Novel Diari Seorang Romeo



PENDAHULUAN

semua orang pasti pernah disinggahi dengan suatu rasa yang nyaman, indah, penuh warna ceria seolah-olah dunia seakan terapung dan manusia didalamnya sedang melayang-layang. kalau tidak begitu, pasti ada yang merasainya dengan rasa debar, gemuruh, tak tentu arah dan tak kurang juga rasa marah. rasa apakah itu sehingga mampu membuat manusia jadi sebegitu??. tak naik pangkat?, kene saman JPJ?, gaji tak masuk lagi? atau dibuang kerja?. semuanya tidak. kecuali satu perkara yang akan buat kita mengalami segala perasaan diatas. kerana cinta! kerana kita dilamun cinta. hanya itu sahaja sebabnya untuk ada boleh merasai perasaan diatas.begitu juga dengan aku, mohd faisal yang setia.ya! aku lelaki yang setia menyintai dia.

dia cinta pertama dari zaman remaja aku. sejak dari bangku sekolah lagi. cinta yang indah dizaman remajaku. ia jadi indah kerana cinta itu tidak pernah diucapkan. apabila terpandang si dia, hanya mata sahaja yang berkata-kata meluahkan rasa yang tersimpul. tiada bahasa paling indah dapat menterjemahkan apa yang sedang bercambah dalam hati kerana ia cinta rahsia antara dua jiwa. ya, benar, cerita cinta ini indah kerana ia rahsia. rahsia hati aku.

diari ini bermula sejak aku kenal dia, pandangan pertama aku padanya telah membuat hati aku terkunci untuknya. tetapi seawal remaja aku dahulu, aku bukanlah seorang yang suka bercinta ataupun mat romeo kata orang. aku tidak begitu. aku tidak punya rupa yang kacak atau wang yang melimpah ruah untuk menjadikan aku mat romeo. tapi aku cuma ada sekeping hati yang ingin mencipta bahagia bersama seorang insan yang aku sayang sama seperti orang lain. setiap manusia mempunyai keinginan untuk hidup bahagia dan berseronok.

bila kali pertama memandangnya, hati aku berdebar kencang. mungkin cinta monyet yang melanda perasaanku sekarang ini kerana sekarang ini aku hanya seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan jeli. masih muda dan mentah untuk memikirkan tentang masa depan. tetapi kerana perasaan itu aku hidup dengan gembira dan penuh dengan hilai tawa.. tetapi.......................................

"abeeeeeeeeeeeeeeeeeyyyyy"

(tamat pendahuluan sambungan bab 1)
                (nantikan bab 1)

1 ulasan: