Rabu, 26 Disember 2012

impian terakhir gagal

selepas kegagalan memiliki cinta az.... maka gagallah impian terakhir dalam hidup aku..... bukan semua yang kita nak kita dapat dan bukan semua yang kita rancang akan berjalan lancar kerana tuhan yang tentukan.... semua impian dah aku capai tapi hanya impian terakhir yang aku gagal kerana impian yang lain tidak memerlukan persetujuan sesiapa.. hanya melibatkan diri aku sendiri.. tapi impian terakhir melibatkan hati, persaaan, cinta. memang sush nak dicapai sebab ia melibatkan orang lain dalam hal itu iaitu orang yang akan menjadi permaisuri hati aku... memang benar dunia sekarang memandang duit. dan cinta sekarang memandang rupa... sebab itulah cinta aku cipta tampa rupa tapi kaya dengan keikhlasan dan kejujuran dan kasih syg tak dipandang kerana rupa itu yang penting dimata mereka... sekarang tiada lagi kisah cinta akan dipaparkan disini selepas cinta az... tamat sudah kisah diari seorang romeo.... selapas ini aku akan bina hidup baru dan cuba lupakan az... aky tahu bukan mudah aku akan cuba... berjaya atau tidak itu kuasa allah.... akhir kata... cinta perlukan kepercayaan, jika goyah rasa percaya cinta itu akan hancur... jadi jika ia goyah bina kembali kepercayaan dengan apa cara sekali pun. kerana spt yang saya cakap sebelom ini jgn kehilangan mutiara yang sudah kita miliki kerana mutiara yang baru belom pasti lebih berharga dari yang dulu... renung2kan dan selamat beramal... hehehhe.... bye2

Tak layak ker untuk aku miliki cinta itu???

     Sudah lama aku tidak pulang ke kampung aku di kelantan... lega rasanya kerana aku sudah selamat sampai di kampung dengan menaiki moto tzm kesayanganku.... kerana terlalu lama aku tidak pulang. Janggal rasanya macam berada di tempat yang asing.... kepulangan aku ini bukanlah dinanti-nantikan... kepulanganku ini disebabkan hal yang begitu besar dalam hidupku yang menyebabkan aku membuat keputusan untuk tinggalkan kerja yang boleh dikatakan impian aku sejak kecil.... tapi hanya kerana hal itu aku terpaksa membawa diri pulang ke kampung...
     Aper khabar yer rasanya wanie sekarang... rindu plak pada dia...emm.. walaupun aku berada jauh aku masih mengingati dia... betapa dalamnya cinta aku pada dia.... tapi cinta aku tak dihargai... macam2 dia fitnah aku... memang aku nie nampak macam playboy tapi aku tak lakukan perkara yang dia fitnah aku... aku nak tapi aku tak berani... memang betul aku bawa keluar ramai pomp setiap kali aku konvoi moto. Walau pun kami tidur sebilik tak ada apa yang berlaku diantara kami... walaupun kawan2 ajak join kenduri sekali pun aku tak pernah lakukannya.... kerana aku sgt takut lakukan perkara itu... dia orang yang aku syang sepatutnya dia memahamiku... dia sendiri yang izinkan aku pergi dengan orang lain sebab dia tak boleh nak temankan aku sebab terlalu sibuk... tapi bila difitnah aku plak yang jadi mangsa... sayang tak ada ker kepercayaan dalam diri sayang untuk abang...
     Hari semakin hari... raya haji telah tiba.. pagi raya aku bangun dengan rasa malas... bangun pergi untuk mandi..lepas mandi aku terus duduk di dalam bilik.. rumah aku agak penuh juga raya nie sebab ramai yang balik beraya kat kg aku tahun nie... memang meriah kalau nak dikira.. tapi dalam keadaan aku macam nie... kemeriahan raya aku tak dapat rasakan... aku hanya berdiam diri tidak banyak bersakap seperti biasa mulut aku nie memang tak boleh berhenti bercakap...  dalam perjalanan ke masjid aku berjump kawan2 dulu... ramai yang tanya kan pasal aku.. kan lama takbalik kampung... ramai orang yang aku tak kenal... tapi diaorang semua ingat nama aku. Tapi aku kene hafal balik nama orang2 kampung... terukkan perangai aku.... lepas balik dari masjid aku ke sebelah umah jump jiran2, tapi kami hanya berborak diatas jalan... sambil melihat lembu korban,...  tiba2 aku terpandang seorang budak... tak tahu kenapa mata aku tak boleh menoleh ke arah lain... jantung lak berdegup kencang.. apa dah jadi pada aku nie... gila sawam ker apa... ah.. aku cuba menala lenser handycam aku Cuma mencari sudut yang sesuai.. bila lenser sudah jelas aku terus tekan butang klick....
     Saat yang dinantikan telah tiba.... pada hari raya nie aku kene korban di bahagian hujung padang... dah ramai yang menunggu tapi aku hanya bermain handycam aku jer dengan mengambil gambar disekeliling.... sesampai jer ustaz yang diamanahkan untuk sembelih haiwan korban datang, aku terus menala senser handycam aku terus kearah beliau.... aku tak sentuh sikit pun lembu korban tapi aku hanya ashik mengambil gambar... terukkan perangai aku masa 2.
     Setiba dirumah.... riuh rendah bunyinya,biasa la budak2 ramai.... ketika ini jasad aku di kampung tapi jiwa aku masih di kedah... kenangkan memori pada hari raya disana.... tidak semeriah di kelantan tapi memori beraya dengan sidia sgt penting bagiku... memori terindah yang pernah aku cipta sepanjang hidupku..... klu diizinkan tuhan ingin aku merayu agar ia terima aku kembali.. tetapi itu bukan sifatku mengejar cinta seperti itu, tambah lagi penyebab perpisahan kami bukan salah aku. Tapi salah dia kerana menuduhku membuat perkara yang kurang sopan dengan perempuan lain.... walaupun aku nafikannya tetap tohmahan yang dilemparkan oleh dia.... wanie. Wanie... tapi bukan salah dia 100%, salah dia hanya kerana dia tak nak dengar penjelasan aku.. tapi yang bersalah pada aku siapa yang buat fitnah pada dia.. jika tiada angin tidakkan lalang bergoyang.... betul tak.....
     Hari nie aku borink... terasa rindu lak nak pergi jalan2 umah paksu aku ngan umah sebi.... aper la khabar sebi sekarang nie ya.. tok guru aku belajar main gitar dulu sehingga aku jadi rokers jiwang sekarang nie.. hehehhee..... malas nak fikir panjang aku terus bangun dari katil bujangku dan terus bersiap untuk menghilangkan rindu.... sampai ajer aku diumah sebi. Terkejut aku bila sebi sekarang nie buka bengkel moto. Tengah sibuk dia nampaknya... aku terus berjabat tangan... masa 2 ramai yang ada...kawan2 sekampung ku yang rapat dulu ada dua atau tiga orang yang lain semua aku tak kenal... maklumlah dulu budak2 nie beringus lagi masa aku tinggalkan kampung dulu...sekarang semua dah besar,... dah jadi mat rempit pun.. hehehe....
     Tiba2 keluar sorang pomp dari rumah sebi... aku tergaman seketika... aku terfikir macam mana adik amin boleh ada kat umah sebi lak... nampak perut dah membuncit. Muka bercerut tanda dah kahwin... takkan kawan aku nie kawen ngan adik kawan aku.... main terkejut besar aku... macam mana la diaorang nie mengorat ek...pandai jugak kawan aku nie ngejas.. budak baik nie... kuar rumah pun susah... terfikir gak kadang2. Bercinta ker tak mereka nie sebelom kawen... atau terus masuk minang dan kawen.... aper2 jerlah 2 hal umah tangga orang... aku berckap sendiri....
     Lepas dia siap baiki moto, dia ajak aku pergi makan Air Batu Campur... aku okey jer... terkejut gak aku upanya paksu aku dah ada 2 orang anak.... yang sulung pomp yang bongsu lelaki, pandai lak 2... yang paling orang suka yang lelaki.. sebab pandai           mengajuk cakap orang.... aku pun kadang fikir sendiri, sepupu aku ker nie... hahahah... tiba-tiba aku terdengar suara, ABC dah siap. Bila aku toleh ker belakang. Jantung aku terus berdegup kencang,macam nak pecah dada aku.... sapa budak nie ek... takkan anak  paksu aku juga... aku cuba tanya sebi sapa 2. Sebi cakap 2 adik ipar paksu aku... owh.. terkejut juga aku. Cantik betul budak nie.....
     Selepas dari hari itu aku semakin kerap pergi makan abc kedai paksu aku.... setiap kali aku pergi kamera pasti aku bawa.. boleh clik bila ada masa sesuai.... semakin hari kami semakin rapat.pada suatu hari dia minta no fon aku... aku terus bagi jer tak fikir panjang pun... memang dah lama aku nak minta... tapi kami kurang meseg sebab aku memang tak meseg dulu klu dia tak meseg.. memang dah perangai aku macam 2. Nak tapi malu... mahu tapi takut... macam 2 la perangai and sikap lelaki bernama mohd faisal bin mohd sabri.. heheheh....
     Pada suatu hari aku membeli kereta terpakai... kereta satria... azam aku ketika membeli kereta tersebut, aku nak orang pertama yang naik kete aku sebagai penumpang adalah dia... aku terus fikir macam mana nak buat bagi dia orang yang pertama duduk disebelah aku... aku terfikir nak hantar dia ke sekolah tapi tak tahu paksu aku bagi atau tidak... aku beranikan diri cuba bgthu paksu aku. Sambil2 hantar adik aku ke sekolah aku boleh hantar dia sekali... lama juga paksu aku nak jawab.. tiba2 paksu aku cakap okey gak, lagi pun paksu pergi kerja lewat, dia selalu masuk ewat ke sekolah takut nanti kene tindakan disiplin.... lega rasanya bila paksu aku cakap macam 2....
     Esok pagi aku bersiap awal nak hantar dia ke sekolah... bila adik aku naik jer aku suruh dia dok belakang. Kerusi depan jgn duduk... sampai umah paksu, aku menanti dengan sabar.. bila nampak kelibat dia kelaur pakai kasut, jantng aku berdegup kencang skali lagi. Makin dekat dia datang makin kencang jantung aku berdegup. Bila dia masuk dan duduk sebelah aku. Aku jadi tak keruan... masuk gear pun tak betul.. macam budak baru belajar kete jer... wat malu jer masa jer....
     Selepas dari hari itu tak ada lagi memori wanie yang aku kenang... sebaliknya klu dulu aku bagun tidur aku nampak wanie sekarang az.. klu dulu bila aku pejam aku nampak wanie sekarng az. Semua aku nampak dia... sampai hari 2 baru aku tahu yang dia telah buang wanie dalam hati aku untuk menyintai dia.... aku tidak sangka bahawa kehadiran az menyembuh luka lama yang sangat dalam itu... lantas kerana hal itu aku menyimpan hasrat ingin milikinya jika diizinkan tuhan...insyaallah.... sehingga aku lupa dengan perinsip selama ini aku pegang bahawa cinta tak semestinya memiliki dan lebih baik melihat dari bersuara....
     Hari ini hati ku berasa sebak kerinduan disebabkan az telah kembali ke areng, kembali sekolah disana dan bukan disini... prestasi bola aku sudah semakin merosot, kegembiraan aku hilang, keseronokan aku terbatas, hanya yang tinggal kerinduan dan kesepian.... tiap2 hari aku hanya melihat gambar curi yang aku clik selama ini... naseb baik ada gambar klu tak entah la hidup aku jadi macam mana....
Sekarang aku aktif dalam club kereta satria, Xtuned. Aku di beri tugas sebagai marshall... kerja yang berat untuk dijalankan...tapi kerana kesibukan dengan ahli club membuat ku sedikit gembira dan seronok kerana dapat melupakan kerinduaan buat seketika terhadap az...
     Hari nie majlis pertungan sepupu aku, yang sulung dengan yang ke-empat buat sekali gus.... memriah meriah.... aku masih dengan handycamp fav aku... klik sana klik sini. Berposing mengambil gambar pengantin.... terasa ingin mengambil video sanak saudara dan tetamu lak.... aku tekan butang rec dan aku terus membawa ke dapur terus ker ruang tamu luar rumah...  tengah mengambil posisi posing terlihat kelibat az tengah makn di sana bersama sepupu dan juga paksu... dalam hati berteriak,fuh cantiklah... aku cuba kuar cuba pergi dekat dengan dia...tapi tak ada sepatah sepaan dari az... dengan rasa kecewa aku terus masuk ke dalam semula dan termenung sendirian... apalah aku nie... hanya aku yang rindu dia bukan dia rindu aku pun.... clik handycamp aku sekarang bukan lagi pada pasangan pengantin... tetapi permaisuri hati dikala hari dan bintang hati dikala malam, saper lagi klu bukan az....
      Sudah dua atau tiga hari selepas pertunangan, aku sudah tak nampak kelibat az. Mungkin dia sudah balik ke kampung.... tapi hari 2 hati aku rasa nak pergi makan abc. Dah lama tak singgah semenjak az balik bersekolah di areng. Debaran aku memang suatu debaran... az rupanya ada di umah paksu, aku cuba beranikan diri bertanya, bila balik sini, dia jawab dengan nada comey dia, masa majlis tunang hari 2 az memang dok sini, cuti sekolah.... em... lega rasanya....
     Hari ini aku dapat tahu dia sudah ada pakwa. Pakwa dia adalah kawan ku..... tambah lagi yang dia igin aku jadi mata-mata untuk tgk pakwa dia... dilema aku jadinya... seorang kawan seorang bintang hati.. mana satu aku nak jaga... selepas lama berfikir dengn melihat mereka bahagia bersama aku buat keputusan untuk tolong mereka dapat kepercayaan antara satu sama lain..... bila kuar kedai janda aku bagitahu pada az yang aku paksa pakwa dia teman aku ke kedai janda untuk bermain ps2 sedangkan umah kawan2 aku yang lain semua ada ps2...... aku cuba cakap benda yang baik jer tentang mereka agar mereka boleh bahagia... aku ketepikan cemburu dan dengki aku kerana aku merasa kebahagian bila melihat az bahagia....
     Malang tidak berbau, mereka bergaduh besar hari 2, aku berasa bersalah sgt2 kerana tidak dapt menyatukan mereka, aku dah cuba pujuk kawan aku untuk menerimanya kembali tapi dia tetap berdegil, cuba pujuk az pula, az pula cakap macam2, bila yang 2 cakap mcam nie yang nie cakap mcam 2, sampai aku naik pening,. Klu mereka sudah sama cinta sanggup bergadai nyawa kenapa masih ada pergaduhan dan perpisahan.... naik heran la aku dibuatnya....
     Lagi sedih bila aku tersilap luahkan apa yang terpendam, aper yang aku pendam selama ini aku luahkan pada az, bukan niat aku sebenarnya untuk mengambil peluang diatas pergaduhan mereka berdua. Tetapi kerana  tersilap cakap, sebab itu perinsip aku cipta biar melihat jgn bersuara. Bila bersuara badan binasa, terlajak perahu boleh undur terlajak kata makan penumbuk. Begitulah umpama yang aku boleh katakan ketika itu, kerana mulut aku malu sendiri, malu dengan kawan aku, malu dengan az.. pada suatu malam satu meseg dari az sampai ke simpanan meseg talifon ku.. bila aku buka az bagitahu yang kawan ku SEP takkan kembali lagi padanya dan dia sedia menerima ku.... kerana itu yang aku inginkan selama ini dari az aku terus seronok kegembiraan tampa memikirkan kawan aku sep masih dalam kesedihan... kejamnya aku ini...
     Aku membalas meseg az dan mengatakan bagaimana az boleh buktikan yang az takkan kembali pada sep. Az terus ceritakan pada aku kenapa dia pasti yang sep takkan kembali dalam hidup dia... dia juga mengatakan keputusan ditanganku... aku gementar tidak percaya, aku berfikir aku nak dia buktikan.... dia sanggup dengan apa yang aku minta sebagai bukti....
     Keesokan harinya, pagi hari lagi aku meseg az, dia memesan belikan dia asam. Kerana cintakan dia aku pergi cari di pasar dalam hujan renyai2 hanya kerana cinta.... tapi sudah puas aku berpusing tiada yang menjual asam... aku hubunginya dan memberitahu yang aku tidak jump asam di pasar. Dia cakap tak per dia dah makan nasi... aku balik terus ke kedai paksu untuk jump dia... sampai aku disana ada aw kat dalam kedai bersama az.. az memang rapat sgt ngan laki2 kat kampung nie... 2 yang buat aku cemburu, nampak sgt macam nak bagi orang sakit hati... ada sekali 2 masa kenduri boleh jer dia datang ngan p makan kenduri, macam tak bersalah jer dia. Petang 2 plak dia bawa j makan kenduri, hangin satu badan aku dibuatnya... meseg aku pun tidak, dari pagi aku tunggu dia masa 2... lama sudah aku dok kat luar 2 sorang diri, az kuar duduk ngan aku kat kerusi luar, dia duduk di kerusi sebelah orang lain bukan aku, lagi aku hangin bila boleh plak bercuit rapit ngan laki, main kuet2 kaki la. Macam2 la yang boleh buat aku meletup kat situ,,, nampak mcam orang bodoh jer aku nie... dalam meseg papa mama, kat luar panggilan biasa. Tak dilayan plak 2... bila laki2 2 dah tak der boleh plak dia cakp borink ek, sedangkan aku nie pakwa dia. Tak da plak nak berkepit ngan aku sama macam berkepit ngan orang lain...
     Malas nak fikir aku ambil fon dia aku ambil gambar, aku tanya dia cakap gambar banyak, nie sikit jer. Dia bagi fon satu lagi warna merah, aku buka dan terus ambil gambar, masa tengah tgk gambar satu2 aku tgk masih ada gambar sep didalam fon dia...semalam dia cakap dia dah padam, pada masa 2 aku rasa dipermainkan, diperbodhkan dan dibohongi... kemarahan sudah naik tahap meletup.. aku terus beredar dari situ dan balik ke rumah.. buka meseg terus aku tulis az tak boleh lupakan sepkan. Jujur dengan as yang az inginkan sep kembalikan. Betul tak?.. meseg itu aku send terus ke no fon dia. Selepas dua, tiga minit meseg balas dari az sampai. Dia jawab ya, az ingin dan masih menanti sep kembali. Aku tulis lgi. As nie hanya permainankan?.. dia jawab, bukan. Az juga sayang as. Tapi aku tahu yang aku sudah dipermainkan. Dia minta maaf sebab lukakan hati aku...masa ini hanya tuhan yang tahu betapa terluka hati aku, hanya air mata yang mampu aku titiskan, tak layak ker aku dapatkan cinta, tak layak ke.. ingin aku melaung sekuat hati tapi aku tak berdaya hanya laungan dalam hati yang aku dapat laungkan....
     Sekarang aku macam dah gila, tak dapat nak kawal perasaan aku, aper aku buat semua tak kena. Ketika ini aku terfikir klu aku jadi sep aku pasti bahagia, aku tak kesah az dah rosak atau tidak, sebab cinta aku untuk dia bukan untuk tubuh badan dia... dosa lampau dia tak perlu diungkit. Kerana cinta aku ikhlas untuk dia... tapi kenapa cinta yang ikhlas tak pernah dipandang manusia, tetapi cinta pura2 yang selalu dipuja, bila ditinggalkan sampai nak bunuh diri sedangkan kita yang salah memilih cinta....
     Aku cuba tenangkan fikiran dan perasaanku. Gitar hanya buat aku menangis. Tulis blog juga sama. Aku cuba call semua kawan2 yang ada no fon pada aku... ajak berborak tapi kerana takdir sudah tuhan aturkan.tiada saper pun yang angkat panggilan aku masa 2... hanya mi yang angkat,aku cuba tanya dia ada kat mana, dia cakap kat umah, jom lawan bola, sambil membuat lawak aku bgtahu dah training ker nak lawan aku sedangkan aku yang perlu training sebab aku selalu kalah lawan dengan mi...tiba diumah mi aku terus bermain bola. Riang tawa aku pada masa 2 hanya dibuat2.. aku tak boleh lupakan hati aku yang terguris... aku cuba call lo tanya dia ada kat mana, terkejut aku bila dia cakap dah ada kat kampung, aku ingat minggu depan baru dia balik. Apa lagi ajak kuar kedai janda la. Sampai aja dikedai janda aku order teh tarik dengan burger yang sangat pelik...ketika ini fikiran aku bingung.. aku order burger fifeple special iaitu satu roti, dua keping ayam dibalut telur dikapit ditengah2 sekeping daging. Tak sampai lima minit aku habiskan sehingga licin.....
     Aper yang aku fikirkan ketika ini hanya penyesalan. Jika aku berpegang pada perinsip aku.. hidup aku takkan jadi macam nie.... sekarang aku tak tahu aper aku nak buat.. bila aku termenung sendiri dari jam satu pagi hingga dua pagi.dari 2 pagi hingga 3 pagi. Aku Cuma fikir memang aku tidak layak untuk bercinta... selama pencarian aku selama ini.. ini kisah cinta terakhir aku yang akan aku paparkan di blog ini.... selamat 10 tahun blog diari seorang romeo disiarkan menceritakan tentang perjalanan hidup aku dengan mencari cinta... bermula dari cinta sue sehingga cinta az... semuanya tidak ditakdirkan untuk aku.... aper yang ditulis dalam blog ini tak ada rekaan, semuanya yang berlaku dalam hidup aku.... sekarang aku sedar baik tidak sesuai untuk aku... mungkin aku sebenarnya lelaki yang jahat dan kejam... peminat2 boleh nilaikan sendiri siapa saya. Aper pun keputusan anda semua saya terima dengan hati yang terbuka.... aku juga minta maaf kerana membuang semua laman2 blog yang mengikuti blog ini... takkan ada lagi kisah cinta masalah cinta dan tangisan dalam blog nie lagi, kerana bagi aku...aku tidak layak untuk dicintai....
     Pesanan aku untuk pembaca, bila anda semua dapat cinta yang masih suci jaga kesucian dia dengan sebaik2nya. Jika cinta anda sudah lobos buktikan dan bertanggungjawablah seperti dia hanya milik anda sahaja... tapi ingat, ramai yang ingin permainkan kita tak kira lelaki atau pomp. Cinta yang jujur dan ikhlas sukar dicari tapi bila anda dah miliki jgn sesekali biarkan dia pergi... jaga ia seperti tak ada benda lain yang paling berharga dari dia, seperti tiada benda lain yang penting selain cinta dia.... inilah yang aku ingin lakukan pada cinta aku.. belai ia, kucup ia, peluk ia dan cakap LOVE U FOREVER ....coretan ini disiapkan pada malam ini semasa hati disakiti jiwa dikianati oleh insan yang ku gelar bintang hati, penyuluh hati sanubari..... akhir kata dari aku  tak layak ker untuk aku miliki cinta itu!!!!?
wassalam

Sabtu, 3 November 2012

sudah lama aku menyepikan diri dari zaman siber.. kini aku sudah kembali untuk meyerikan balik blogger aku.... mungkin tidak semudah yang aku fikirkan dulu.. kini aku masih di kampung... masih belum terbuka hati untuk menyambung kerja lama aku dikedah... tawaran masih lagi menanti aku disana... aku patut berterima kasih kepada mr.yap kerana masih lagi menyokong dan memahami situasi aku sekrang.... apa pun... aku cuma ingin menyendiri sekarang dari pada shira dan juga wanie... sudah puas untuk memikirkan hal cinta....  mungkin aku perlu lebih masa untuk memikirkan semua ini... aku telah letih menyendiri... syira masih bersama aku dan aku sentiasa meseg and berhubung dengan dia melalui talifon... tapi cinta aku pada wanie yang tak pernah wujud dalam hidup.. dia hanya bintang hati yang memberi sinaran pada hati melalui gambar.. aku mengenalinya melalui FB.. kami cuma fren yang hanya tambah rakan tapi tak pernah chat atau komen... senang nak dikatakan kami tak pernah kenal satu sama lain.. tapi dia yang boleh buat aku happy dan tersenyum selalu.... untuk peminat bloh diari seorang romeo.. abey ucapkan terima kasih kerana masih menyokong blog abey... abey akan doakan agar korang bahagia dan gembira selalu.. nasihat abey peganglah apa yang ada dihadapan mata..

Isnin, 16 Julai 2012

hidup sgt membosankn

Jumaat, 27 April 2012

malang tak berbau

fuh..... malang memag takberbau... kelmarin aku ditimpa nasib malang iaitu cermin kereta aku pecah... masa itu aku tengah drive balik dari kota baru,.. lalu jalan rantau panjang... semasa samapi disuatu tmpat aku ikut belakang lori yang tidak menutup belakang lori.... kerana takut barang2 dalam lori terkeluar kene kereta lebih baik aku potong...dalam masa aku memotong lori tersbebut, ada sebiji batu datangdari tayar lori tersebut terus ke cermin... berdempum bunyi cermin aku...aku terus hilang pandangan arah jalan... aku terus berhenti dibahu jalan dan melihat cermin aku telah retak dan mula merekah sedikit demi sedikit sehingga sepenuhnya cermin itu merekah...

aku hanya dapat melihat jalan dengan kabur sahaja... ingin pecahkan cermin takut hujan turun.. jadi aku teruskan perjalanan hingga sampai umah... cuba fikirkan... 70km aku bawa kereta dalam keadaan cermin yang merekah dan mengaburkan pandangan jalan... nasib aku baik juga hari 2 sebab tak der aper2 yang yang tak elok berlaku....

sampai dirumah terus parking kereta.... hari nie baru pegi cari cermin... semua kedai kat daerah jeli dah diterokai, namun tiada cermin yang aku inginkan.... aku terus ke tanah merah. 50km dari temat aku tinggal... nasib baik kedai 2 ada spearpart yang aku inginkan... tampa buang masa, aku terus ambil tak minta kurang dah... hahahah...

sampai umah terus pasang... tapi malangnya nasib sebab hujan turun... nasib baik ada garaj.. klu tak rugi la gam dah letak elok dah.... sekarng..kereta masih belom boleh naik sebab takut gam dia belom kering.... jadi tinggal jer kat garaj... nek moto jer pegi jalan2... hahahaha..padan muka......

Selasa, 24 April 2012

temujanji 6 bulan

kata orang manusia berbeza pemikiran... inilah pertama kali aku jatuh cinta pada seorang yang pelik.. aku tahu kenapa dia letakkan syarat sebigitu agar aku menjauhkan diri dari dia... 6 bulan bukanlah tempoh yang lama sebenrnya. tapi bagi aku sgt lama... aku tahu yang aku tidak akan dapat temujanji itu... 6 bulan lepas nie,dimana aku. adakah aku sudah jadi gold ambassador dalam gamat emas...... atau pun aku sudah kekubur pada waktu itu.... kenapa dia meletakkan janji 6bulan selepas kami kenal baru boleh kuar bersama....

aku tak fikirkan yang negatif tentang hal ini sebab aku tahu tuhan maha adil dan maha berkuasa... ya allah jika ia untuk ku kau bukakan lah hatinya untuk ku... kau lindungilah bintang ku dari kepudaran cahayanya ya allah... kaulah maha adil lagi bijaksana.... aku tidak tahu kenapa kau bukakan dan temukan hati ini dengannya..?namun yang aku pasti ya allah, pati ada hikmah disebalik pertemuan itu....

blog ini akan jadi madah cinta kami.... adakah kami akan ke pelamin atau pun sebaliknya.... saya berharap pembaca2 dapat mendoakan kami berdua dapat bersama suatu hari nanti.... hari demi hari akan aku tunggu untuk mendapat temujanji pertama pada 23/10/2012 pada jam 10.00 mlm. akan ku tunggu

Khamis, 15 Mac 2012

kerete baru

hai semua.... harap semua sihat walafiat.... abey sekarang dah beli kerete faveret abey... kete satria..... hari ahad atau hari sabtu nie baru pegi ambil.... tapi no plat ta cantik la... no plat sabah serawak.... tapi keadaan kereta canrik la.. sgt baik orang cakap.... enjin pun okey jer... tapi yang tak okeynya hanya no plat... aper2 pun nanti boleh tukar lain.. hehehhehe

klu semua orang nak tahu... abey sekarang nak tukar nama panggilan la plak... mat kete abey nak diaorang panggil atok..... hehehhee... geng moto lak panggil abey ngan nama abey... kira stedy la kan.. hahahha....

Selasa, 31 Januari 2012

kalau

cinta itu indah di mata kalau cinta di atas gunung kinabalu......
cinta itu indah dipandang kalau cinta itu secantik siti nurhaliza...
cinta itu indah dihati kalau cinta pada yang sudi....
tapi seharusnya kita perlu tahu yang
cinta itu indah dimana sahaja asalkan kita ikhlas menyintai....