Selasa, 4 November 2014

Hari ini ada satu kisah yg boleh dikatakan menarik juga yg caq nak kongsikan dengan pembaca semua... pada suatu hari di hari yg boleh dikatakan hari yg bertuah dalam hidup caq.. pada masa itu ada satu konvoi bersama club moto tzm malaysia.. caq adalah sweeper marshall pada masa tersebut.... konvoi bermula di alor star kedah.  Dan caq nantikan konvoi di rv pertama iaitu tol gurun.. dari alor star seramai 25 buah moto dan caq cuma sebuah... mereka tiba pada jam 10.20 pg... konvoi mereka tanpa marshall.. sampai di tol gurun konvoi bersama narshall bermula .. caq terpaksa handle 25 buah moto dari alor star ke rv kedua.. tol juru.. yg menjadi masalah adalah dalam 25 buah moto tersebut cuma 5 buah aja yg ada pengalaman berkonvoi.. jadi itu memberikan masalah pada caq untuk mendisiplinkan mereka.. yambah lak mereka bukan mudah untuk menerima arahan.... tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke rv tol juru.

Khamis, 30 Oktober 2014

This is my love


Redlove

Redlove akan diubah suai sebelom tahun baru 2015. Dan pada bulan 3 familyday peneng region akan diadakan.. jadi aku berharap yg redlove sempat siap sepenuhnya.. fizikal dan juga mental.. hahahaha

nanti caq akan updatekan bila redlove dah siap diubah suai sepenuhnya.. sekarang redlove dalam pengubahsuaian enjin kerana masalah enjin sebelumnya pecah dan memerlukan enjin yg baru..

lepas siap pemasangan enjin perlu di endos dahulu.. melibatkan pospakom dan jpj.. siap endos terus makeup redlove seperti disign yg telah caq siapkan.

harap2 menjadi seperti yg dirancangkn..
amiiiiin

Rabu, 29 Oktober 2014

Pagi yang indah.. dikeheningan pagi yg sejuk bagai nak menusuk tulang.. aku bangun meronda ke segenap ruang dan kawasan di sekolah yg aku ditugaskan menjaga... dalam kesejukan pagi. Dalam kegelapan malam. Lampu2 yg dipasang tiada gunanya kerana kabus mengaburi cahaya lampu tersebut... kedengaran nyalakkan anjing di sekitar kawasan perumahan kejiranan kawasan aku berjaga menambahkan lagi kesuraman pagi ini... tp itu bukan persoalannya atau kemuskilannya..  tiada sedikit rasa tkt untuk aku meninjau kawasan jagaan aku dengan cermat dan tekun.. tetapi tiba2 di suatu tmpt kesejukannya semakin meninggi.. aku tidak berdaya lg untuk meneruskan langkah.. jaket tebal 15 inci yg ku pakai tidak ada effectnya diketika inii.. tiba2 kepala aku raya bergoyang dan kepala ku rasa sakit.. bila aku meneliti kembali kenapa aku begini dan apa yg sebernya berlaku? Datang satu persoalan tak romantik langsung mimpi aku... hehheeehh...

Jangan marah ye pembaca semua... semoga hari ni anda dirahmati dan dilindungi dr yg maha esa... smile forever...

Isnin, 27 Oktober 2014

Sudah lama tak update blog

Salam semua and selamat petang...

Kawan2 semua apa khabar? Sudah lama caq tak update blog ni sebab sibuk and tak de apa yg nak ceritakan.. hari ini caq ingin berkongsikan satu perkara yg tak penting pun sbnrnya... tp saja2 nak kongsi.. blog ini caq cipta untuk meluahkan isi hati.. tp sekarang susah nak update isi hati sbb ramai yg caq kenal sudah tahu blog ni milik caq.. klu kawan2 nak thu.. nama yg caq gunakan dalam blog ni semuanya bukan nama sebenar caq.. caq dpt feed back dr kawan2 bertanya siapa nama sebenar sy.. meraka juga ada mengatakan adakah blog ini ramai admin... hehheee

Sebenarnya begini cerita dia.. dulu caq ada tulis tentang is.. then lepas tu tntang roy.. abey dan sekarang caq.. semua ini adalah panggilan komersial sahaja.. orang panggil panggilan manja.. heheee.. manja la sgt kan.. hahaa

Is adalah nama panggilan pertama dr seorang yg bernama suhairy tiana.. seorang insan yg pertama menyintai caq dalam diam.. sehinggakan suatu hati caq ketahuinya tp dah terlambat... itulah asal cerita panggilan is yg caq dpt.. maksudnya is adalah panggilan dr cinta pertama caq... hahahaa.. hebat tak.. hahaah...

Roy plak adalah nama playboy caq masa lepas kecewa dengan cinta sue (cinta pertama).. maksudnya disini.. is hanya seorang sahaja yg panggil.. dan roy plak ramai yg panggil.. siapa yg caq berikan nama roy pada dia adalah cinta palsu. Maksudnya caq menyintai mereka cuma sekadar untuk melupai sue... sblm tu caq minta maaf pada sesiapa yg pernah bersama caq dengan panggilan roy.. caq tak berniat nak permainkan perasaan awak2 semua.. sekali lagi caq minya maaf.. anggap lah masa tu kita bertemu pada masa yg salah... jahatkan caq?

Abey pula panggilan pagi club moto.. kebanyakannya negeri kedah dan pineng semuanya panggil caq dengan nama abey.. bermula dari pasaraya aneka gurun iaitu kerja pertama caq semasa menjadi perantau terhormat.. hahaa..

Dan sekarang adalah caq iaitu gelaran bg club kereta.. tapi tak ramai yg panggil caq.. klu yg rapat diaorang suka panggil sa... caq ni nama untuk konvoi bg club kereta.. tp jangan fikir yg caq tak bangga dengan nama yg ayah caq berikan.. caq sangat bangga dengan nama yg diberikan... sangat bangga.. mohd faisal itu adalah nama sebenar yg tertera di dalam ic kad. Seorang insan biasa yg halir kedua.. walaupun tidak dari keluarga yg beharta, tidak kacak, tapi caq bersyukur kerana caq sempurna akal dan fizikal...

Kata orang cinta tak pandang rupa.. tp yg caq lihat dari pengalaman caq.. semua orang pandang rupa sekarang ni.. nak yg hensem.. nak yg kaya.. bahkan cinta berkawan pun susah sekarang ni.. sekarang zaman moden berkawan di alam maya.. maksudnya tak pernah jump.. kawan ke macam tu.. maksud caq kawan itu ada.. maksudnya disisi kita.. sebenarnya sahabat lebih penting dari kekasih.. sbb kekasih datang dan pergi. Tp sahabat kekal abadi...

Itu sahaja yg nak caq kongsikan hri ini.. redlove dalam pembaikan.. bila siap banyak pengalaman dan cerita yg nak caq kongsikan... jump lg di lain hari.. bg kawan2 youtube dan facebook.. semoga kawan2 caq berpuas hati ye dengan jawapan yg caq berikan..

Sekian..

Isnin, 15 September 2014

Hari ni aku sunyi sgt.. sgt2 sunyi.. klu lah ada redlove . Redlove jr and redlove sr tak lg blh menemani kesepian aku buat masa ini.. kerana redlove sakit.. redlove sr dihantar ke bengkel untuk baik pulih.. manakala redlove jr dibawa ke krabi,thailand untuk tukar alat2 yang baru.. entah kenapa hari ni aku sunyi sgt.... hermmmm.

Jumaat, 12 September 2014

Aku sgt rindukn dia.. tp dia tak pernah mengerti yg aku benar2 menyintai dia.. dah lama tak berhubung ngan dia.. sbb sekolah .. dia nampak sombong ngan aku di sekolah.. bila aku pandang dia dia tak pandang aku pun.. adakah dia sudah membenci aku atau sudah tidak mahu pedulikan aku lg..

Tp aku lege sekarang dia dah pun berhubung balik ngan aku.. aku bersyukur.. ya allah engkau kekal kan lah perasaan yg suci ini sehingga ke akhirnya.. kerana dialah permaisuri hidupku.. aku ingin menyintai dia sehingga ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat.. kalaulah dia benar2 mengerti maksudku? Tp tak mungkin sebab dia tak pernah menyintai aku... jika dia menyintai aku.. pasti dia juga akan lakukan perkara yg sama seperti aku.. tp tidak..

Selasa, 5 Ogos 2014

novel terbaru

assalamualaikum..

novel terbaru telah diterbitkan bertajuk "Diari seorang romeo".. iya berkisahkan kisah benar. kepada yang terlibat didalam penceritaan novel tersebut saya minta maaf sebagai penulis kerana sy sekadar ingin menulis kisah yang benar yang pernah saya lalui... diharap juga kemaafan kepada pembaca kerana sy bukanlah seorang penulis novel yang profesional malah bukan juga amatur atau biginer... sy cuma ingin menulis kerana sy minat bukan kerana sy pandai... banyak bahasa-bahasa yang tidak tersusun dengan baik.. tp saya sudah buat yang terbaik... sy hanya dapat keputusan B bahasa melaysia dalam peperiksaan SPM. jadi sy bukanlah seorang yang patut dibanggakan.. kepada pembaca diharap dijadikan pedoman dan pengajaran dengan apa yang telah terjadi dalam novel tersebut...

saya masih seperti dalam novel dan masih tidak berubah.. jika ada perangai sy yang pembaca tidak suka.. tolong jangan mencemuh sy atau menghina saya... kerana itu hidup sya.. tetapi jagalah diri kamu dan elak supaya kamu tidak terikut dengan perangai saya... supaya hidup kamu nanti tidak dihina atau dicemuh kerana sikap seperti saya...

akhir kata wassalam dan selamat membaca

Jumaat, 6 Jun 2014

Ya allah engkau kekalkanlah perasaan ini.. semoga aku bisa menyintainya sehingga ke akhir hayat ku.. sekarang aku sgt menyintainya... tp dia masih tidak menunjukkan betapa dia cintakan aku.. sbb bila aku cakap macam tu dia cakap tak blh cakap macam ni tak blh... bukan dia tak thu aku jenis seorg lelaki yg bebas.. yg sosial dia perlu faham.. sekarang ini hanya satu aja aku ingin lihat.. jika dia tak blh buktikan cinta dia pada aku.. tak blh berkorban walaupun sedikit untuk aku.. aku akan putuskannya.... kerana aku tkt akan kehilangannya suatu hr nanti.. lebih baik aku kehilangan dia sekarang dr suatu hari nanti aku sudah memang betul2 tak blh hidup tanpa dia nanti...

Isnin, 19 Mei 2014

Hari nie masa untuk mulakan impian jadikan kereta redlove kereta idaman... hari ni hari pertama aku bermula.. hari pertama hidupkan roadtax... sekarang roadtax dah hidup 14may... haaha. Esok malam nak g area kb cari bonet yg dicadangkan... cari sampai jump.. sbb itu adalah mission kedua.. mission pertama hidupkan roadtax. Mission kedua cari bonet yh dalam perancangan... harap2 mudah ditemui... esok kerja pagi jadi malam je blh g.. nasib baik la kedai tu buka smpai malam.. hehehehe... nanti caq akan updatekan satu persatu mision sehingga kereta siap diubah suai.. hahahah nantikan...

Khamis, 1 Mei 2014

Ada satu cerita yg caq nak coretkan disini... ada satu kedai makan dekat salor, batu melintang... pada malam 2 kawan2 ajak aku kuar makan... setakat aku kerja sebagai security di smsj ni tak pernah sekali pun aku g minum dalam kata2 kelantanes 'nukak'.... maksudnya dalam kamus dewan aku sendiri tak pandai nak exsplain... rasa2 dah setahun lebih aku tak g lepak2 kat kedai makan ngan kawan2.. lepak kedai aweks..

Hari 2 aku kerja siang hari.. pada malam hari kawan2 ajak aku pergi minum air kat salor.. diaorang cakap ada aweks.. cantik.. dua orang katanya.. sorang budak kelantan dan sorang lagi budak pahang.. tak sampai 10min. Aku sampai.. bila pndang je pelayan dia.. fuh.. memang comey la.. sorang budak kelantan.. berbadan besar sikt.. sangay cantik.. putih. Ada lesung pipit plak 2.. mak aih cukup citarasa aku.. hahaha.. yg sorang lagi budak pahang kurus je.. hitam manis.. ttp cantik.. tp budak pahang nie masih ckp luar dan jarang senyum sikit.. budak kelantan ni plak banyak senyum.. lagi la cantik..

Budaa pahang tugas dia ambil order.. and budak kelantan lak buat air dan hantar.. dah cakap kurang manis tp tetap manis dia buat.. aku pun ckp la.. manis la wak.. dia cakap dah kurangkan susu.. masalahnya bukan susu yg ptt dikurangkan tapi senyuman awak.. dia terus senyum dan berlalu pergi... niat aku bukan nak ngorat.. tp bila aku duduk kat situ aku rasa tenang.. bukannya dia datang dok kat meja aku bersembg.. cuma senyum2. Tp aku rasa tng.. stress kerja hilang pnt lgi la hilang.. sampai sekarang dah seminggu aku selalu pergi kedai tu.. tp tak pernah g sorang2.. aku akn g ngan  kawn2..

Aku rasa tenang sgt kat sana.. bukan kerana aku sukakan aweks 2 tapi mungkin kerana suasana kedai tersebut.. apa2 pun aku dah ada tmpt yg dekat untuk aku hlgkan stress.. selalunya aku akan g pantai. Sekarang tak perlu susah2 g jauh2.. dekat dah ada.. terima kasih kawan2 kerana bawa aku kesana....

Sekian..
Tunggu kisah tentang aweks ni lg tau... heheeh

Ahad, 27 April 2014

Hari ini aku msh tak blh lupakan dia... erm.. tambah plak kerlmarin sehari suntuk dpt pandang muka dia.. suka sgt2.. nak selalu mcm 2.. tp tk blh.. hanya angan2 yg aku dpt ciptakan.. hermm..

Rabu, 23 April 2014

Dalam keheningan pg ini.. hti terasa sy kerana msh diselubungi kesepian tmpa cinta menemani... aku blh hidup tmpa cinta tp aku mmg tak blh hdp tampa dia...

Tiap mlm? Tiap hari? Tiap minggu?.. tak tp sebenarnya tiap detik aku merinduinya... tiap detik aku ingin dibelai olehnya seperti mana insan yg pernah bertakhtq dlm hati aku dahulunya....

Aku selalu kata yg cinta tak semestinya memiliki... sebenarnya kata2 dan perinsip itulah yg telah buat kan aku hidup dalam kedukaan. Hidup dlm kesengsaraan selama ini... aku ingat aku tabah untk melihay dia ketawa disisi org lain.. tp sebenarnya tak.. aku tak gembira diasaat dia hilai ketawa bersama sidia pilihan hati malah aku menangis. Menangis dengan kegembiraannya.... membuatkan aku terfikir kenapa bukan aku yg berada disamping dia.. yh dia sedang belai. Yg dia sedang bermanja... knp bukan aku....

Memang orang seperti aku mungkin tak layak untuk miliki cinta seperti itu... kerana aku cumq blh berikan dia kesetiaan, kasih syg, dan kebahagiaan insyaallah dengan izinnya... tp manusia zaman sekarang hanya memilih rupa yg pertamanya.. dan yg kedua harta... bg mereka rupa yg plg pentingkan.. sampaikan sanggup menyerahkan tubuh, maruah kesucian untuk kekal dimiliki oleh insan yg ada rupa itu.. tp mereka tak thu org yg ada rupa akan tinggalkan mereka bila org yg ada rupa sudah puas dan jemu menjamah tubuh mereka...

Malah bila mereka ditinggalkan. Yg jadi mangsanya pula adalah org yg tak ada rupa yg menjadi tmpt untuk mereka balas dendam.. cinta yg setia.. kasih syg ikhlas dan pengorbanan yg murni tidak pernah dihargai oleh mereka.. kerana alasan mereka lelaki semua sama.. kerana balas dendam dengan insan yg pernah lukakan dia.. insan yg btl2 menyayanginya dipijak begitu sahaja.. tidak pernah dimanja, tidak pernah dibelai, tidak pernah berkorban apa2 pun kerana mereka pernah terluka...

Aku tidak pernah menyalahkan mereka kerana aku faham mereka terseksa... cuma apa yg buat aku kesal kenapa bukan aku yg mulakan cinta bersama mereka.. yg aku pasti.. aku aku juga akan buat yg sama seperti org ada rula tersebut... tp yg bezanya aku akan hargai dan bertanggungjawab dengan apa yg aku lakukan... kerana aku takkan lepaskan permata seperti itu jika aku milikinya.... 

Ini adalah sedikit coretan hati.. kerana aku sgt sedih dan sepi.. ingin seseorg menemani seperti mana yg aku inginkan, yg aku dambakan tp aku tak pernah miliki mereka yg seperti itu.. yg aku jump.. mereka yg keras hati, keras kepala, terlalu islamik, tidak menghargai, sebab itu aku tak.pernah dpt yg sggup buat apa sahaja asalkan bersama aku.. terharunya aku jika ada wanita yg cintakan aku dan menyayangi aku seperti itu....

Ingatlah wahai wanita.. mat romeo ini sgt sunyi sekarang.. mungkin wanita sekarang tak thu yg mat romeo ini ingin dibelai, ingin dimanja, ingin dihargai spnh kepercayaan wanita... percayalah mat romeo ni adalah seorg yg setia...menghargai.. dan bertanggungjawab.. hubungan yg aku cipta bukan untuk percintaan tp untuk seorang yg bergelar isteri... permaisuri hati..... aku tak akan pernah kecewekan wanita- wanita yg sanggup berkorban penuhi apa yg aku inginkan.. tlg lah memahami.. aku bukan inginkan wanita secantik nelofa.. aku juga tidak dambakan wanita sekaya nicole david... tp yg aku inginkan kaya dengan belaian manja... cantik dengan kasih syg dan tutur katanya kepadaku.. dan sanggup berkorban apa shj untuk ku... itu yg aku yg aku cr dan yg plg penting yg memahami....

Isnin, 14 April 2014

Pagi ni entah kenapa aku rasa sunyi. Dan teringin untuk ditemani. Terfikir untuk mengahwini... tp knp ?

Mengarut aje aku ni.. bercinta pun tidak mcm mn nak kawen.. anak dara mana mak aku nak pinangkan... merepek aja ni..

Mungkin kerana aku sunyi.. mungkin juga aku rindukn seseorg... itu aje sbb yg dpt aku fikirkn sekarang.... rindu?.. ermmmmm

Sabtu, 12 April 2014

Rindu kembali lagi

Hari ni.. aku masih.merindui si dia.. entah knp susah untuk lupakan dia... mugkin kerana aku terlalu mengharap terhdp cinta kami.. tp aku sendiri yg putuskn hubungn kami sbb aku tkt aku tak dpt bhgiakn dia...

Terima ksh kerana memahami.. i love u

Isnin, 10 Mac 2014

moto idaman dan kekasih baru

sekarang ada cerita baru yang aku ingin kongsikan dengan kawan2.. semua orang mesti fikir yang aku nie minat akan kereta kan? sebenarnya kawan2 silap.. sebenarnya aku meminati jentera motor terutama jenama kawasaki... motor idaman aku memang sampai mati pun aku takkan dapat miliki... sebab harganya mencecah ratusan ribu ringgit iaitu yamaha R1.. yang pasti aku meminati bike... ini gambar motor yang akan aku cuba miliki diawal bulan 4 nanti... doakan impian aku termakbul okey.. hehehhe

kawasaki ninja 250R SE
amacam kawan2. mengancam tak.. aku akan cuba dapatkan motor ini pada awal bulan 4.. pada birthday aku nanti... jika impian aku ini dimakbulkan tuhan... aku bersyukur sangat2.  nak sangat miliki moor nie.. walaupun motor nie tak laju tapi cukup la sekadar kemampuan yang aku mampu miliki.. huhuhuhu...

jika motor ini aku miliki.. ia akan jadi kekasih baru aku.. hahha.. kekasih yang sangat aku sayangi sama seperti tzm aku sebelum nie dan juga red love... kereta satria... mungkin semua orang cakap aku peminat kereta satria tp sebenarnya inilah minat sebenar aku....  tapi aku tetap takkan lupa kawan2 dari club kereta satria... sebab mereka telah banyak menceriakan hidup aku... aku akan terus bersama dengan mereka... tapi kawan baru sentiasa dialu-alukan kerana aku perlukan kawan yang betul2 memahami aku,,, dan juga cinta yang memahami, jujur, ikhlas terhadapat aku...

tentang cinta,, ermmm.,.. aku inginkan yang memahami aku seperti motor.. kenapa aku cakap seperti motor? kerana aku ingin selalu ditemani, aku tak nak seorang diri.. kerana sangat sepi.. sangat sunyi.. semasa aku sepi dan sunyi sebelum ini kawan2 dari club kereta satria yang membuat hidup aku dipenuhi dengan senyum dan kegembiraan... tapi jika aku miliki cinta yang benar2 memahami aku.. aku lagi bahagia...

umur aku sekarang sudah mencecah 26tahun.. dalam perancangan aku pada usia 25 thn aku sudah ingin berumah tangga.. tapi kerana rupa aku yang kurang diminati wanita zaman sekarang susah untuk aku miliki yang benar2 memahami dan sanggup korbankan apa sahaja untuk cinta aku.. mungkin kerana kurang percaya... tapi tak kesah la.. sebab aku dah penat mencari... bila sudah aku miliki motor kawasaki 250r ini.. mungkin aku tak perlukan lagi seorang kekasih kerana aku sudah pun milikinya.....


Ahad, 2 Mac 2014

Rindu serindu rindunya

Betapa aku rindukan dia.. tp aku tak boleh bagitahu siapa yg aku rndu.. supaya seseorang yang baca tidak akan thu bahawa dia yg aku rindu... tp apa pun aku tak boleh bersamanya sekarang kerana dia tak kan dapat penuhi keinginanku...

Aku ingin dia sentiasa disamping aku.. aku ingin dia ada setiap kali kemana saja aku pergi.. tapi keadaan dia membuatkan aku keseorangan... dia masih dibawah umur dan masih belajar.. dia tidak akan dapat penuhi apa yg aku inginkan...dia susah nak kuar.. dia tak da masa untuk aku... tambah plak sekarang macam2 masalah berlaku.. aku tak nak dia dapat susah kerana mwnyintai atau bersama aku...

Kerana cinta aku tak bisa melihat dia musnahkan hidup dia kerana menyintai aku... klulah dia mengerti... tp tidak akan dia mengerti

Rabu, 26 Februari 2014

terima kasih ya allah

hari ini aku dapat berita yang mengembirakan iaitu tentang sahabat aku salim dengan nik... sudah lama mereka bersama tapi ayah nik tidak merestui mereka untuk berkahwin.. tapi petang ini aku dapat tahu yang ayah nik sudah merestui hunbungan mereka... termakbul juga doa aku selama ini untuk melihat mereka di jinjang pelamin... terima kasih ya allah... engkau maha besar dan maha mengetahui...

tak sabar rasanya nak makan nasi minyak sahabat karib... huhuhu... apa-apa pun tahniah kawan.. semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu... amin......

Selasa, 25 Februari 2014

Pagi yang sepi

Pagi ini aku masih lagi sepi seorang diri tanpa teman yang menemani.. tapi hati masih lagi mencari siapa yg sudi.. hari jumaat nanti nik awek salim akan bawa kawan dia untuk temankan aku konvoi nanti.. tak pernah lagi aku berkonvoi ada temam sselalunya aki sorang diri jer..

Aku tak pernah jump lg kawan nik. Tak tahu macam mana perangai dia, sikap dia, emosi dia... aku nie jenia lelaki yang suka bergurau dan berjenaka.. aku takut aku bergurau tentang perkara yang dia tak suka jer...

Aku tahu setiap pertemuan yang tuhan ciptakan ada hikmah yang tersembunyi... kita bertemu dengan seseorang dan kita berpisah.. itu sudah adat dalam pertemuan... pasti akan ada perpisahan.. perkara yg pernah buat aku menjadi manusia yg aneh. Hahahhaa... itu kisah lama... bila kenangkan kembali lucu pun ada...

Klu tuhan jodohkan aku dengan perempuan yang baru aku nak brtemu hari jumaat nanti.. aku akan jaga ia dan cintai ia sepenuh hati aku.. tp itu jika ia adalah jodohku.. nik just sekadar nak tolong aku ada teman.. tapi rupa macam aku nie susah nak cari cinta yg betul2 ikhlas menyintai aku.. semua pilih yg smart2 jer...

Apa2 pun tunggu catatan terbaru hari jumaay nanti apa yg akan terjadi... selamat pagi... wassalam

Ahad, 23 Februari 2014

Teruk teruk

Hari ini bermcm2 perasaan yg hadir dalam hati aku... marah, dengki, bengang dan macam2 lg la... semuanya perasaan yg tak elok...

Kadang2 manusia yg berpelajaran tidak lah sepandai sepandai yg disangka... kerana hebatnya seseorang itu bukn dari ijazah yg dipegang tp dr hati yg dirasa.. jika hati kita tak hebat tinggi mana pun kita berilmu kita ttp tak hebat...

Kita mengajar orang tentang agama bahawa fitnah itu adalah lebih teruk dari membunuh tp kita sendiri menfitnah orang... kita mengajar orang tentang sifat kedeku ilmu itu tak elok.. tp bila seseorang menolong apa yg termampu kita plak fikir dan ckp yg bukn2.. ckp tak pndai la apa la.. klu aku minta bayar duit takpa la.. ni tak. Berpenat lelah aku tolong.. berpanah tubuh. Tidur tak cukup sebb nk tlg tp ucap trm ksh pun tak.... malah perlekehkn aku plak... awal2 lg aku dah ckp.. aku cuba blh ajar skt2 jer apa yg aku thu....

Menyampah aku sekarang ni.. tgk muka pun aku tak blh dah... ermmm... maaflah kepada yg berkenaan aku dah tak blh hormat mcm dulu lg dah... sebab kamu memang tak layak untuk di hormat....

Isnin, 17 Februari 2014

Klu lah pu tahu

Klulah pu tahu yg aku masih rindukan dia.. tapi tak perlu pun dia tahu.. kerana ini akan merosakkan masa depan dia sahaja... bila aku fikirkan balik. Aku perlu lupakan dia dan juga N... selesai

Hati oh hati teringatkan N

Hari ini aku perlu kerja 36jam. Kerja sepeti aku biasalah klu perlu kerja 24/7 pun.. huhuhu... hati aku sekarang makin tenang dengan adanya N. N sekarang hanyalah bayang2 bg aku... tiada pengharapan untuk dia akan terima aku kerana aku betul2 yakin yang N takkan jadi milik aku....

Sekarang aku aktif kembali bersama club xtuned. Salim, abe mie,salam,yum,mea,arash dan ramai lagi kawan yg memahami aku.. sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa rindu pada N. Kadang2 pernah juga aku suruh salim ejaskan kawan awek dia untuk temankan aku.. tp susah la sebab aku nie tak der rupa.. tak hensem. Jadi susah sikit pomp berkenan... tapi tak aku faham..

Misi aku sekarang adalah melupakan N. Aku tak mahu perasaan aku akan membuat hidup dia merana kelak.. kerana cinta manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki... aku takut suatu hari nanti aku lelaki seperti itu.. untuk kebahagian N aku perlu lupakannya walaupun aku terseksa.... itu sahaja pilihan terbaik yg aku ada... aku berharap pilihan aku betul...

N tak pernah tahu blog ini wujud.. walaupun dia tahu takkan ada apa2 yg akan berubah. Pilihan dia tetap sama.. kerana dalam hati dia bukan aku yang wujud tetapi jejaka lain..

Ya tuhan ku. Jika engkau jodohkan N untuk aku.. ketemukanlah aku setelah dia mencapai cita2nya.. jika N belum mencapai cita2nya dan kecewa dalam hidup. Aku juga samggup berada disisinya.. walau apa pun status N pada masa itu.... asalkan dia bukan isteri orang....

Isnin, 10 Februari 2014

segalanya tentang cinta

cinta... semua orang mengenali apa itu cinta.. tapi berlainan pula maksudnya mengikut diatas tafsiran masing-masing dan juga perinsip masing-,masing... samalah seperti aku, mempunyai perasaan menyintai dan ingin dicintai.... cinta ini akan membuat kita rasa istimewa pada ketika.. ada kalanya cinta akan buat kita terseksa diketika...

aku juga mempunyai hati dan semestinyalah aku mempunyai seseorang yang sangat aku idamkan... blog ini selalu aku updatekan tentang cinta kerana kenangan itu yang banyak memberi makna atau impak kepada kehidupan kelak... catitan yang aku keluarkan bukanlah untuk memalukan atau menjatuhkan sesiapa atau pun mencari glamour... aku cuma tulis apa yang berlaku dalam hidup aku sebagai panduan dan pedoman aku dimasa kelak...

N adalah orang yang bermakna dalam hidup aku sekarang. tetapi bila difikirkan balik, aku kene lupakan dia kerana dia tidak cintakan aku... dia masih menunggu seseorang yang dia cintai seperti mana aku menunggu dia orang yang aku cintai... dia berharap yang lelaki itu akan terima dia sepenuhnya. dan aku juga sama ingin dia terima aku sepenuhnya... cuba berbezanya aku... aku menyintai dia dan dia menyintai orang lain.... alangkah bahagianya kacau lelaki itu adalah aku... bila aku terbaca status fb N. pasti akan ada dia.. tp tiada aku...

mungkin aku patut lupakan dia untuk selamanya.. dan anggap dia just kawan... kadang-kadang kita perlu lepaskan apa yang kita cintai untuk orang yang kita cintai.... berbeza N pada orang lain kerana dia memahami aku, and mungkin dia percayakan aku sebab itu dia boleh memahami aku..

dulu aku rapat dengan pu tp bila makin lama mengenali dia makin aku tidak memahami dia... bila aku timbulkan isu catitan sebelom ini.. dia terus bagitahu.. "dalamkan segala hal berkaitan dengan dia, gambar, no fon dan segalanya" itu katanya bila isu catitan sebelum ini aku ceritakan,.., tapi lain pula N dia terus berada di samping aku walaupun catitan sebelum ini adalah sangat besar masalahnya.... tapi dia tenang menasihati aku dan menenangkan aku... dia sikap dia yang macam itu telah membuat aku tenang.. kerana pada ketika itu aku rasa hidup aku akan berakhir.tapi dia telah buat aku tenang...

sekarang aku ingin bukukan segalanya dihati kerana aku akan anggap yang cinta aku pada dia hanya angan-angan semata...terima kasih kepada N kerana buat hidup aku ceria walaupun dalam menghadapi situasi yang sangar tumit dan besar... terima kasih N.. and kepada pu belajarlah erti memahami and jangan hanya ingin orang memahami kita... sebab dalam perhubungan perlu ada sikap saling memahami... jangan salahkan sesiapa diatas apa yang berlaku.. semuanya salah aku....

Khamis, 9 Januari 2014

yang sebetul nya

dah lama blog ini tidak diupdate...  bukan sibuk tapi banyak sangat masalah... masalah bukan sebab malas nak menulis.. tapi masalah yang sangat besar... kejap lagi saya ceritakan masalah apa yg berlaku yang bagi saya besar sgt2..... sebelum tu.. nak tutup dulu kisah pu yg selama ini hadir dalam diri aku dengan tiba2 datangnya dengan tidak dijangka... lain yg aku cinta yg aku sayang lain pulak yang aku rapat and yang aku couple... gilakan aku sekarang.. terima ajer siapa yg syg kita... huhuhu... aku ingat boleh jer buat macam 2 rupanya tidak... salah buat macam 2 sebab aku tak boleh nak bahagiakan dia jika hati aku pada orang lain... hubungan kami tercipta di pembohongan.. jadi sekarang aku dah berjaya tamatkan hubungan itu... malah orang yang selama ini yang aku cakap aku cinta, yg aku sayang sebenarnya sudah tahu yang aku menyintai dia... tapi tak da respon pun dari dia.. biasalah lah.. orang yg kita sayang tak semetinya menyayangi kita...

sekarang nak bercakap tentang masalah yang timbul sekarang nie.. masalah besar yang melibatkan polis dan mahkamah... bermulanya cerita seperti ini....

pada suatu masa dulu... selepas aku habis spm aku pergi ke negeri kedah untuk mencari rezeki... bermula cerita semasa aku mula bekerja di pasaraya aneka gurun. selepas aku putus dengan seorang pomp bernama mawar aku bertemu pula dengan shira.. shira nie dah lama aku kenal, dia adalah rakan sekerja, yang bekerja didalam pasaraya aneka gurun.. dia bekerja dibahagian CD. menjual cd dan vcd.. pada suatu hari selepas aku bergaduh dengan mawar.. shira tegur aku masa nak kuar dari tempat kerja.. aku bahagian A&P dept. kerja aku dalam ofis. buat design untuk pasaraya tersebut.....

keesokan harinya shira suruh aku tolong kuarkan duit untuk dia rm200. menggunakan kad bank dia.. dia memberikan aku pass dan kad atm maybank untuk keluarkan duit.... selepas selesai aku keluarkan duit aku berikan duit tersebut bersama slip pengeluaran takut2 berlaku kehilangan aku tak perlu nak bertanggungjawab... selepas itu dia berikan no talifon dia pada aku... waktu itulah bermulanya kisah kami... dengan hanya bergurau panggil sayang sehingga pada suatu malam dia panggil aku abg... hahaha... bermulalah kisah cinta kami yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan....

pada keesokan harinya dia mengajak aku pergi ke gunung jerai... tempat aku bekerja sebelum aku bekerja di pasaraya aneka... disitulah bermula cinta kami yang penuh dengan hawa nafsu.. dia bertanyakan aku mahu lakukan atau tidak.. aku tak tahu kenapa hari itu aku tidak menjawab tidak.. tapi jawapan aku adalah ya... selama ini aku tak pernah melakukan hubungan sedemikian... tapi hari ini...... berlakulah hubungan yang terlarang....

selepas dari hari itu aku mula berasa ingin selalu buat benda tersebut... aku selalu terasa ingin melakukan.. malah setiap hari sebelum masuk kerja.. shira akan datang ke rumah aku.. aku tinggal dirumah sewa yang disewa khas oleh pasaraya untuk aku bersama dengan 3 orang nepal.. aku ditugaskan menjaga pekerja nepal tersebut.. tiap2 hari aku bergelumang dengan dosa.. cinta yang dibena berlandaskan hawa nafsu... cinta yang tak pernah aku terfikir akan hadir dalam kehidupan aku...  tp pada kali pertama aku meyentuh shira dia sudah pun tiada apa2.. malah dia tidak merasakan apa2 kerana mungkin sudah biasa melakukan perkara tersebut.. manakan tidak.. klu tidak takkan la dia berani bertanya aku soalan begitu...

hubungan kami masih bahagia, kemana saja kami pergi pasti bersama.. aku tidak akan pergi berseorang sentiasa di temani.. dia tahu yang aku suka menyanyi.. setiap waktu rehat aku akan menyanyi sepuas hati.. tak cukup masa rehat. sambung masa balik kerja... sehingga kedai karoke tutup... pernah 2 3 kali dia tidak pulang kerumahnya.. dia ingin bersama dengan aku... aku rasa bahagianya masa itu..

pada suatu hari gaji aku tidak cukup untuk membayar motor yang aku beli dengan ansurans... apabila shira tahu hal tersbut.. dia dengan rela berikan aku pinjam duit dia... aku malu bila pomp bayar aku makan bila pomp bagi duit kat aku.. sebab sebelum ini itulah perinsip aku.. tp selepas kenal dia.. aku buang perinsip itu.... selepas aku dapat gaji aku nak bayar balik duit shira yang dia pinjamkan pada aku.,.  tapi dia tolak..  dia cakap duit sayang duit abg juga... apa pun yang milik sayang semuanya milik abg... itulah yang dia katakan pada aku masa itu... masa itu aku fikir dialah bakal isteri aku.. bukan mudah nak cari pomp yang baik macam itu.. aku janji dalam diri aku akan jadikan dia isteri aku...

hari semakain hari bulan semakin bulan... tiba raya aku ingin balik ke kampung... tapi shira tak benarkan.. dia nak berya bersama aku.. kerana tak nak kecewakan dia,.,, aku tak balik beraya kat kampung .. aku hanya beraya dirumahnya sahaja... sampailah suatu hari aku ada masalah dengan syarikat... aku berhenti kerja dari pasaraya tersbut dan hanya menganggur duduk dirumah sewa... aku mengatakan pada shira yang aku ingin balik kampung kerana sudah tidak bekerja disisni... tapi shira tak benarkan.. bila aku fikir balik kerana tak nak kecewakan dia.. aku sanggup abaikan keluarga aku dikampung.... hebatnya cinta dia...

dia cakap dia akan support semua perbelanjaan aku disini... dia tak nak aku balik kampung.. dia tak nak berjauhan dengan aku.. itulah pertama kalinya seorang pomp yang betul2 menyintaiku... tiada orang seperti dia yang sanggup lakukan apa sahaja untuk orang yang dia sayang....aku bertuah kerana dapat miliki cinta dia... tapi aku tetap bagitahu yang aku nak balik.. tapi dia tetap tidak mengizinkannya... aku terus tinggal disana sambil mencari kerja baru... 3 bulan aku menganggur dan aku dapat kerja di sebuah kedai cyber cafe... gajinya mengikut jam kerja... kadang2 aku kerja dari pagi sampai pagi.. 8.00pagi buka 3 pagi tutup.. kadang2 8.00 pagi buka 8.00 pagi pun tak boleh nak tutup lagi.. sehingga tauke kedai bagi aku handle semua.. duit kunci.. makanan komputer.. semua aku handle.... aku kerja dengan elok.. amanah.. klu short aku akan tambah dengan duit aku sampai cukup.. walauapun aku tahu tauke tak tahu berapa jumlah setiap hari pendapatan kedai tersebut.. tapi itulah aku seorang jujur dan amanah....

lama kelamaan aku berhenti kerja di cyber cafe tersebut dan bekerja sebagai security di sekolah menengah kebangsaan batu 5... disinilah bermula komflik dalam cinta kami... kerana sikap peramah aku telah menimbulkan sikap tidak puas hati dan cemburu buta shira... sikap ini dari dulu lagi ada dalam diri aku.,., malah dia juga tahu sikap peramah ada pada aku... tapi dia tetap cemburu buta.. kami selalu bergaduh dan bertengkar... kerana hal remeh temeh... makin hari makin kurang sayang aku pada dia.. makin hari makin hilang rindu aku pada dia.. makin hari makin aku ingin menjauhkan diri darinya.... sehinggakan pada suatu masa aku terpandang seorang budak pelajar dari sekolah tersebut yang wajahnya mirip sue... aku ada ceritakan tentang hal ini dalam satatan lama aku... malas nak tulis lagi.. nak baca tentang kisah nie.. cari catatan lama... tentang seiras sue... pada pertama kali pandang budak seiras sue terus buat aku ingat kembali tentang sue.... sue yang selama ini orang yang pernah pertama kalinya memenangi hati ini.... tapi syg kerana tuhan lebih menyintainya dari aku...

setelah lama bekerja disekolah tersebut aku berhenti selepas berlaku satu kes security rogol pelajar tingkatan 3 disekolah tersebut... perogol adalah rakan sekerja aku.. aku yang rekemenkan dia masuk kerja disekolah itu sebagai security.. dia kacak berkulit putih dan tinggi... digilai ramai wanita di sekolah 2.. tapi aku pun digilai juga walaupun aku ni tak hensem.. tapi digilai dengan pandangan yang berlainan.. hehehe... selepas aku berhenti aku balik kampung, aku tak endah kan apa yang shira cakap.. tiba aja dikampung aku hanya berehat aja dirumah,,, malas nak cari kerja...

sebulan selepas itu, aku dapat kerja di kedai borong di pekan jeli... aku kerja dengan tekun untuk menyimpan duit untuk berkahwin.. tapi sebelom berkahwin aku nak beli kereta dulu... bekerja lah aku siang dan malam.. shira masih lagi berhubung dengan aku melalui meseg dan panggilan... kami masih berkomukasi.. kerana aku sudah berjanji dalam diri aku bahawa aku ingin jadikan dia isteri aku.. kerana dialah pomp yang aku pernah sentuh.... hari berganti bulan.. aku masih menyimpan duit untuk beli kereta.. tiba2 shira mengatakan yang dia dapat duit dari syarikat insurant, duit kemalangan yang menyebabkan shira cedera teruk dahulu... dia cakap akan berikan aku duit untuk tolong aku percepatkan beli kereta dan untuk duit perkahwinan kami selebihnya... selepas dia berikan aku duit aku terus beli kerata..

selepas kereta sudah aku miliki.,.. shira selalu suruh aku pergi ke kedah untuk berjumpa dengan dia.. kedah bukan dekat.. aku pergi pagi hari balik malam hari... kerana aku bekerja .. aku cuma cuti pada hari jumaat.. tiap hari jumaat aku akan drive dari kelantan seawal jam 5 pagi dan balik pada pukul 9 malam kadang2 6 petang.. sampi balik di kelantan pada jam 2 pagi.... penatnya bukan kepalang tapi kerana cinta aku sanggup meredah hutan grik untuk berjumpa dengan dia....

tapi langit tak selalu cerah... duit yang disimpan semakin habis... isu kahwin pula diungkit oleh shira.. nak buat dengan segera.. katanya umur dah meningkat.. sedangkan duit aku sudah kering kerana selalu pergi berjumpa dengan dia... malah duit simpanan dia juga sudah habis kerana perjumpaan kami... bila aku bincang pasal kahwen selalu tak sependapat.. aku nak wang hantaran sama dengan angka tarikh lahir aku iaitu 4488 bermaksud RM4488.. dia cakap murah. dia nak kombine tarikh lahir dia dengan aku.. maksudnya jadi 8644 maksud RM8644... aku cakap klu 8ribu paling kurang pun nak rm 20ribu untuk selesaikan semua.. kami ni jauh perbelanjaan dia banyak.. dia tetap berkeras nak sebnyak itu.. aku cuba la simpan... tapi 8 ribu... nak simpan 2 ribu pun makan tahun dah,,, paling kurang nak kene simpan 5 thun klu simpan 200 sebulan itupun klu boleh simpan 200.. kerja aku gaji 400 jer.. nak makan lagi,..,  dia tak fikir pun hal itu...

setiap hari isu kahwin di ungkit.. membuatkan aku makin hari makin menyampah... makin feed up.. makin terasa sakit hati.. lama2 aku rasa tawa dengan sikap shira.. buatkan aku tidak endahkan panggilan dia.. meseg dia.. aku jawab panggilan dia.. cakap sikit jer.... meseg pun sama aku balas sikit jer.. aku sibuk bekerja siang dan malam nak kumpul duit.. tapi dia selalu dok call dok meseg,.. selalu aku dibuang kerja sebab kerja tak pernah elok.. ashik main fon jer.. sampailah suatu masa aku off sim... 2 bulan lamanya... untuk aku tenang bekerja... tapi bila aku off.. lain pula jadinya.,. bermulalah pergaduhan besar yang sehingga menimbulkan masalah besar bagi aku...

dia minta putus.. dia anggap aku off sim sebab nak putus dengan dia.. terasanya hati aku.... dia terus mengungkit... masa kami bercinta dia mengungkit nak kahwin cepat... sekarang tak lagi.. dia mengungkit pasal kereta yang aku gunakan duit dia... dia mengkit segala hal... diasuruh aku pulangkan balik duit dia yang aku pinjam selama ini.. bayar balik duit dia dari mula kami bercinta hingga kini... bagi balik kereta dia... bagi balik segala2nya... aku serabut sangat2 dan aku terus offkan sim balik....

2 bulan selepas itu dia meseg ke no celcom aku dan mengganggu keluarga aku dengan panggilan dia... menanyakan tentang aku... aku makin serabut dengan apa yang dia buat... masa itu kereta aku rosak ada dibengkel.. aku cakap pada dia nanti kereta aku dapat balik aku bagi dia... tapi lain plak jadinya.. dia cakap dia nak buat report polis.. dia nak cakap yang aku ambil duit dia,,.,. dan aku rogol dia... aku tak tahu fakta mana dia guna... aku tahu polis bukan tuhan.. peguam bukan tuhan.. hakim juga bukan tuhan.. dia mungkin ada bukti  dan ada agenda jika dia nak buat report.. aku cakap apa yang dia tak puas hati dengan aku.. dia cakap dia nak aku tersekasa dalam lokap dengan 20 tahun penjara dan10 sebatan...

aku tak tahu nak cakap apa... aku cuma cakap satu aja pada dia... aku terima apa sahaja hukuman untuk aku... tapi tolong maafkan aku.... kerana tak dpat tunaikan janji aku untuk jadikan dia isteri aku.. jika dia tunggu pasti akan berlaku. tapi tak dia tak boleh tunggu... bila aku berfikir balik,.. mungkin juga dugaan tuhan diaatas apa yang pernah aku lakukan.. jadikan aku terima dugaan ini dengan redha. jika itu yang tuhan fikir terbaik untuk aku...tuhan maha adil dan maha bijaksana... setiap kesalahan ada balasanya.. mungkin inilah balasan untuk aku...

sekarang aku hanya tunggu polis datang ambil aku ke balai,,, aku tidak akan lari dan aku tidak akan melawan.. malah aku tidak akan gunakan perkhidmatan peguam... aku anggap ini hukuman diatas perbuatan aku kerana tidak dapat mengawal nafsu pada masa itu.. walaupun pada hakikatnya bukan aku merogol tapi dengan kerelaan dia malah dia yang mempelaa aku... bukan aku yang minta... selepas ini hidup aku tidak seperti dulu lagi...aku akan jadi seorang banduan.. hidup aku takkan semudah sekarang... kerja berkawan pasti susah.... tapi aku akan hadapinya... dan kerana ini juga aku tak boleh miliki orang yang aku sayang sekarang... jadi aku nak pandang dia puas2 sebelum polis datang ambil aku....

biarkanlah nama gadis ini dirahsiakan.. kerana aku tidak layak lagi untuk menyebut namanya... sebelum itu.. aku ingin mengucap beribu kemaafan kepada pu kerana menjalinkan hubungan dengan kepura-puraan... sebenarnya abg menyintai orang lain bukan pu.. tapi masa abg menyintai dia... dia sudah pun menyintai orang lain... abglah tempat dia mengadu.. tiba-tiba abg dapat tahu yang pu sukakan abg. jadi abg terima pu.. abg cuba menyintai pu sepenuh hati abg.. tapi abg silap. abg tak dapat lupakan dia walaupun abg bersama dengan pu... sekarang pu bebas... lagipun kita tak pernah serasi.. kita sangat berbeza.. pu tak pernah memahmi abg... abg harap pu akn jump dengan insan yang lebih memahami pu and menyintai pu dengan sepenuh hatinya....

sekarang pembaca semua harus ambil iktibar diatas cerita yang saya kisahkan.. ini kisah benar tentang diri saya sendiri... jika semasa kita bercinta ingat2lah yang cinta itu indah masa kita bahagia.. tapi bila kita berpisah cinta itu akan jadi kejam untuk kita....  itu sahaja yang saya nak bgthu... tujuan sebenar catatan ini diterbitkan untuk jikalau suatu hari nanti hakim meletakkan saya bersalah... saya cuma nak keluarga saya tahu... kawan-kawan saya tahu..orang yang saya sayang tahu.. pembaca tahu.. yang saya tidak bersalah.. saya tidak merogol.. dan saya tidak mengambil duit perempuan tersebut... tapi cuma salahnya adalah saya pada keadaan itu.. saya nie manusia biasa pasti akan melakukan kesilapan kecil atau pun besar... inilah dosa terbesar yang pernah saya buat.. catatan ini juga bertujuan untuk mengatakan yang saya cinta saya pada n*** betul... pu terus putuskan hubungan bila saya maklumkan perkara ini.. tapi N masih memberi semangat dan terus berada disisi saya untuk menyokong saya.. itu lah perbezaannya pu dengan N...

wassalah dari saya... assalamualaikum..