektrik seluruh jeli... jenuh aku membuang kertas tersebut.... aku terasa sgt malu..... tapi aku tak pernah membalas atau mencari gaduh.. aku biarkan saja... lama2 bila mereka letih... mereka berhenti la.....

kerana hal yang mereka buat.. kami semakin romantik.. di sekolah semua heboh tentang hubungan kami... tapi setelah setahun berlalu... ayu terpaksa pergi kerana ayahnya ditukarkan ke tumpat... ayu pegi tampa memberitahu aku... ayu terus senyap sehingga pada suatu hari kawan nya memberitahu aku yang ayu dah pindah.... luruh rasa hati aku bila dia memutuskan hubungan kami tampa khabar berita.. aku jadi marah dan terus melemparkan benci....

kisah cinta sebenar aku setelah berumur 15 tahun iaitu semasa aku tingkatan 3... gadis nie sekalas ngan aku... dia tidak lah cantik seperti bidadari... tapi dia lebih cantik dari ruhil dan juga ayu... cuma tidak boleh dibandingkan dengan areda.. kerana ada betul2 cantik....

pada suatu hari di hari pertama persekolah sesi 2003.. aku terpandang seorang gadis yang suka sgt senyum.. dia kawan baik suhaila,.. kemana saja pergi mesti merka bersama... kordinat keduduka aku dalam kelas pada masa 2 02,02... aku suka dok barisan hadapan..... belakang aku lak pomp... anis ngan meknik... aku tak ingat dia duduk meja mana masa 2.... semasa aku pandang dia masa 2.. dia bersama ngan suhaila... berborak pasal aper entah... dia pun pengawas sekolah gak.. sama macam suhaila dan juga aku.. tapi sebelum nie tak pernah lak aku perasan... mungkin kata orang jika tiada jodoh wat macam mana pun tak boleh juga kan... hehhee...

aku berkanan gila pada dia masa 2... suka tahap cipan la orang ckp... sampai aku sanggup berubah untuk dapatkan cinta dia... macam2 aku lakukan untuk mendapat cinta dia... tapi kali nie.. aku hanya menyimpan dalam hati rasa cinta, sayang, rindu dan macam2 lagilah.. aku tak tahu kenapa aku bersikap macm 2,.. sebelom nie tak pun... aku nak aku terus cakap jer.... tak tulis surat seperti yang aku lakukan pada cinta aku sebelom nie... tiap2 hari aku dtang ke sekolah walaupun aku demam teruk.. kerana aku sangat merindui dia... aku rasa klu sehari aku tak datang ke sekolah aku akan menyesal....

pada suatu hari dia tak datang sekolah kerana demam.. aku jadi haru biru ketika itu... macam2 tak kene pada aku.... itu tak kene ini tak kene... hanya sehari jer dia tak datang sekolah.. tapi aku benar2 rasa terseksa... aku berborak ngan suhaila.. aku tanya pada dia mana kawan asma.. dia cakap asma demam... dia tanya aku balik.. kenapa tanya... terus terdiam aku.. nak jawab aper nie... aku wat bodoh jer... terus pegi duduk...

sekejap jer masa berlalu, persekolah cuma tinggal 2 minggu jer lagi untuk mengakhiri tahun 2003.. entah kenapa aku berasa nak sangat tulis surat pada dia.... siang malam aku berfikir nak tulis ker tak... last2 aku tulis juga... aku tulis yang aku menyintai dia.. sedalam mana cinta aku pada dia yang dia faham aku pun tak tahu.. tapi yang pastinya surat aku tak dibalas dan riaksi dia juga sama tak berubah... surat yang aku tulis aku taruh dalam buku latihan dia yang ada bawah meja... mungkin dia belum baca... aku tak puas hati, mana la tahu dia tak baca lagi... aku pergi lihat surat yang aku tulis dalam meja dia.. tapi memang tak ada... ini bermaksud yang dia sudah baca.....

awal tahun 2004 sgt2 aku nantikan.. tak sabar nak tunggu sekolah buka.... dengan penampilan yang baru aku datang ke sekolah tapi tak aku tidak pernah berjumpa dengannya.. sudah seminggu aku mencari tapi tak jumpa... nak kata dia tukar kelas mesti ada nampak juga, nie tak nampak langsung... kemana la dia pergi... makin hari makin risau aku dibuatnya... nak tanya suhaila nanti malu free jer... jadi aku biarkan aja... aku menanti kehadirannya sampai bila2... kemana pun dia pergi aku tetap akan menunggu...

pada suatu hari dipasar jeli, aku terserempak ngan dia, pada masa 2 aku dah nak balik sebenarnya... tapi bila nampak dia ngan suhaila... aku turun dari van yang mengangkut orang.. aku berjalan dihadapan mereka dan buat2 terserempak ngan mereka... orang pertama yang aku tegur suhaila dulu.... malu nak tegur dia... sebab selama nie tak pernah aku bertegur sama ngan dia.... dalam perbualan 2 suhaila ada cakap yang asma dapat mrsm.. sebab 2 la selama nie aku tak nampak dia.... aku cakap dalam hati.. aper2 pun aku pasti pada suatu hari nanti... impian aku untuk memiliki gadis itu pasti akan tercapai... impian aku terhadap dia suci.. aku ingin jadikan dia permaisuri hidup aku... aku ingin sgt berkongsi hidup dengannya... 

kini tahun 2006 tahun yang bukan lagi mengatakan aku nie budak sekolah... malah aku sudah bekerja. kerja pertama aku digunung jerai sebagai ranjer hutan contrak... handle budak2 sekolah yang buat kem kat situ.. kerja mudah jer... aku kene jaga seluruh tempat 2 dan juga membawa budak2 jungle tracking... itu jer kerja aku... 

banyak pengalaman yang aku dapat semasa bekerja di gunung jerai, dan banyak kawan yang mengenali aku.. biasa la nak naik gunung jerai nie bukan mudah... bagi yang nak berjalan hutan perlu ada aku baru boleh naik dengan selamat.. tampa surat tak boleh panjat... klu nak panjat juga jadi aper2... tak der orang nak pegi cari... cari pasal la dalam hutan 2.. jadi tarzan.. huhuhu...

selepas lama bekerja digunung jerai.. aku turun ker bandar mencari kerja yang lain... alhamdulillah aku dapat kerja di pasaraya aneka gurun dengan gaji rm400.. kerja aku sebagai household departmen.. kerja aku jaga barang2 kereta... senang jer kerja aku... masuk kerja pagi pegi bersihkan rak dn susun biar kemas... klu ada barang rosak aku perlu return... itu jer... kadang2 aku perlu tolong elektrikal..tak perlukan banyak tenaga.... kerja berdating jer setiap masa... kawan pertama aku dianeka adalah wawa... hitam manis.. muka macam mamak... gedik tapi baik.... selalu berjalan suka melenggang.... wawa la yang selalu jadi pembantu dn pengajar aku.... biasa la dia orang lama aku ak orang baru... 

pada masa nie cinta bukan lagi keinginanku... sebab aku ingin menunggu asma.. jika kami ada jodoh aku pasti dapat capai impian ku... aku hanya mengejar impian aku ajer.... selepas 6 bulan bekerja dianeka.. aku di naikkan pangkat sebagai artist dept.. kerja aku mula2 mudah jer, buat pop card untuk buyer.... popcard nie digunakan untuk memaklumkan pada pelanggan harga barang2 tersebut... tapi setelah lama bekerja, setelah sudah mahir... kerja aku menjadi makin susah dan makin mencabar...

pada masa itu aku sudah fameus dah.. semua kenal aku... aku lah orang yang paling sibuk sekali di pasaraya aneka gurun... dan aku juga orang yang suka berjalan kesana sini untuk berborak bila tiada kerja... setiap kali ada promotion, susah la aku nak kuar jump kawan2.. kene la perapkan diri dalam ofis untuk siapkan kerja...

lama kelamaan aku berhenti kerja kerana tidak mampu menanggung beban yang teramat sangat... lama juga aku mengangggur di tempat orang.. dengan duit simpanan yang aku ada.. aku masih boleh berada disana tampa kerja selama beberapa bulan... nasib aku baik kerana kawan aku apit mengatakan pada aku yang di dataran tempat dia bekerja perlukan orang yang boleh bancuh air... aku pegi la try.. mana tahu dapat.... gaji aku kat situ rm25 jer sehari.. dia bagi terus... datang kerja balik dapat duit... senang.. tak yah nak pening kepala nak makan aper esok sebab duit tak der... kerja hari senang.. dapat makan tiap2 hari.. hehehe... semenjak itulah badan aku sudah semakin naik... 

tapi kerja aku tak bertahan lama, semenjak pak aji sihat.. dia yang ambil alih kedai... bukan lagi kak ani isteri dia... pak aji menyuruh aku buat macam2... sampai suatu masa dia suruh aku repair mesin di rumah dia.. mesin kompreser.. aku tak kesah.. aku pegi repair jer... tapi lama kelamaan sampai dia suruh aku panjat pkok kelapa sambil buat tangganya sekali... mana la aku tahan... kerja penat.... aku pun melenting la.. aku minta kerja bukan panjat poko tapi buat air.. klu aku kerja macam nie baik aku minta kerja panjat pokok jer.. gaji pun mahal... terus aku balik tak datang2 kerja.... baru dia tahu siapa aku.. hahahaha

selepas itu aku kerja sebagai pakguard di sekolah menengah kebangsaan batu 5.. kerja disini sedikit sebanyak buat aku teringatkan zaman persekolahan aku.. mula aku terfikirkan asma... aper la dia tengah buat sekarang.... sihat ker dia... dah kawen ker dia.... ah.... tak payah la nak susah fikir hal nie.. dia dah lama menghilang tampa khabar berita... mungkin dia sudah punya teman istimewa... 

banyak yang aku lakukan disekolah SMKB5 salah satunya seperti.. mengajar kawad... menjadi pembantu utz yusuf untuk handle budak2 pengakap... tolong guru dan bermacam2 lagi.. kerja yang tidak pernah disenaraikan bagi seorang pakguard... aku jaga kepercayaan yang guru berikan pada aku.. jadi aku jaganya sebaik mungkin....

selepas lama dinegeri orang, aku terus melangkah pulang ker halaman ku dikelantan... tak bekerja hanya dok rumah tapi sentiasa sibuk.. hehhee... lama tak balik kampung sampaikan aku rasa kekok lak dok kat kampung nie... budak2 yang dulu berhingus sekarang dah besar malah makin besar dari aku pun ada... apa nak cakap budak sekarang nie cukup zat.....

sekarang cinta bukan aper yang ku cari bukan macam dulu... pantang tgk pomp terus terbeliak biji mata... apa pun perinsip aku gak dah berubah... makin bertambah bukan berkurang... makin susah untuk aku dipermainkan... hehehhehe... tak nak jadi orang baik tapi nak jahat.. hehehe