Khamis, 9 Januari 2014

yang sebetul nya

dah lama blog ini tidak diupdate...  bukan sibuk tapi banyak sangat masalah... masalah bukan sebab malas nak menulis.. tapi masalah yang sangat besar... kejap lagi saya ceritakan masalah apa yg berlaku yang bagi saya besar sgt2..... sebelum tu.. nak tutup dulu kisah pu yg selama ini hadir dalam diri aku dengan tiba2 datangnya dengan tidak dijangka... lain yg aku cinta yg aku sayang lain pulak yang aku rapat and yang aku couple... gilakan aku sekarang.. terima ajer siapa yg syg kita... huhuhu... aku ingat boleh jer buat macam 2 rupanya tidak... salah buat macam 2 sebab aku tak boleh nak bahagiakan dia jika hati aku pada orang lain... hubungan kami tercipta di pembohongan.. jadi sekarang aku dah berjaya tamatkan hubungan itu... malah orang yang selama ini yang aku cakap aku cinta, yg aku sayang sebenarnya sudah tahu yang aku menyintai dia... tapi tak da respon pun dari dia.. biasalah lah.. orang yg kita sayang tak semetinya menyayangi kita...

sekarang nak bercakap tentang masalah yang timbul sekarang nie.. masalah besar yang melibatkan polis dan mahkamah... bermulanya cerita seperti ini....

pada suatu masa dulu... selepas aku habis spm aku pergi ke negeri kedah untuk mencari rezeki... bermula cerita semasa aku mula bekerja di pasaraya aneka gurun. selepas aku putus dengan seorang pomp bernama mawar aku bertemu pula dengan shira.. shira nie dah lama aku kenal, dia adalah rakan sekerja, yang bekerja didalam pasaraya aneka gurun.. dia bekerja dibahagian CD. menjual cd dan vcd.. pada suatu hari selepas aku bergaduh dengan mawar.. shira tegur aku masa nak kuar dari tempat kerja.. aku bahagian A&P dept. kerja aku dalam ofis. buat design untuk pasaraya tersebut.....

keesokan harinya shira suruh aku tolong kuarkan duit untuk dia rm200. menggunakan kad bank dia.. dia memberikan aku pass dan kad atm maybank untuk keluarkan duit.... selepas selesai aku keluarkan duit aku berikan duit tersebut bersama slip pengeluaran takut2 berlaku kehilangan aku tak perlu nak bertanggungjawab... selepas itu dia berikan no talifon dia pada aku... waktu itulah bermulanya kisah kami... dengan hanya bergurau panggil sayang sehingga pada suatu malam dia panggil aku abg... hahaha... bermulalah kisah cinta kami yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan....

pada keesokan harinya dia mengajak aku pergi ke gunung jerai... tempat aku bekerja sebelum aku bekerja di pasaraya aneka... disitulah bermula cinta kami yang penuh dengan hawa nafsu.. dia bertanyakan aku mahu lakukan atau tidak.. aku tak tahu kenapa hari itu aku tidak menjawab tidak.. tapi jawapan aku adalah ya... selama ini aku tak pernah melakukan hubungan sedemikian... tapi hari ini...... berlakulah hubungan yang terlarang....

selepas dari hari itu aku mula berasa ingin selalu buat benda tersebut... aku selalu terasa ingin melakukan.. malah setiap hari sebelum masuk kerja.. shira akan datang ke rumah aku.. aku tinggal dirumah sewa yang disewa khas oleh pasaraya untuk aku bersama dengan 3 orang nepal.. aku ditugaskan menjaga pekerja nepal tersebut.. tiap2 hari aku bergelumang dengan dosa.. cinta yang dibena berlandaskan hawa nafsu... cinta yang tak pernah aku terfikir akan hadir dalam kehidupan aku...  tp pada kali pertama aku meyentuh shira dia sudah pun tiada apa2.. malah dia tidak merasakan apa2 kerana mungkin sudah biasa melakukan perkara tersebut.. manakan tidak.. klu tidak takkan la dia berani bertanya aku soalan begitu...

hubungan kami masih bahagia, kemana saja kami pergi pasti bersama.. aku tidak akan pergi berseorang sentiasa di temani.. dia tahu yang aku suka menyanyi.. setiap waktu rehat aku akan menyanyi sepuas hati.. tak cukup masa rehat. sambung masa balik kerja... sehingga kedai karoke tutup... pernah 2 3 kali dia tidak pulang kerumahnya.. dia ingin bersama dengan aku... aku rasa bahagianya masa itu..

pada suatu hari gaji aku tidak cukup untuk membayar motor yang aku beli dengan ansurans... apabila shira tahu hal tersbut.. dia dengan rela berikan aku pinjam duit dia... aku malu bila pomp bayar aku makan bila pomp bagi duit kat aku.. sebab sebelum ini itulah perinsip aku.. tp selepas kenal dia.. aku buang perinsip itu.... selepas aku dapat gaji aku nak bayar balik duit shira yang dia pinjamkan pada aku.,.  tapi dia tolak..  dia cakap duit sayang duit abg juga... apa pun yang milik sayang semuanya milik abg... itulah yang dia katakan pada aku masa itu... masa itu aku fikir dialah bakal isteri aku.. bukan mudah nak cari pomp yang baik macam itu.. aku janji dalam diri aku akan jadikan dia isteri aku...

hari semakain hari bulan semakin bulan... tiba raya aku ingin balik ke kampung... tapi shira tak benarkan.. dia nak berya bersama aku.. kerana tak nak kecewakan dia,.,, aku tak balik beraya kat kampung .. aku hanya beraya dirumahnya sahaja... sampailah suatu hari aku ada masalah dengan syarikat... aku berhenti kerja dari pasaraya tersbut dan hanya menganggur duduk dirumah sewa... aku mengatakan pada shira yang aku ingin balik kampung kerana sudah tidak bekerja disisni... tapi shira tak benarkan.. bila aku fikir balik kerana tak nak kecewakan dia.. aku sanggup abaikan keluarga aku dikampung.... hebatnya cinta dia...

dia cakap dia akan support semua perbelanjaan aku disini... dia tak nak aku balik kampung.. dia tak nak berjauhan dengan aku.. itulah pertama kalinya seorang pomp yang betul2 menyintaiku... tiada orang seperti dia yang sanggup lakukan apa sahaja untuk orang yang dia sayang....aku bertuah kerana dapat miliki cinta dia... tapi aku tetap bagitahu yang aku nak balik.. tapi dia tetap tidak mengizinkannya... aku terus tinggal disana sambil mencari kerja baru... 3 bulan aku menganggur dan aku dapat kerja di sebuah kedai cyber cafe... gajinya mengikut jam kerja... kadang2 aku kerja dari pagi sampai pagi.. 8.00pagi buka 3 pagi tutup.. kadang2 8.00 pagi buka 8.00 pagi pun tak boleh nak tutup lagi.. sehingga tauke kedai bagi aku handle semua.. duit kunci.. makanan komputer.. semua aku handle.... aku kerja dengan elok.. amanah.. klu short aku akan tambah dengan duit aku sampai cukup.. walauapun aku tahu tauke tak tahu berapa jumlah setiap hari pendapatan kedai tersebut.. tapi itulah aku seorang jujur dan amanah....

lama kelamaan aku berhenti kerja di cyber cafe tersebut dan bekerja sebagai security di sekolah menengah kebangsaan batu 5... disinilah bermula komflik dalam cinta kami... kerana sikap peramah aku telah menimbulkan sikap tidak puas hati dan cemburu buta shira... sikap ini dari dulu lagi ada dalam diri aku.,., malah dia juga tahu sikap peramah ada pada aku... tapi dia tetap cemburu buta.. kami selalu bergaduh dan bertengkar... kerana hal remeh temeh... makin hari makin kurang sayang aku pada dia.. makin hari makin hilang rindu aku pada dia.. makin hari makin aku ingin menjauhkan diri darinya.... sehinggakan pada suatu masa aku terpandang seorang budak pelajar dari sekolah tersebut yang wajahnya mirip sue... aku ada ceritakan tentang hal ini dalam satatan lama aku... malas nak tulis lagi.. nak baca tentang kisah nie.. cari catatan lama... tentang seiras sue... pada pertama kali pandang budak seiras sue terus buat aku ingat kembali tentang sue.... sue yang selama ini orang yang pernah pertama kalinya memenangi hati ini.... tapi syg kerana tuhan lebih menyintainya dari aku...

setelah lama bekerja disekolah tersebut aku berhenti selepas berlaku satu kes security rogol pelajar tingkatan 3 disekolah tersebut... perogol adalah rakan sekerja aku.. aku yang rekemenkan dia masuk kerja disekolah itu sebagai security.. dia kacak berkulit putih dan tinggi... digilai ramai wanita di sekolah 2.. tapi aku pun digilai juga walaupun aku ni tak hensem.. tapi digilai dengan pandangan yang berlainan.. hehehe... selepas aku berhenti aku balik kampung, aku tak endah kan apa yang shira cakap.. tiba aja dikampung aku hanya berehat aja dirumah,,, malas nak cari kerja...

sebulan selepas itu, aku dapat kerja di kedai borong di pekan jeli... aku kerja dengan tekun untuk menyimpan duit untuk berkahwin.. tapi sebelom berkahwin aku nak beli kereta dulu... bekerja lah aku siang dan malam.. shira masih lagi berhubung dengan aku melalui meseg dan panggilan... kami masih berkomukasi.. kerana aku sudah berjanji dalam diri aku bahawa aku ingin jadikan dia isteri aku.. kerana dialah pomp yang aku pernah sentuh.... hari berganti bulan.. aku masih menyimpan duit untuk beli kereta.. tiba2 shira mengatakan yang dia dapat duit dari syarikat insurant, duit kemalangan yang menyebabkan shira cedera teruk dahulu... dia cakap akan berikan aku duit untuk tolong aku percepatkan beli kereta dan untuk duit perkahwinan kami selebihnya... selepas dia berikan aku duit aku terus beli kerata..

selepas kereta sudah aku miliki.,.. shira selalu suruh aku pergi ke kedah untuk berjumpa dengan dia.. kedah bukan dekat.. aku pergi pagi hari balik malam hari... kerana aku bekerja .. aku cuma cuti pada hari jumaat.. tiap hari jumaat aku akan drive dari kelantan seawal jam 5 pagi dan balik pada pukul 9 malam kadang2 6 petang.. sampi balik di kelantan pada jam 2 pagi.... penatnya bukan kepalang tapi kerana cinta aku sanggup meredah hutan grik untuk berjumpa dengan dia....

tapi langit tak selalu cerah... duit yang disimpan semakin habis... isu kahwin pula diungkit oleh shira.. nak buat dengan segera.. katanya umur dah meningkat.. sedangkan duit aku sudah kering kerana selalu pergi berjumpa dengan dia... malah duit simpanan dia juga sudah habis kerana perjumpaan kami... bila aku bincang pasal kahwen selalu tak sependapat.. aku nak wang hantaran sama dengan angka tarikh lahir aku iaitu 4488 bermaksud RM4488.. dia cakap murah. dia nak kombine tarikh lahir dia dengan aku.. maksudnya jadi 8644 maksud RM8644... aku cakap klu 8ribu paling kurang pun nak rm 20ribu untuk selesaikan semua.. kami ni jauh perbelanjaan dia banyak.. dia tetap berkeras nak sebnyak itu.. aku cuba la simpan... tapi 8 ribu... nak simpan 2 ribu pun makan tahun dah,,, paling kurang nak kene simpan 5 thun klu simpan 200 sebulan itupun klu boleh simpan 200.. kerja aku gaji 400 jer.. nak makan lagi,..,  dia tak fikir pun hal itu...

setiap hari isu kahwin di ungkit.. membuatkan aku makin hari makin menyampah... makin feed up.. makin terasa sakit hati.. lama2 aku rasa tawa dengan sikap shira.. buatkan aku tidak endahkan panggilan dia.. meseg dia.. aku jawab panggilan dia.. cakap sikit jer.... meseg pun sama aku balas sikit jer.. aku sibuk bekerja siang dan malam nak kumpul duit.. tapi dia selalu dok call dok meseg,.. selalu aku dibuang kerja sebab kerja tak pernah elok.. ashik main fon jer.. sampailah suatu masa aku off sim... 2 bulan lamanya... untuk aku tenang bekerja... tapi bila aku off.. lain pula jadinya.,. bermulalah pergaduhan besar yang sehingga menimbulkan masalah besar bagi aku...

dia minta putus.. dia anggap aku off sim sebab nak putus dengan dia.. terasanya hati aku.... dia terus mengungkit... masa kami bercinta dia mengungkit nak kahwin cepat... sekarang tak lagi.. dia mengungkit pasal kereta yang aku gunakan duit dia... dia mengkit segala hal... diasuruh aku pulangkan balik duit dia yang aku pinjam selama ini.. bayar balik duit dia dari mula kami bercinta hingga kini... bagi balik kereta dia... bagi balik segala2nya... aku serabut sangat2 dan aku terus offkan sim balik....

2 bulan selepas itu dia meseg ke no celcom aku dan mengganggu keluarga aku dengan panggilan dia... menanyakan tentang aku... aku makin serabut dengan apa yang dia buat... masa itu kereta aku rosak ada dibengkel.. aku cakap pada dia nanti kereta aku dapat balik aku bagi dia... tapi lain plak jadinya.. dia cakap dia nak buat report polis.. dia nak cakap yang aku ambil duit dia,,.,. dan aku rogol dia... aku tak tahu fakta mana dia guna... aku tahu polis bukan tuhan.. peguam bukan tuhan.. hakim juga bukan tuhan.. dia mungkin ada bukti  dan ada agenda jika dia nak buat report.. aku cakap apa yang dia tak puas hati dengan aku.. dia cakap dia nak aku tersekasa dalam lokap dengan 20 tahun penjara dan10 sebatan...

aku tak tahu nak cakap apa... aku cuma cakap satu aja pada dia... aku terima apa sahaja hukuman untuk aku... tapi tolong maafkan aku.... kerana tak dpat tunaikan janji aku untuk jadikan dia isteri aku.. jika dia tunggu pasti akan berlaku. tapi tak dia tak boleh tunggu... bila aku berfikir balik,.. mungkin juga dugaan tuhan diaatas apa yang pernah aku lakukan.. jadikan aku terima dugaan ini dengan redha. jika itu yang tuhan fikir terbaik untuk aku...tuhan maha adil dan maha bijaksana... setiap kesalahan ada balasanya.. mungkin inilah balasan untuk aku...

sekarang aku hanya tunggu polis datang ambil aku ke balai,,, aku tidak akan lari dan aku tidak akan melawan.. malah aku tidak akan gunakan perkhidmatan peguam... aku anggap ini hukuman diatas perbuatan aku kerana tidak dapat mengawal nafsu pada masa itu.. walaupun pada hakikatnya bukan aku merogol tapi dengan kerelaan dia malah dia yang mempelaa aku... bukan aku yang minta... selepas ini hidup aku tidak seperti dulu lagi...aku akan jadi seorang banduan.. hidup aku takkan semudah sekarang... kerja berkawan pasti susah.... tapi aku akan hadapinya... dan kerana ini juga aku tak boleh miliki orang yang aku sayang sekarang... jadi aku nak pandang dia puas2 sebelum polis datang ambil aku....

biarkanlah nama gadis ini dirahsiakan.. kerana aku tidak layak lagi untuk menyebut namanya... sebelum itu.. aku ingin mengucap beribu kemaafan kepada pu kerana menjalinkan hubungan dengan kepura-puraan... sebenarnya abg menyintai orang lain bukan pu.. tapi masa abg menyintai dia... dia sudah pun menyintai orang lain... abglah tempat dia mengadu.. tiba-tiba abg dapat tahu yang pu sukakan abg. jadi abg terima pu.. abg cuba menyintai pu sepenuh hati abg.. tapi abg silap. abg tak dapat lupakan dia walaupun abg bersama dengan pu... sekarang pu bebas... lagipun kita tak pernah serasi.. kita sangat berbeza.. pu tak pernah memahmi abg... abg harap pu akn jump dengan insan yang lebih memahami pu and menyintai pu dengan sepenuh hatinya....

sekarang pembaca semua harus ambil iktibar diatas cerita yang saya kisahkan.. ini kisah benar tentang diri saya sendiri... jika semasa kita bercinta ingat2lah yang cinta itu indah masa kita bahagia.. tapi bila kita berpisah cinta itu akan jadi kejam untuk kita....  itu sahaja yang saya nak bgthu... tujuan sebenar catatan ini diterbitkan untuk jikalau suatu hari nanti hakim meletakkan saya bersalah... saya cuma nak keluarga saya tahu... kawan-kawan saya tahu..orang yang saya sayang tahu.. pembaca tahu.. yang saya tidak bersalah.. saya tidak merogol.. dan saya tidak mengambil duit perempuan tersebut... tapi cuma salahnya adalah saya pada keadaan itu.. saya nie manusia biasa pasti akan melakukan kesilapan kecil atau pun besar... inilah dosa terbesar yang pernah saya buat.. catatan ini juga bertujuan untuk mengatakan yang saya cinta saya pada n*** betul... pu terus putuskan hubungan bila saya maklumkan perkara ini.. tapi N masih memberi semangat dan terus berada disisi saya untuk menyokong saya.. itu lah perbezaannya pu dengan N...

wassalah dari saya... assalamualaikum..