Sabtu, 27 April 2013

Baru 2 hari

Eem. Baru dua hr aku tak nmpk dia. Hati aku dah mula rindu. Aku tak thu lah mcm mn nk thn dengan seminggu tak jump. Sebuln. Lepas 2 sethun. Entah lah. Mmg susah nk hidup.

Isnin, 22 April 2013

Dugaan demi dugaan

Hari nie aku dapat thu yg dia ada masalh dengan kerja dia. Dia nak berhenti sebab nak kene jaga anak saudara dia yang sekarang nie mak dia yg jaga. Tp sekarang mak dia nk mula menoreh getah sebab sekarang musim pns. Tp hal ini buat dia rasa tertekan. Aku tak nk dia berhenti. Aku nk pndg dia tiap2 hari.

mungkin juga dia nk berhenti sebb tension ngan aku yang slalu dok kacau dia. Mcm mn tak terganggu dia bila ashik diusik oleh shrak. Aku la shrak 2. He3. Betul ker tak aku tulis nama makhluk hijau 2. Mesti dia pandg aku nie makhluk yg menakutkn kan. Sebb 2 sampai mcm 2 skali dia nk berhenti. Entah la....

Maafkn aku nor. Aku btl2 tak dapat buang awak dlm hdp aku. Aku btl2 tak blh lupakn dia.. Btl2 tak blh.

Sabtu, 20 April 2013

salahkah perasaan ini?

tengah hari yang malang bg aku lelaki yang tidak pernah bertuah.... sekarang aku menanggung malu kerana mencintai orang yang tak sepatutnya... dia sudah tahu yang aku menyintainya.... dia tahu segala-galanya... aku malu nak pandang dia...

kelmarin aku baru fikirkan macam mana nak kerja berjauhan dengan dia bila siap bangunan kerja aku yang baru semestinya aku perlu bertukar ke sana... dan aku pasti yang dia akan tetap disini sebab tiada transport untuk kesana... aku ingat nak gunakan masa yang ada untuk cipta kenangan bersama dia disini sebelom aku kesana.. tapi semua dah berakhir... aku nak pandang dia pun aku malu.... bodoh betul la aku nie.. mcam mana aku boleh terkantoi... mesti dia baca blog ni... apa harus aku buat sekarang...

mungkin aku tak ditakdirkan untuk hidup bahagia... hari yang bahagia tak lama aku miliki... dari kecil lagi sehingga sekarang aku masih tak dpat nak kecapi kebahagian yang aku inginkan.... tak der ker keistimewaan yang ada pada aku yang boleh buat dia terpikat... kenapa rupa dan wang yang dipandang... bahagia ker bila ada duit... bahagia ker bila ada rupa.... mungkin rupa macam aku nie hanya layak berangan untuk miliki gadis sepertinya.....

tuhan, engkau tahu betapa aku cintakan dia... sekarang dia dah tahu segalanya tentang perasaan aku. aku tahu ini semua dugaan dan takdirmu untuk memberikan dugaan untuk hambamu, dikau juga pernah berkata bahawa tiada dugaan yang akan berikan kepada orang yang engkau murkai... aku bersyukur dan redha diatas dugaan yang engkau berikan menandakan yang engkau dakat denganku.... tetapi dugaan ini terlalu berat untuk aku... ya allah. bukalah hati dia untuk menerima ku yaallah.. aku berjanji kepadamu yaallah.. aku akan sentiasa menyayanginya dan akan menjaganya seperti mana aku menjaga nyawaku... aku juga pinta kepadamu sucikanlah hati ini dari dugaan nafsu syaitan yang boleh membuat kemurkaan mu ya allah... kerana engkau tahu apa yang tersirat dan juga yang tersirat,...

sekarang nie apa yang aku rasakan hanya malu untuk berdepan dengan dia dan juga rasa bersalah kerana memberi beban kepadanya dengan mencintainya... aku dah cuba untuk melupainya dulu dan kini tapi tak boleh... ia tetap hadir di setiap mimpiku.. mujurlah aku dah ada gambar dia... dapat aku mengubat rindu ku padanya.... salahkah perasaan ini?

jika diizinkan tuhan aku nak jadikan dia permaisuri hidup aku... tapi itu tidak mungkin akan berlaku kerana dia sudah berpunya dan jika bukan sebab itu pun dia tetap tak akan pilih aku....

Rabu, 17 April 2013

betul ker aper yang aku buat sekarang?????

betul ker paer yang aku buat sekarang nie ek.... aku suka pada orang yang dah ada pakwa... dah mereka bahagia.... tidakkah kehadiran aku nie hanya akan mengganggu cinta mereka... walaupun aku tak bgthu dia.. walaupun aku tak nampakkan yang diri aku nie cintakan dia... tapi suatu hari nanti dia akan tahu juga... sejauh mana rahsia itu dipegang suatu hari nanti pasti akan tersebar jua.... sebab tiada rahsia yang akan kekal sebagai rahsia... tambahan plak aku kerja sekali ngan dia sekarang nie... aku tak boleh sembunyikan perasaan aku yang selama ini sudah lama mencari dia... 6 tahun.. lama sungguh perasaan 2 hadir, walaupun telah ramai yang aku pernah miliki tapi dia tetapo dihati aku.... kenapa ek... mungkin sebab hati aku nie kotor... kotor dengan perasaan cinta... cinta yang tak akan aku miliki....

sudah jauh aku merantau untuk lupakan dia tetapi tiada cinta sehebat ini yang pernah aku miliki.. aku memang benar2 cintakan dia.. walaupun aku telah dengar banyak hal buruk pasal diri dia tapi tiada satu pun aku ambil peduli.... cuba korang fikir.. aku dah lama tunggu dia hadir... sehinggakan aku sanggup rapat ngan adik dia untuk dapat jump dengan dia... tapi tetap kecewa.. tiba2 takdir jua yang ketemukan aku dengan dia... aku betul2 tak boleh nak lupakan dia... walaupun aku tahu dia sudah berpunya.. tetapi dalam hati aku tetap tak boleh lupakan dia.... aper yang aku perlu buat sebenarnya....

adakah tuhan temukan aku dengan dia untuk bebankan hidup dia...  ya allah engkau jauhilah dia dengan dugaan2 yang berat untuknya ya allah. aku tak sanggup untuk melihat wajahnya yang murang dengan bebanan masalah.... senyuman dia pengubat luka dan pengubat rindu aku.... aku tak pernah melupaimu ya allah.. dimana saja aku berada engkau sentiasa ada didalam hati aku... niat aku suci untuk jadikan dia isteri tercinta aku ya allah... engkau tunaikanlah niat dan hasratku ya allah...

adakah benar aku hadir untuk bebankan dia... mungkin juga.... mungkin dulu sebelom aku bekerja disini, dia sentiasa heppy tapi setelah kehadiran aku disini, rakan2 sekerja selalu mengejek dia dengan aku.. mungkin dia rasa tak selesa dan berhenti kerja....  adakah dia rasa seperti itu sekarang nie?.... apa la yang aku nak lakukan... macam mana aku nak tahu apa yang dia rasa... bila aku tanya kawan2 sekerja diaorang cakap dia tak cakap aper2 pun. bila aku fikirkan balik, dia takkan bagitahu rakan sekerja dia sebab dia 2 jenis senyap jer... kurang bercakap... senyap jer.. 

ibu aku pula dah berkenan ngan dia... tapi dia milik orang lain... jika aku masuk melamar dia, dia terima ker tak ek... boleh ker dia pandang rupa hodoh aku nie ek...

Isnin, 15 April 2013

jelingan yang menawan

hehehehehe... terlalu heppy jadi aku mulakan penulisan aku dengan ketawa.... setiap hari aku hanya boleh curi pandang dia dari tepi cpu komputer. maklumlah, cinta aku nie bukan la cinta yang diterima, tapi cinta ditolak.. hehehe.. jadi klu tak nak kene tampar kene la pandai sembunyikan perasaan macam tak der aper... tapi aku tak boleh nak sembunyikan perasaan aku pada dia, sebab itu aku malu sgt nak pandang muka dia.. takut bila aku dah pandang dia aku tak boleh nak toleh belah lain lak... maut aku nanti.. awek orang tu...

kadang2 ada aku rasa heppy dengan perasaan aku sekarang tapi kadang2 aku rasa sedih pun ada, kadang kala datang gak perasaan takut bila nampak dia macam mencuka aku jadi takut dah.,... nampak dia macam nak menangis dengan masalah dia aku pun jadi sedih gak.. bila dia ketawa terbahak2 aku jadi heppy gak.. heheh.. tapi klu dia ketawa terbahak2 tu aku tak pernah tgk lagi la dia ketawa macam 2.... dia macam wanita sopan tau... itu yang buat aku makin terpegun lihat dia...

klu la dia cakap nak tunggu aku masuk melamar. pasti aku akan usahakan untuk masuk melamar dia... aku pasti akan bahagia dengan dia. sebab sekarang nie walaupun tak dapat bersama dengan dia seperti pasangan seorang kekasih tetapi walaupun hanya melihat curi-curi, itu pun dah boleh membahagiakan aku....

tapi kini aku rasa mereka semua dah tahu tentang perasaan aku... aku tak nak dia dapat tahu... aku rasa takut dalam hati aku apabila aku lihat dia masam ajer selepas masuk rehat tadi... apa tidaknya heboh waktu rehat tadi yang aku lihat gambar dia terkantoi dengan rakan ofis.... punya la malu aku depan dia tadi... klu boleh aku tak nak dia rasa janggal atau pun bencikan aku kerana aku bahagia dengan sekarang... aku tak nak dia bencikan aku dengan begitu sekali.... aku tahu sekarang dia dah nampak lain... lain sgt... tak seperti yang sebelom nie... aku harap dia tak ambil hati dengan apa yang dicakapkan dengan rakan sekerja tadi pasal ika,, tapi sebenarnya menunjukkan pasal diri dia.. diaorang gunakan nama ika untuk tidak memecahkan rahsia aku.. tapi akhirnya dia tahu segalanya... aku ingat lagi dia pernah ada cakap aku kene minta maaf dengan ika sebab tgk gambar ika... dia la yang dia maksudkan.. tapi aku diamkan diri jer.. masa nie aku rasa nafas aku terhenti....

Rabu, 10 April 2013

hidup semakin bahagia

hari nie aku datang kerja dengan semangat yang berkobar, sebab pertama aku buat kerja yang aku suka.. yang paling penting sebab dia aku dapat jump ngan bintang hati aku.. hanya bintang hati aku.. bukan hati dia... pelikkan... memang aku nie suka buat perkara yang pelik...

hari nie aku tgk dia cantik sangat.. luruh jantung aku... tambahan pula dia semakin rapat ngan aku sekarang nie... bukan dia suka pun kat aku.. cuma rapat sebagai rakan tempat kerja... aku pun sedar diri jugak.. cinta dia untuk orang lain bukan untuk orang yang hodoh macam aku nie.... klu dia solo sekalipun dia takkan pilih aku... walaupun dia tak der pilihan dah... dia tetap takkan pilih aku.... aku rasa la.

hari nie dia pakai baju coklat kain tudung kelabu gelap berseluar jeans... aku pakaian selamba jer... tshirt putih berselaur jeans... dia pakai aper pun memang cantik.. tapi aku nie pakai la smart macam mana pun tetap tak nampak smart... klu la aku smart pasti dah dapat pikat dia.... nasib la....

misalnya dia terima aku... aku tak tahu aku boleh terima ker tidak kenyataan tu, mungkin bahagia yang aku cari akan aku miliki... tapi aku tgk dia pun aku boleh bahagia dah... mungkin semua orang cakap aku sukan dia sebab kecantikan diakan.... sebenarnya bukan kecantikan ajer yang aku pandang.. tapi dia cukup ciri2 wanita yang aku inginkan... seperti manja, pendiam. dan ada la yang susah nak dicakapkan dengan kata2.

dia cukup semua yang aku nak.. tuhan, terima kasih kerana temukan aku dengan dia, walaupun pertemuan ini hanya sekadar pertemuan itu semua sudah berbaloi. kerana adanya dia didepan mata aku buat aku kembali ceria dan bersemangat.... az masih ada dalam hati aku, belom sepenuhnya aku dapat lupakan dia... tapi dengan hadirnya dia dan kawan2 baru, aku dah boleh sedikit sebanyak lupakan az... memang nak dikira cinta yang aku bina hanya untuk dipermainkan kot... dah banyak cinta yang aku bina tapi semua hancur berkecai disimpang jalan.... sekarang aku nak orang yang aku sayang and cinta disisi aku dengan panggil sahabat sahaja... pasti aku akan bahagia dengan hubungan itu... jika dia gembira aku akan gembira.... tapi boleh ker aku tahan bila dia bermesra dengan kekasihnya.. aku nie lelaki kuat tapi tentang hati aku juga lemah....

Ahad, 7 April 2013

senyumannya menawan

wah.. pagi yang sangat indah... hari nie senyuman dia sangat mengasyikkan. memang cantik.... ayu jer... wah wah wah.... pasti beruntung siapa yang dapat miliki pomp nie... tak banyak cakap.. pendiam. cukup ciri citarasa aku.. dulu aku kejar dia hanya kerana dia buat aku terpaku dan terpegun lihat dia.. tapi sekarang bila dok dekat lagi la buat aku terpegun... cukup sempurna di mata aku... cukup sifat yang aku inginkan... perfect....

kalau la akiu ada jodoh dengan dia... akan aku curahkan segala kasih sayang yang aku ada untuk kebahagian dia... jika dinilai dia memang bukanlah secantik bidadari tapi maksud aku cukup sempurna kerana dia cukup sifat wanita yang aku ingin miliki.... aku akan terus mengenali dia sehingga kehujung nyawaku... jika aku tidak dapat bersama dengan dia sebagai seorang kekasih. aku akan cuba mengenali dia sebagai seorang sahabat... sahabat yang boleh membuat hati aku berdentum kuat bila bertemu , apatah lagi jika berada dekat2. aku rasa luruh segala jantung aku... hahaha...

maaf yer kawan2. disini aku tak boleh tuliskan nama dia agar tiada kontrolversi nanti... aku tak minat gosip murahan... hehehe.. tapi klu gosip ngan dia aku nak.. hehehhe,,,, aku pun tak tahu sejauh mana cinta aku pada dia.. tapi apa yang aku tahu hidup aku bahagia dengan hadirnya disisi aku selepas az pergi dari hidupku... tuhan memang hebat, memang maha kuasa, dia akan berikan apa yang mampu tapi bukan apa yang kita nak...

sudah 2 minggu lebih aku kerja kat sini... nampaknya dia pun dah mula tegur aku,, tapi tak banyak la.. mungkin sepatah dua jer... klu la dia tahu yang selama nie aku kejar dia.. pasti dia akan benci aku, sebab aku yang tak da rupa nie pernah mengacau dia.. aku rasa dia akan lempang muka aku. jadi sejarah kedua la aku kene tampar dengan orang yang aku sayang.

jika dimakbulkan tuhan, doa aku selama 6thn ini, aku pasti akan bahagia dan aku akan bersyukur diatas kurniaan tuhan, aku akan jaga dia lebih dari nyawa aku... aku tak kesah siapa dia dan apa sejarah hidupnya. yang aku mahu aku nak hidup bahagia bersamanya.. tuhanku, bukakanlah hatinya untukku....

Rabu, 3 April 2013

hari yang bertuah

aper yang aku cakap kan dahulu ada seorang yang aku terlalu gilakan sampai aku sanggup pergi ke pasar tiap2 hari untuk bertemu muka dengannya kini bekerja bersama dengan aku ditempat aku bekerja... terkejut juga bila kali pertama aku pandang dia semasa aku interview. aku nampak dia keluar dari kedai yang aku ingin pergi.. aku sangkakan dia akan berkahwin tapi rupanya dia bekerja disini... luruh habis jantung aku bila tahu semua nie... seronoknya.... he3....

kini aku kerja dalam butik boleh la aku berjumpa dengan dia... kalau aku kerja kat stor tak boleh la nak pandang dia.... klu korang semua nak tahu,.. sekarang pun aku ngan pandang dia.. cantik tau sekarang nie... rasa seronok juer aku bila dapat tgk wajah dia masa dia senyum, ketawa.. fuh... meleleh beb... cun melecun....

aku sanggup tolak tawaran kerja yang bergajikan rm3800 kerana ingin bekerja satu bumbung dengan dia... walaupun aku tahu dia tak boleh jadi milik aku, dan dia pun tak tahu sebenarnya yang aku ada hati pada dia... dan aku pernah mengejar dia dulu.... singkap sungguh masa berlalu... klu nak dikira dah 6 tahun aku pendamkan semua 2...

ya tuhan... terima kasih kerana makbulkan doaku ya allah... aku percaya dengan takdir pertemuan yang engkau ciptakan untuk aku.. jika dia engkau ciptakan untuk ku.. berikanlah hatinya kepadaku seperti mana hati ini engkau ciptakan untuknya... engkau tabahkan jua hatiku untuk terima ia seadanya dan panjangkan jodohkan serta panjangkan juga nyawanya... aku terima ia seadanya ... aku tak kesah apa latar belakang dia.., dan apa sejarah hitam dalam hidup dia... yang aku tahu menyintainya sepenuh hati aku... tapi tuhan... hanya engkau yang tahu tentang cinta ini... cinta yang engkau beri dalam bentuk hati... aku takkan luah dan aku takkan cerita pada sesiapa pun... jika ia jodoh aku dia akan jadi milik aku suatu hari nanti.. jika dia bukan jodohku aku terima dengan redha. jika dia bahagia dengan cinta dia aku turut bahagia, jika dia bahagia dengan perkahwinan dia aku turut bahagia.. aku mohon padamu ya allah. siapa pun yang engkau jodohkan untuk dia, tolonglah berikan kebahagian untuk dia... aku tak sanggup melihat dia menangis atau sengsara.. adakah ini cinta sebenar tuhanku..

aku tak der sesiapa yang boleh dikongsi... hanya engkau dan blok ini ya allah yang aku boleh berkongsi.. tak ada sesiapa didunia ini yang aku boleh percaya.. aku mohon berikan dia kebahagiaan dan kesihatan yang baik ya allah.... amin ya rabbal alamin....