CiNtA As

as...

bila nama nie aku sebut pasti senyuman akan terukir dari raub wajah aku.... bila aku kenangkan kembali kisah lalu.. pasti akan mencuit hati aku... dikala ku sepi, dikala ku sedih, hanya dia menjadi pengubat di segala masalah yang aku lalui.... impian aku masih belum aku kecapi.. kini aku sudah mula berhubung kembali dengannya... berhubung dengan panggilan dan juga SMS... aku rasakan yang tuhan telah ciptakan aku bersama.. kerana tuhan sudah mula mendekatkan dia dengan aku setelah lama dulu berjauhan mencari hala tuju dan impian sendiri...

mungkin tiada siapa yang tahu apa yang telah aku lakukan demi cinta aku terhadapnya... namun yang pasti tuhan saja yang tahu... sejak dari aku mendapat no fon dia semasa terserempak dengannya di pasar jeli.... aku terus menghantar SMS dan terus menghantar agar aku tidak akan terputus hubungan lagi dengannya... tapi siapa tahu kuasa tuhankan... tuhan dah aturkan segala2nya.. jadi kita tak boleh lari dari dugaan darinya...

dalam keenakan berbalas SMS tiba2 fon aku jatuh ker lantai dan berkecai.... tak tahu nak wat aper lagi.. hanya satu yang penting yang perlu aku cari iaitu sim kad.. kerana hanya simkad yang boleh sambung perhubungan antara kami.... bersusah payah selama ini aku menjaga hubungan aku... dan kini aku harap ia tak akan berlaku lagi... aper pun yang berlaku aku akan selalu berhubung dengannya...

keesokannya aku beli fon baru.... malang tak berbau.. baru jer beli.. fon tertinggal di kedai makan semasa menjamu selera pagi tadi.. cari tapi dah tak dapat.... aku tention sangat2.. tak tahu aper nak buat.... aku pergi buat sim card baru no. sama... tapi tiada panggilan atau meseg dari dia... aku masih menanti... sehingga berbulan2 tapi masih tak ader panggilan or sms dari dia... aku dah tak tahan merindui dia... aku cuba pergi mencari dia di kulim.. tempat dia belajar... hari demi hari aku ke sana... ride dari gurun ke kulim mengambil masa 2-3 jam... aku tetap tak berputus asa... sudah sebulan lebih aku ulang alik dari kulim ke gurun untuk mencari, nasib klu2 boleh berjumpa dengan asma...

pada suatu hari aku mendapat satu meseg yang mengatakan club moto aku wat gate di kulim.... berharap aku dapat sertainya.. aku reply meseg tersebut dan mengatakan aku pergi...  kami pergi ker lata ulu paip... aktiviti kami bakar ayam dan mandi manda.... selepas aktiviti selesai ada sorang memperkenalkan diri mengatakan beliau budak baru dalam kelab moto tersebut... dia masih belajar di uitm kulim... dia mengatakan pada aku yang dia selalu nampak aku lalu kawasan kulim... malah dia rasa pelik sebab aku tinggal di gurun.... aku sekadar senyum jer.... pada malam tersebut dia ajak aku lepak, dia cakap malam nie ada pasar malam kat kulim dekat tempat dia belajar... aku pun on jer la... mana la tahu boleh jumpa asma kat situ....

dalam aku tengah gelak ketawa, aku terlihat beberapa orang wanita dan seorang lelaki sedang bejalan mesra... lelaki itu bergurau mesra bersama dengan beberapa orang wanita yang salah seorangnya adalah orang yang aku cari2 selama ini.... aku terus sembunyi di belakang baju2.. agar dia tidak tahu yang aku ada disitu... hampa hati aku.. sebab itulah dia tidak pernah menelefon aku.... selama ini hanya aku yang call.. bukan dia... klu aku tak mulakan meseg dia pasti takkan meseg..... kerana memikirkan asma aku terlupa yang aku berdua.... aku abaikan kawan aku kerana ingin menyembunyikan diri darinya...

kawan aku tanya pada aku saper pompuan yang aku cari2 kan 2... aku cakap la nama dia asma... dia tanya budak mana.. aku cakap budak kelantan... dia cakap dia kenal sorang budak kelantan nama asma.... mungkin kawan yang aku cari2 selama nie... dia boleh tolong aku dia cakap... tapi selepas aku nampak tadi aku terus cakap tak yah la... sebab dia pasti takkan kenal aku..... aku terus bagitahu kawan aku yang aku nak balik.....

sampai digurun aku singgah cyber cafe untuk hilangkan rasa hampa dalam diri... aper yang aku tahu... aku tak boleh lupakan dia.... aku rasa nak menangis... tapi untuk aper?.... takkan dia tak tahu yang aku sukakan dia... aku berjanji takkan  kacau hidup dia lagi.. dan aku akan cuba lupakan dia..... tapi adakah aku boleh lakukakannya.. menyintai cukup mudah.. tapi susah untuk membenci.....

sudah lama aku biarkan jiwa aku dibawa tiupan angin pulau langkawi.. aku datang ke pulau langkawi nie untuk merawat luka hati.... aku bercadang nak tinggal seminggu kat sini.... macam2 aktiviti yang aku lakukan... sampai naik kering dah duit aku belanjakan.... bosan pun ada sebab aku pergi seorang diri....

kini asma sudah berkahwin dengan kekasih hati dia... aku tidak tahu pun yang surat aku berikan padanya dulu tidak sampai kepada dia...rupanya hanya aku yang menanti... kini aku lepaskan dia pergi dengan kekasih hati.... semoga bahagia hingga ker anak cucu.. 

tamat