Khamis, 30 Oktober 2014

This is my love


Redlove

Redlove akan diubah suai sebelom tahun baru 2015. Dan pada bulan 3 familyday peneng region akan diadakan.. jadi aku berharap yg redlove sempat siap sepenuhnya.. fizikal dan juga mental.. hahahaha

nanti caq akan updatekan bila redlove dah siap diubah suai sepenuhnya.. sekarang redlove dalam pengubahsuaian enjin kerana masalah enjin sebelumnya pecah dan memerlukan enjin yg baru..

lepas siap pemasangan enjin perlu di endos dahulu.. melibatkan pospakom dan jpj.. siap endos terus makeup redlove seperti disign yg telah caq siapkan.

harap2 menjadi seperti yg dirancangkn..
amiiiiin

Rabu, 29 Oktober 2014

Pagi yang indah.. dikeheningan pagi yg sejuk bagai nak menusuk tulang.. aku bangun meronda ke segenap ruang dan kawasan di sekolah yg aku ditugaskan menjaga... dalam kesejukan pagi. Dalam kegelapan malam. Lampu2 yg dipasang tiada gunanya kerana kabus mengaburi cahaya lampu tersebut... kedengaran nyalakkan anjing di sekitar kawasan perumahan kejiranan kawasan aku berjaga menambahkan lagi kesuraman pagi ini... tp itu bukan persoalannya atau kemuskilannya..  tiada sedikit rasa tkt untuk aku meninjau kawasan jagaan aku dengan cermat dan tekun.. tetapi tiba2 di suatu tmpt kesejukannya semakin meninggi.. aku tidak berdaya lg untuk meneruskan langkah.. jaket tebal 15 inci yg ku pakai tidak ada effectnya diketika inii.. tiba2 kepala aku raya bergoyang dan kepala ku rasa sakit.. bila aku meneliti kembali kenapa aku begini dan apa yg sebernya berlaku? Datang satu persoalan tak romantik langsung mimpi aku... hehheeehh...

Jangan marah ye pembaca semua... semoga hari ni anda dirahmati dan dilindungi dr yg maha esa... smile forever...

Isnin, 27 Oktober 2014

Sudah lama tak update blog

Salam semua and selamat petang...

Kawan2 semua apa khabar? Sudah lama caq tak update blog ni sebab sibuk and tak de apa yg nak ceritakan.. hari ini caq ingin berkongsikan satu perkara yg tak penting pun sbnrnya... tp saja2 nak kongsi.. blog ini caq cipta untuk meluahkan isi hati.. tp sekarang susah nak update isi hati sbb ramai yg caq kenal sudah tahu blog ni milik caq.. klu kawan2 nak thu.. nama yg caq gunakan dalam blog ni semuanya bukan nama sebenar caq.. caq dpt feed back dr kawan2 bertanya siapa nama sebenar sy.. meraka juga ada mengatakan adakah blog ini ramai admin... hehheee

Sebenarnya begini cerita dia.. dulu caq ada tulis tentang is.. then lepas tu tntang roy.. abey dan sekarang caq.. semua ini adalah panggilan komersial sahaja.. orang panggil panggilan manja.. heheee.. manja la sgt kan.. hahaa

Is adalah nama panggilan pertama dr seorang yg bernama suhairy tiana.. seorang insan yg pertama menyintai caq dalam diam.. sehinggakan suatu hati caq ketahuinya tp dah terlambat... itulah asal cerita panggilan is yg caq dpt.. maksudnya is adalah panggilan dr cinta pertama caq... hahahaa.. hebat tak.. hahaah...

Roy plak adalah nama playboy caq masa lepas kecewa dengan cinta sue (cinta pertama).. maksudnya disini.. is hanya seorang sahaja yg panggil.. dan roy plak ramai yg panggil.. siapa yg caq berikan nama roy pada dia adalah cinta palsu. Maksudnya caq menyintai mereka cuma sekadar untuk melupai sue... sblm tu caq minta maaf pada sesiapa yg pernah bersama caq dengan panggilan roy.. caq tak berniat nak permainkan perasaan awak2 semua.. sekali lagi caq minya maaf.. anggap lah masa tu kita bertemu pada masa yg salah... jahatkan caq?

Abey pula panggilan pagi club moto.. kebanyakannya negeri kedah dan pineng semuanya panggil caq dengan nama abey.. bermula dari pasaraya aneka gurun iaitu kerja pertama caq semasa menjadi perantau terhormat.. hahaa..

Dan sekarang adalah caq iaitu gelaran bg club kereta.. tapi tak ramai yg panggil caq.. klu yg rapat diaorang suka panggil sa... caq ni nama untuk konvoi bg club kereta.. tp jangan fikir yg caq tak bangga dengan nama yg ayah caq berikan.. caq sangat bangga dengan nama yg diberikan... sangat bangga.. mohd faisal itu adalah nama sebenar yg tertera di dalam ic kad. Seorang insan biasa yg halir kedua.. walaupun tidak dari keluarga yg beharta, tidak kacak, tapi caq bersyukur kerana caq sempurna akal dan fizikal...

Kata orang cinta tak pandang rupa.. tp yg caq lihat dari pengalaman caq.. semua orang pandang rupa sekarang ni.. nak yg hensem.. nak yg kaya.. bahkan cinta berkawan pun susah sekarang ni.. sekarang zaman moden berkawan di alam maya.. maksudnya tak pernah jump.. kawan ke macam tu.. maksud caq kawan itu ada.. maksudnya disisi kita.. sebenarnya sahabat lebih penting dari kekasih.. sbb kekasih datang dan pergi. Tp sahabat kekal abadi...

Itu sahaja yg nak caq kongsikan hri ini.. redlove dalam pembaikan.. bila siap banyak pengalaman dan cerita yg nak caq kongsikan... jump lg di lain hari.. bg kawan2 youtube dan facebook.. semoga kawan2 caq berpuas hati ye dengan jawapan yg caq berikan..

Sekian..