CiNtA AzUrA

kisah ini bermula pada 4/5/2010 pada hari ini aku telah mulakan kursus parajurit muda di kem bukit pinang alor star... pada hari tersebut aku perlu buat persiapan untuk penginapan wanita... pada pertama kali aku terpandang dia badan aku terus kaku dan mata aku tak boleh menolah ke arah lain... seperti kene pukau...
sehinggakan aku terdengar jeritan kopral.. " abey kerja cepat.. nanti lewat plak "... aku terkejut dan terus meneruskan kerja sambil2 curi memandang wajah tersebut.. dalam hati terfikir siapalah gerangan tersebut... sudah berpunya belom... sebolom nie tak pernah lagi perasaan aku terpukau macam nie tengok pomp... aku pun tak tahu aper yang istimewa pada gadis tersebut... aku hanya terus memandang sahaja... teringin rasanya kenali gadis tersebut...terkejut juga aku bila dibahagikan platun masing2.. aku sama platun dengan dia... iaitu platun 2.. hahahaha... makin seronok la aku... tapi awal2 lagi aku dah malu sebab rambut panjang... sarjen tanya siapa rambut panjang.. terpaksa la aku bangun dan terus pegi gunting.... dia memangdang aku tapi dengan mua yang masam... tiada senyuman.... aku terfikir dia mungkin seorang yang sombong dan ego macam aku.. hahahaha

pada hari kedua aku menjalani kursus aku hanya memandang gadis tersebut dan hanya terus memandang... tapi gadis tersebut tak pernah perasan yang aku sedang memandang beliau... nanti kantoi malu aku nanti dah la dia satu platun ngan aku... hahahah... macam mana la jodoh boleh temukan aku dengan gadis tersebut... tubuhnya kecil jer.. macam budak-budak perangai pun macam budak.. aku terus mencari informasion tentang beliau.. tanyakan sesiapa yang kenal gadis tersebut.. nasib baik la ramai yang sporting.. terlalu banyak informasion yang aku dapat... aku pun terus hantar kawan pomp aku untuk bertanyakan tentang status dia... naseb baik la dia belom berpunya.. ada cam la aku nak masuk line.. heheheh...


pada hari ketiga tiada aper yang buat untuk kenalinya.. aku masih lagi hanya memandang... aku terfikir mungkin aku boleh ringankan beban dia untuk berbelanja dikantin... jadi aku buat keputusan untuk meletakkan deposit dikantin untuk mudah dia membeli dan menggunakan duit tersebut... pada kali pertama 2 dia terejut kerana dia tak perlu membayar aper yang dia ambil dan makan.... dia rasa pelik dan bertanya pada kawannya... dia tak tahu yang aku sudah saport perbelanjaan harian dia... hehehehhe...


sehingga hari ke 8 dia dah mula mengesyaki aku.... dan dia juga dah mula bertegur dan menyapa aku... dia bertanya kawan yang aku hantarkan untuk bertanya status dia... aku tahu dia dah tahu segalanya.. selepas itu bila berjump dengannya aku jadi semakin malu.... aku bodohkan diri jer.... kan aku nie memang bodoh. heheheh... sehinggalah pada malam tersebut dia memanggilku dan berkata " nak pegi kantin ker.... jom la pegi skali..." aku jadi terkaku dia mengajakku pergi kantin bersama.. sungguh aku tak sangka... aku pun berkata dengan sombong dan ego aku... sajer la kontrol macho... " kejap nak taruh pinggan...." dia menunggu aku diluar dan aku pula sengaja melambatkan perjalanan... happy bukan main lagi bila berjalan berdua dengan dia pegi kantin..... masuk jer dalam kantin dia ambil air dan aku juga ambil satu... bila bayar aku cakap tak per dah settle... dia tanya "bila bayar"... aku menjawab "dia akan tolak duit yang ada kat situ.. nanti habis abey tambah balik"... dia terus tersenyum... hati aku berkata.. bodohnya aku.. dah kantoi.... selepas 2 dia terus ker bilik..... tak boleh tidor malam aku fikirkan hal 2.. hehehhe ..


keesokannya... dalam perjalanan aku ingin pergi ker arm scout... aku terlihat kawannya berada di tepi longkang sapu sampah... aku terus berjalan... aku terdengar perbualan yana.. sahabat karib dia... "ada budak bodoh yang saport zura kat kantin.... bodohkan budak 2.. dia tak tahu yang zura 2 dah ada pakwa.. zura 2 nak permainkan dia jer"....... aku terus berjalan dengan langkah yang laju.. mereke terkejut mendang aku lalu di situ... aku bodohkan diri jer... dalam hati aku terasa marah dan sedih.... pada malam tersebut aku cuba selepasaikan masalah tersebut..... selepas class aku panggil zura keluar untuk selesaikan masalah yang aku dengar petang tadi... tak der aper yang aku tanya.. hanya satu soalan jer.... "zura dah berpunya belom?"... hanya itu jer soalan yang aku ajukan dan dia berkata.... "tiada"... dia nafikan... tak per dh dia cakap mcam 2.. aku cuba nak uji kenafian dia 2.... aku berkata lagi... " tadi abey dengar zura cakap ngan pakwa zura"... dia terus senyap dan berkata... "kenapa abey sensitif sangat... kitakan kawan jer"... jatuh air muka aku selepas dengar kata2 tersebut.... aku terus berkata..." okey... kita hanya kawan... abey akan pegang kata2 tu selamanya"... aku terus pergi masuk baris......


selepas dari hari itu aku jadi malu untuk bertemu dengannya.. dalam kelas aku hanya tumpukan pada pelajaran dan dia ashik tidur jer tiap kali kelas berjalan.... rasa teramat malu menyebatkan aku tak boleh nak senyum padanya... tapi dia seperti tiada aper... biasa la hanya aku yang menyayangi dan menyintai dia... aper yang dia nak rasa.... dia ajak bergambar.. aku duduk jer... senang... nanti tak pasal2 dia masam lak ngan aku nanti... merana hidup aku nanti.. hahaha...


tapi selepas dari itu juga hubungan kami semakin rapat.... terutama sekali waktu malam birthday intan... kawan satu platun kami.. dan juga sahabat karib kami... kami raikannya padam tersebut dengan hidangan yang enak2 iaitu kek yang cantik dan juga KFC... penaja utama.. hehehe.. ibu intan beli bawa kem untuk kami raikan birthday nya.... pada malam tersebut kali pertama aku disuap oleh pomp.. selama aku hidup tak pernah aku makan disuap oleh orang... malam itu adalah malam pertama aku makan disuap... dia dtang pada ku dan membawa secebis isi ayam dan menyuap kemulut ku... aku tak nak buka mulutku sebenarnya.. tapi entah kenapa aku jadi teringin disuap oleh dia.. aku buka jer mulut terus tergigit jari.. hehehe... biasala kali pertama disuap.... hahahahah....tapi dia seperti tak der per2 pun aku gigit jari dia...


malam tersebut lagi sekali aku susah nak tidur fikir disuap oleh dia.. hehehe... kami bergambar bersama2.. dan bergembira... aku nyanyikan lagu untuknya.......


pada malam keesokan dalam kelas... aku disuruh nyanyikan satu lagu... " aduh.. malunya.."" aku bodohkan diri dan nyanyikan lagu.. dia tak tahu lagu itu untuk dia sebenarnya... aku nyanyikan lagu spring bertajuk sejujur mana kata2... khas untuk dia pada malam itu... hahaha... dapat sambutan yang menarik ga aku nyanyi walaupun suara sebiji macam katak bawah tempurung.. heheheh.... bila fikirkan balik cukup lawak pada malam tersebut....


hari ini adalah hari exam terminal dua.. iaitu kawad.... aku dan dia hari nie bermasam muka kerana aku cemburukan dia... dan aku dapat tahu pakwa dia nama hamidi... aku jadi geram dan marah kerana diperbodohkan.. aku pegi jumpa hamidi untuk bertanyakan tentang hal tersebut.. dan hamidi mengatakan ia pada soalan aku... aku terus terdiam dan terus beredar....

aku bawakan perasaan hampa aku ini sehingga hari itu tiada keceriaan didalam kehidupan aku... aku rasakan seperti hari aku tak bermakna kerana diperbodohkan dia... aku terus cuba untuk melupakan dia... tapi setiap detik jantung aku berdegup... hanya menyebut nama dia sahaja... aku rindukan dia...

aku dapat masuk dalam 6 kawad terbaik... tapi aku tewas kerana aku terpandang dia dan waktu itu otak aku masih lagi serabut kerana masalah tersebut... dalam aku diuji aku termenung fikirkan dia... sehinggakan aku tidak dengari arahan yang diberikan oleh pegawai waran 2 halim... iaitu cik halim... aku dijerkah 2 hingga 3 kali baru aku tersedar dari lamunan...

aku terus hentikan hentak kaki dengan arahan ku sendiri.. kopral jasri dan juga cik halim hampa dengan sikap aku.... kopral jas menaruh harpan tinggi terhadapku untuk menjadi kawad terbaik... kerana lamunan tersebut telah membuat aku tewas dalam impianku sendiri....impian aku dalam kursus tersebut untuk mendapat kawad dan keseluruhan tapi... aku hampa pada kawad ...

aku tak dapat terima kesilapan yang telah aku lakukan... aku rasa bersalah pada semua orang... tapi pada malam tersebut.. kopral azman datang tenangkan fikiran ku... aku tenang selepas kopral azman memberi semangat kepada... aku tak sangka kopral azman ceritakan masalahku pada semua orang dalam diam2... sehingga semua orang tahu yang aku cintakan zura... naik malu la aku bila cik halim panggil masuk bilik dia.. dan mengatakan tentang hal tersebut.... tapi mereka sokong aku... semua jurulatih menyokong aku..... tapi satu soalan dari cik halim sampai sekarang aku masih belom jawab.. " kenapa dia????" aku sendiri pun tak tahu kenapa dia....yang aku tahu aku tak boleh berjauhan dan macam 2 lah... aku rasa macam tak bererti hidup tampa dia.. seperti hidup aku nak disamping dia sepanjang masa...


malam ini aku kene change prip... change prip nie bermaksud prtukaran... kami kene tukar pakaian yang diarahkan dengan tepati masa yang ditetapkan... selalunya setiap pertukaran dibuat 5 minit... cukup memenatkan.... lepas change prip.. sekali lagi aku kene nyanyikan lagi untuk platun aku klu tak sumer masuk kolam.. hahaha.. dengan suara serak tengkak.. aku nayikan lagu butakah cinta... khas untuk dia juga... hehehe... aku terkejut bila aku keluar.. dia sama2 kuar dengan aku ckp nak nyanyi lagu duet... aku cakap tak tahu lagu duet.. dan aku terus nyanyikan lagu butakah cinta,... dia terdiam bila dengar lagu tersebut.... selepas separuh aku nyanyikan lagu tersebut... azhar kawan ku keluar untuk nyanyi bersama ku sebab dia melihat zura kaku menyanyi denganku... mungkin dia terasa lagu itu untuk dia...


hari ini adalah exam terminal 3 iaitu subjek cw... cukup susah... dalam ujian tersebut walaupun aku dan dia masih lagi bermasam muka.. tapi bila aku tengok dia seperti lembu lemas dilautan... mesti tak boleh jawab punya... aku pun terus tegur dia.. dan tanyakan soalan yang dia tak boleh jawab... yang mana aku boleh jawab semuanya aku berikan jawapan pada dia...

seronok bila tengok dia tersenyum... bila aku berikan jer jawapan pada dia dia terus tersenyum.. hehehehe...aku pun aper lagi... makin happy la bila tengok dia happy.....

pada malam nie kami aku adalah hari paling hati aku terguris... pada malam ini air mata aku mengalir kerana dia... aku melihat aksi peluk memeluk di luar cook house... sungguh menghampakan aku... terkejut aku bila aku ingin keluar dari cookhouse.. aku terlihat zura dan wann berpelukan... tampa dia marah wann tersebut.. malah dia senyum.. aku terus berhenti... tubuh aku jadi lemah.. semangat aku kurang... aku dah tak tahu nak buat aper.. aku patah balik dan terus menuju ke arah intan... aku terus duduk dan bersembang dengan intan... lama kelamaan dia masuk dan duduk didepan aku...

aku tak tahu adakah dia tahu aku melihat perkara tersebut atau tidak.. dia dudk rapat dengan ku tapi aku cuba mengelak dan cuba duduk jauh dengan dia.. dia angkat kerusi dan duduk dihadapanku.. dan bercakap dengan manjanya.. tapi aku jawab hanya dengan sepatah.... aku sangat kesal...

sekarang nie masa kursus hanya tinggal 2 minggu jer lagi.. esok kami akan bertolak ker sungai petani BN 1 untuk jalani latihan CW.. iaitu mara,serangan,pertahanan dan pengunduran... pada malam pertama di BN 1 dia dah mula berenggang dengan aku... dia rapat dengan orang lain kat sana... tak berapa rapat dengan platun.. dia rapat dengan platun lain.. susah sikit nak tgk muka dia......


kami mulakan dengan fasa mara.. kami sangat jauh... aku berada dalam kump HQ sebab aku adalah ketua platun dalam mara tersebut.. aku memegang pangkat leftenen muda... dalam mara aku terlalu rindukan dia... aku terkejut bila dengar yang dia pengsan... aku jadi kelam kabut bila terdengar hal tersbut... hati aku tenang bila melihat dia tersenyum diatas moto dengan kopral... aku teruskan maraan sehinggalah sampai ke pengkalan... kami bermalam dua malam disitu... di bawah kelapa sawit... di pengkalan hilang la sikit rindu aku pada dia.. sebab kami duduk dekat jer...


ada waktu ketika dia panggil aku temaninya berbual... terasa pelik aku dibuatnya... bila aku duduk jer disebelah dia... dia terus tanya aku... cakap aper dengan intan tadi ketika dia tidur... aku terkejut bila dia tanyakan hal tersebut... takkan dia dengar kot... memang selama nie aku ceritakan segalanya pada intan.. intan la tempat aku luahkan perasaan.. pada petng tadi aku aku bagitahu intan sambil memandang dia tidur.. aku ingatkan dia tidur rupanya tak.. nahas aku lepas nie... nasib baik la dia tak marah malah makin tersenyum... dan kami makin rapat.. makan pun sekali...


pada malam pagi esok kami kene buat serangan... jam 3 pagi kami semua bertolak mara untuk buat serangan... pada serangan nie aku dan dia dok dekat jer... satu seksyen... tak la rindu sangat.. boleh jeling2 pandang.. hehehe... kami berjaya buat serangan dan musuh dah pun ditewaskan... huhuhu.... kami terus balik ker BN 1 untuk buat fasa pertahanan pula esok... aku balik satu trak dengan dia.. dok sekali sgt rapat.. tapi dia cuba mengelak dok jauh dari aku.. aku tak cakap aper.. dia tidur dan aku lak borink.. aku nyanyikan lagu yang aku reka untuk dia untuk hiburkan hati aku.... sehinggalah sampai di BN 1... pada malam di BN 1 hati aku terusik lagi... dia tak rapat dan ngan aku.. dia rapat ngan musuh yang hensem lak... aku nie tak hensem.. mereka cukup mesra.. aku tak cakap aper pun.. aku buat bodoh jer... aku terus masuk tidur.. malas dok kat luar.. buat sakit hati jer...


esok bertolak terus untuk fasa pertahanan.. kene korek kubu... aku buat satu lelaki satu pomp... aku dok ngan di.. boleh la aku tengok dia puas2... aku korek kubu seperti yang disuruh... siap jer kubu aku aku terus buat kubu kawan2 yang lain.. sehinggalah siap... kami tak berapa sembang sangat walau pun dalam satu kubu... dia ashik tidur jer.... tapi kami makan bersama... kami macam suami isteri lak.. hehehe...


siap jer kubu kami pun buat pengunduran.. kene la kambus balik kubu yang kami gali 2.. cukup penat... kami berjalan sebanyak 5 km.. bag dia aku bawa dipertengahan jalan sebab dia keletihan... sampai jer di BN 1 aku terus masuk tidor... sebab dah malam.... tapi dia masih lagi bersembang mesra dengan musuh hensem 2.... aku saja la malas dok kat situ.. tak mau sakit hati....


hari nie hari check senjata.. jadi kami kene la cuci senjata nie... senjata dia aku yang cuci... siap jer check aku terus rehat dibawah pokok... baru la aku nampak batang hidung dia pada hari tersebut.,.. dia datang dengan senyuman.. dan duduk dibangku kat check senjata.. kopral zam ada disitu.. aku tgk dia tengah jawab panggilan... aku tahu siapa yang call... pakwa dia yang call... aku nampak seperti dia gaduh ngan pakwa dia... sebab lepas dia letak panggilan aku tgk muka dia lain sikit.. dan dia terus tidur disitu... aku terus bangun dan duduk disebelah dia... aku pandang puas2 wajah dia sewaktu dia tidur... dia bangun jer tersentak aku.. nasib baik tak kantoi... dia masam jer... aku tak tau nak wat per.. aku diam jer.. dia tidur jer aku pandang.. itu jer aku boleh lakukan... esok ada parti aku kene buat satu lakonan... baju pun tiada lagi.. aduh...


nasib baik la staf mie ada dia bawa aku kuar pegi beli baju.... tapi bukan dia la yang belanja aku bayar sendiri hehehe.... aku beli kasut ngan baju sama.... lepas 2 dalam perjalanan kami nak pegi makan jump zura kuar ngan kopral baharun.... aku buat tak tau jer..... lepas pegi makan aku terus balik and tidur.. malas pikir banyak .. sebab tak larat......


aku kirimkan dia satu surat



assalamualaikum....


    kehadapan azura yang kini berada di sisi insan yang tersayang diharap sihat-sihat walafiat selalu...

    tujuan warkah ini dilayangkan kerana ingin meluahkan aper yang terbuku dihati sepanjang sebulan perkenalan kita...
    pada pertama kali bertemu dengan zura di kem bukit pinang iaitu pada 4/5/2010 hari rabu... pada waktu itu abey tengah siapkan penginapan untuk penuntut kursus parajurit muda..... pada jelingan pertama abey memandang zura.. hati abey jadi terhenti dan mata terus memandang erat raut wajah zura.... sehinggalah zura beredar dari situ...
    pada 5/5/2010 iaitu hari kedua kursus bermula abey cuba menghantar kawan-kawan wanita untuk bertanya status zura dan jawapan yang abey dapat sungguh menyeronokkan abey sebab zura masih solo... abey terus bersemangat... pada kelas pertama abey cuba memandang zura.. abey tahu zura takkan perasan...
    pada 12/5/2010 kita sudah pun mula berbual dan mesra, abey rasa happy sgt2 bila zura ajak abey ker kantin bersama..
    pada 13/5/2010 abey terdengar percakapan kawan2 zura, bahawa zura rapat ngan abey hanya sekadar nak permainkan abey malah zura sudah pun berpunya....
   pada 20/5/2010 abey cuba selesaikan masalah yang abey pendamkan agar abey tak membenci zura.. tapi zura tetap menafikan sumer soalan yang abey ajukan... zura juga berkata kita hanya kawan... abey ingat kita dah lebih dari seorang kawan, rupanya abey silap. abey pegang pada kata2 zura.
   pada 24/5/2010 kita sudah pun bergerak untuk mulakan latihan CW. pada pertahanan abey sengaja buat sistem bady lelaki pomp agar abey dapat duduk dengan zura dengan lebih dekat dan dapat kenali zura lagi rapat.... dan sebab kedua abey buat demikian agar abey dapat memahami perangai zura yang sebenarnya...dan ingin pandang zura selama mana yang abey boleh..
   pada 29/5/2010 waktu itu kita tengah cuci senjata beramai2 untuk dicheck. wktu itu zura tidur diatas kerusi.. abey pandang zura dengan dekat sekali, hari inilah abey rasa paling dekat dengan zura. pada waktu itu juga ada orang call zura.. abey tahu itu pakwa zura..
   pada 30/5/2010 kita ada parti di cinta sayang resort.. pada hari ini cemburu abey terlalu kuat.... abey telah cuba bodohkan diri tapi abey tak dapat dan mulai hari ini zura dan abey renggang sangat2... pada hari ini juga satu teguran, hilai tawa dan juga wajah zura cukup susah untuk abey ratapi dan dengari....
   abey cuba memanggil zura, abey suruh intan safina send meseg tapi harapan abey hampa.. zura tidak datang.. betul sangkaan abey zura takkan datang...
   balik dari party, rindu abey pada zura berbuak2. abey zuba panggil zura... tapi hanya cemburu yang abey dapat.. dulu klu abey panggil zura takkan pernah tak datang. tapi abey tahu siapa abey.. abey sedar abey hanya seorang insan yang menunggu bunga jatuh ke riba walaupun betapa layunya bunga yang abey tunggu itu, abey tetap akan tunggu... walaupun bunga yang abey tunggu itu hanya penderitaan untuk abey, abey tetap menunggu bunga itu dan jikalau bunga itu hanya nak permainkan abey, bunga itu tetap permaisuri hidup abey sebab semua ini abey lakukan kerana bunga itu telah pun berkembang dalam hati dan sanubari abey...... selamanya....
   sekali lagi abey cuba meseg zura tapi abey tetap hampa , zura tidak kunjung tiba , bila orang lain panggil zura terus pergi, yang paling menghampakan hati dan perasaan abey, bila lihat zura berpeluk ngan wan.. itulah perkara yang paling mengguris hati abey... air mata seorang lelaki takkan mengalir klu hatinya tak terguris...
   abey telah cuba membenci zura tapi sehinggakan hari ini abey tak dapat lakukan hal tersebut, esok hari terakhir kita akan berjumpa.. aper2 pun zura tetap permaisuri dalam hati abey... izinkan selamanya namamu dihati....
   akhir kata dari abey,,, sebuah lagu yang abey ubah khas untuk zura....

entah mengapakah hatiku bergetaran..

apabila bertemu dengan mu azura...
kucuba sembunyikan perasaan hati..
namun perasaan ini tak dapat dikawal...

ku kira engkau sudah memiliki..

seorang teman hidup yang sejati..
lainlah aku diketika ini..
masih belom menpunyai teman sejati...

kusimpan hasrat hatiku untuk bersama dengan mu..

ku pendam perasaan hati bahawaku cinta padamu..
kerana hatimu telah memiliki teman sejati...

lalu ku mencuba bermesra dengan mu

sebagai sorang kawan dan sebagai abg
namun hatiku masih belom pudar
cintaku padamu...

diriku mengerti dirimukan menolak..

jika ku meluahkan perasaan hati..
lebih baik ku pendamkan hal ini..
dari padaku kehilanganmu kekasihku
/ lebih baikku pendamkan hal ini
daripada ku kehilanganmu oh azura


                                             yang mencintaimu..

                                                              
                                              ................
                                                  ( ABEY )    


aku malas nak tulis sampai habis kisah nie,,, sebab aku dah pun berputus asa untuk mendapatkan cintanya.... malas malas malas... aku jer yang terseksa dia heppy jer....


                                          TAMAT