Rabu, 27 November 2013

aku dilema....

hari ini aku rasa bermacam2 perasaan yg hadir dari hati aku... dulu aku ingat dia boleh memahami aku.. tapi sudah lama aku bersama dengan dia tapi aku rasa seperti tiada apa2 yg aku boleh banggakan dengan cinta ini... dia tak pernah tunjuk perasaan dia pada aku sampaikan kadang2 aku rasa dia cintakan aku atau tidak,... mungkin aku buta tak nampak perasaan yg dia tunjukkan.. mungkin dia dah tunjukkan cinta dia pada aku cuma aku yang bodoh sebab tak nampak.....

sekarang aku berasa malu kerana nampak aku yng melebih2 cintakan dia.. dia tak pernah bagithu dia rindu aku.. tapi aku tiap2 hari bgthu yg aku rindu dia.. dia hanya akan bgthu yg dia borink sahaja sebab 2 nak call aku.. sebb 2 dia meseg ngan aku.. tak pernah pun dia cakap yg dia call aku and meseg aku sebab dia rindu....

aku sgt cintakan dia and rindukan dia,,, tp kdang2 aku rasa takut, takut bila terlalu menyintai dia, takut bila aku silap mentafsir cinta dia... tkt dia akan tinggalkan aku... semuanya aku takut... alangkah bahagianya aku jika dia memahami aku....

malam nie,,, entah kenapa kami bergaduh lagi.. aku tak tahu apa salah aku... aku benar2 terasa dengan dia malam ini... benar2 terasa... dia tak pernah nak berterus terang dengan aku.. selalu berahsia,... selalu simpan rahsia.. sedangkan dia tak tahu yg rahsia dia semuanya aku tahu.. cuma aku nak dengar dari mulut dia sendiri.... baru aku rasa lega... tp tak dia tetap pendamkan dan rahsiakan....

sekarang aku berserah pada takdir... jika dia benar2 menyintai aku.. aku mohon kepada mu tuhan... bukakanlah hati dia untuk memahami aku... bukakanlah hati dia untuk jujur dengan aku.. bukakanlah hati dia untuk tunjukkan sayang dia pada aku... kerana aku benar2 tidak mengetahui betapa dia cintakan aku.. atau mungkin juga dia tidak pernah cintakan aku.....aku  dilema...

Khamis, 21 November 2013

berakhir sudah kenangan lalu dan tercatit sudah kenangan baru

ROMANTIKNYA CINTA YG PERNAH AKU BINA.

JANGAN MENANGIS UNTUKKU 
AZ

sekali aku telah berjanji, tak akan ludah ku telan kembali.
kerana aku telah memilih untuk cinta hanyalah satu untuk dirimu...
namun apa yang telah engkau beri, memang benar lidah tidak bertulang!!
dulu kita pernah berjanji tak akan pernah saling menyakiti!!
cukuplah jangan menangis untuk ku, hapuslah airmatamu.
beribu ucapan maaf darimu takkan mengubah hatiku yang terlanjur terluka!!
selalu aku mencari dan terus mencuba untuk memaafkanmu
walaupun aku tahu ia hanyalah sia-sia
aku sedar cintamu ditakdirkan bukan untukku..
tiada guna lagi aku mengharap dirimu ku miliki kembali
tiada lagi rasa untuk kau kembali
gemuruh cintaku segenggam maafku takkan mungkin dapat dapat ku kesali salahku
bila lagi itu semua terjadi akan ku terima dengan rela hati
engkau membuat aku terbunuh dengan cintamu
apakan daya semua ini adalah salahku
ohhhhh.. akan kah terulang kembali kisah ini?
masa-masa kita bersama kenangan masih ada difikiranku
ohhhh. memang aku akui semuanya adalah salahku
tidak berada disampingmu disaat engkau merinduiku
memang semuanya salahku..
kini.... akan aku biarkan engkau hilang
dari akal fikiranku
dari benak ingatanku
dari lubuk hatiku
dari masa-masa silamku
akan aku buang engkau jauh agar engkau tidak pernah wujud dalam hidupku
kerana kini sepenuh cinta, rindu, jiwa dan raga ku untuk cahaya
cahaya yang hadir dalam hidupku sebagai penerang hidupku dikala engkau gelapkannya
kini dia hadir menyerikan hidup yang dulu gelap
hadirnya cahaya itu membuatkan hidupku berseri
tahukah engkau betapa aku ingin memandangmu walaupun sejenak untuk hati ini?
tahukah engkau betapa aku ingin menantimu hingga kau mampu berikan hatimu?
aku tenggelam pada yang terindah dan semakin dalam yang ku rasa
jadilah engkau bintang hatiku
terangilah seluruh jalanku
jangan kau letih menyintaiku
hingga dihujung usiaku.

  


Rabu, 13 November 2013

Semuanya salah aku

Hebat hebat... aku yg bersalag didalam hal ini.. hahahaha.. hebat hebat.. dia kata aku tak jaga hati dia.. selama ini segala yg aku lakukan untul dia masih lagi tak dianggap menjaga hatinya.. hahhha... hebat la aku nie... aku tak perasan pun yg aku tak jaga hati dia...

Aku ingat aku sudah jaga hati dia... tp sebenarnya aku tidak buat dia bahgia.. aku baru tahu hari ini yg dia tak bahagia dengan aku...

Jadi dengan itu aku putuskan rasa cinta ini untuk dia kerana cinta aku ini hanya membuat dia derita bukan bahagia.. aku tak dapat tepati tujuan aku bercinta dengan dia...

Doaku semoga dia ketemu dengan insan yg akan membuat dia bahagia.... lagipun tahun nie aje aku akan disini... tahun depan aku akan ke kedah.. harap2 permintaanku lulus....

Selasa, 12 November 2013

Date pertama bersama pu

Hhahahha... sekarang nie aku nak ceritakan tentang rancangan date yang aku rancang.. walaupun date 2 bukan hanya kami berdua yang kuar.. tp diikuti dengan beberapa orang sahabatnya iaitu fa,qi dan mai.

Walaupun begitu apa yang dirancang sudah pun dipersetujui oleh semua orang kecuali qi yang terpaksa diiringi oleh abh dan ibunya jika ingin keluar bersama kami.. hahahha.. macam2 kerenah adakan...

Aku amat bersyukur kerana pu ingin keluar denganku.. walaupun pu tak lah nampak nak sangat keluar dengan aku ttp aku rasa sedikit bahagia dan seronok kerana dia ingin keluar dengan ku.... walaupun syarat yang diberikan asalah membawa teman.. aku tak kesah asalakan dapat keluar dengan dia...

Mesti ramai yang akan kata syarat itu sebenarnya diberikan apabila kita tak mahu tapi cuba tidak mengatakan tidak supaya yg mengajak tidak berasa hati.. itulah sebenarnya syarat... maksudnya klu dia benar2 ingin keluar mesti tak da masalah... apa pun aku happy...

Tapi hari sabtu masih jauh... aku pasti hri sabtu akan jadi satu penantian yang sangat merumitkan.... aku tak nak happy awal sbb macam2 boleh berlaku... yg boleh membuatkn date tersebut cancel... jadi aky hanya boleh berdoa semoga tuhan capaikn hajat aku untuk keluar dengannya....

Harap2 temujanji ini berjalan dengan lancar... semoga tak ada sesiapa yg akan membuat perkara yang boleh cancelkan temujanji ini... ini temujanji aku walaupun dia ber4...

Kekadang

Apa yang aku rasa sekarang dia cuba untuk memahami aku... aku ucapkan terima kash kerana memahami... tp kadang2 aku pula rasa aku tak memahami dia.. kerana dia sangat pelik... aku perlu lebih masa untuk kenali dia...

Kadang2 aku rasa dia memahami aku.. tp kadang2 tidak.. seperti hari ini dalam hal kami berbincang untuk keluar bersama.. kadang2 aku rasa dia nak kuar tp dalam masa yg sama aku nampak dia seperti tak ambil kesah sgt.. pning2...

Mungkin dia ni jenis yg sembunyikan perasan dia.. macam mana ek aku nak thu klu dia tak tunjukkan... erm..

Ahad, 3 November 2013

Perlawanan bola final trw vs pahanh

Semasa aku menulis blog ini aku berada dalam bas... dalam perjalanan ke shah alam selangor untuk melihat perlawanan final bola sepak kelantan menentang pahang...

Dalm bas mlm ini sgt sejuk. Aku sekarang berada di perhentian baru gua musang... berhenti minum dan ke tandas.... hati aku tak keruan. Tak tahu apa nak buat... aku masih lg bersabar dengan sikap pu... hari ini biar aku yg mengalh.. bukan aku mengalah sebenarnya tp kerana aku tertekan dengan az.... aku perlukan pu untuk mencipta kenangan yg bru dan sekali gus melupakan kenangan bersama az..

Aku tak thu apa yg aku lafazkan td.. yg aku tahu aku lafaz dalam masa hati aku tension. Dengan tidak sedar aku luahkan kata hati yg tidak pernah terlintas dlm hati aku.. kini pu dah mula msg aku kembali tp tidak mcm dulu... aku tak kesah pun sebenarnya... sebab aku plg benci pomp yg mcm 2.. klu kami bercinta pun pasti akn menghadap perbalahan setiap hari... maaf la pu aku tak sengaja berlafaz sebegitu. Aku sebenarnya tak maksudkannya... harap dia akan membenci aku nanti.. mulai esok jika dia tak meseg aku bermakna aku juga takkan meseg dia.. aku bukan lelaki yg sanggup melutut untuk org yg tak sudi.. aku tak suka merayu.. jika tak nak sudh.. itulah faisal sabri sebenarnya...

Khamis, 31 Oktober 2013

Salah aku kah?

Hari ini aku tak fahami aper yg terjadi kenapa aku slalu bergaduh dengan pu... aku cuma mahu bahagia dengan dia.. salah ker aper yang aku buat... aku dah cuba jaga hati dia...

Aku tahu dia bukan pomp yg aku suka tp dia juga tahu tentang hal itu.. tp sekarang aku dah rapat dengan orang yang menjadi idamanku... tp dia pula mungkin sudah berpunya... aku rapat dengan mereka kerana takdirku...

Kini keadaan sudah pun dibetulkan... aku sekarang rapat dengan orang yg aku suka... tp seperti yg aku ckp dia sudah pun dimiliki hatinya.. tuhan temukan aku dengan dia sewaktu dia bermasalah.. jadi sekarang aku disampingnya sebagai tempat luah kasih.. aku tak kisah apa hubungan yg aku ada  tp aku bahagia bila lihat dia senyum dan ketawa... aku tak tahu  nak gambarkan macamana..tp yg aku boleh katakan aku akan sentiasa buat dia bahagia dan ketawa...

Aku harap suatu hari nanti bila dia tahu perasaan aku... dia akan mengerti betapa aku cintakan dia dan kenapa aku selalu disampingnya... mungkin kini dia tak mengerti tp suatu hr nanti aku pasti tuhan akan aturkan pertemuan itu... aku tak mengharapkan dapat miliki cinta dia.. aku cuma nak lihat dia ketawa dan tersenyum... itu sahaja yang aku harapkan... bila suatu hari nanti blog ini dibaca oleh pembaca... aku nak pembaca tahu yang mat romeo dahulunya suka mainkan perasaan pomp boleh insaf bila berjump dengan orang yg betul2 bermakna untuknya...

Walaupun bukan dia yg menjadi isteriku tp aku nak orang tahu yang dia telah buatkan hati ini berperasaan. Dia yang telah fikiran ini menolak cinta lain.. mat romeo yg selalunya tak pernah boleh lihat pomp kini menjadi tak hiraukan pomp....

Mungkin tuhan sudah berikan aku hati yg sebetul2nya hati...  berharap sgt yang tuhan mengerti perasaanku terhadapnya.... pu mengertilah yang engkau dihati sekarang bukan lg az... aku berharap sgt pu tahu...

Jumaat, 25 Oktober 2013

Mlm ini

Di malam hari yang sangat sepi. Bertemakan hujan lewat mendinginkan lg malam ini.... cahaya samar dari malap lampu jalan menyelubungi mlm ini.... disaat ini hatiku terasa skt lg. Skt kerana hati rasa dilukai. Aku juga tidak mengerti dilukai kerana apa tp yg aku thu sakit ini sama ku rasakan sewaktu kehilangan az...

Cahaya yg menerangi hidupku kini malap.. tidak lg disuluh cahaya... disaat aku sudah menyintainya. Ku kehilangan lg... mungkin buat selamanya... mungkin perasaan ini tidak layak untuk ku.... setelah kehilangan az dulu..

Ku sangkakan yang dia memahamiku tetapi sebenarnya tidak... mungkin hanya perasaanku saja selama ini menyangka lebih... malah dia hanya biasa-biasa saja...

Malam ini aky sendiri membiarkan cahaya itu kembali pudar.. kerana aku silap meletakkan kata cinta padanya... sepattnya aku hanya memendamkan saja perasaan ini bukannya meluahkan padanya.. kini.. aku luka sendiri...

Isnin, 14 Oktober 2013

Tentang hati

Hari ini aku tak thu knp rasa skt didalam hati berulang kembali. Mungkin aku masih ingatkn dia atau aku sudah menyintai org baru. Tpi tidak mungkin org bru kerana aku cuma menganggap mereka spt adik2 aku jer. Aku nk mereka jadi seorg kwn bkn cinta.

Tp tidak mungkin juga ia berlaku kerana aku nie tak hensem. Siapa yg nk kan. Tmbh plak diaorang cantik2. Tak da yg sepadan ngan aku. Tamhahan pula org cantik and gelemor seperti mereka pasti sudah miliki kekasih...

Aku harap mereka akn kekal sebagai seorg kawan klu tak aku akn dpt malu kelak jika mereka thu perasaan aku. Ia tak mungkin akn berlaku sebab mereka pasti tidak akn dpt menerima aku. Mereka masih muda mlah aku sudah tua...

Cinta yg tak dilafaz seharusnya aku cipta. Cinta yg sentiasa bahagia. Cinta yg tak perlukan org ketiga. Cinta yg bertemakan mimpi dan hayalan semata2. Ya cinta hayalan. Itu shj cinta boleh buat aku bahagia. Cinta yg sentiasa memahami aku..

Tak ada pomp yg faham apa yg aku inginkn. Tiada siapa memahami yg aku perlukan kasih syg, belaian manja. Tiada siapa thu yg aku suka berjalan2 bersama. Tiada org thu yg aku sukakan hilai tawa. Tiada siapa yg thu. Memang tak pernh ada yg thu. Sejauh mana aku menyintainya pasti aku ditinggalkan kelak krn mereka tidak memahami aku.. aku tak mencari yg sempurna hanya sekadar mencari yg memahami...

Umur aku sudah 25 thn nie. Aku mahukan cinta yg bnr2 memahami aku untuk dijadikn isteri. Tp aku thu takkn ada yg memahami aku. 

Khamis, 10 Oktober 2013

Semakin hari semakin aku bahagia

Hari hari aku sekarang tidak seperti dulu.. sekarag hidupku rasakan seperti penuh dengan cahaya. Cahaya yang tidak akan pernah malap dari hidupku. Aku tak akan biarkan cahaya ini malap kembali.. sekarang aku hanya perlu simpannya dihati dalam2. Tidak akan pernah aku tuturkan hal ini supaya cahaya itu tidak akan malap dan hilang.

Oh hati jangan lah engkau letakkan cinta lagi dilubukmu. Buangkanlah perasaan itu sedalam2nya agar aku tidak dihimpit kegelapan lagi.. betapa perit selama ini aku rasakan. Cinta tak perlu diluahkan. Baru hidup kita tidak akan dikecewakan dan sekali gus merasakan kegelapan hidup dikecewakan oleh cinta..

Ya tuhan engkau tabahkan hati ini untuk terus mengikuti jalanmu. Semoga hati ini tidak akan dikewekan lagi dan diri ini tidak lg hidup dalam kegelapan.

Adakah aku boleh lakukannya...?

Selasa, 24 September 2013

hari ini

hari ini aku gmbira kerana ada seseorg yg buat aku gembira dan bhgia. tp aku hanya blh pndang dia aja. btapa hati aku berkata yg aku suka dia ttp tak beri makna apa krn aku tak mungkin dpt milikinya. tp aku tetap gmbira dan bhagia dengan melihat telatah gedik and manja dia. lesung pipit dipipi buat aku tergoda kulit hitan manis menambhkn lg seri wajahnya. sangat sempurna gadis ini dimata aku. dia hanya seorang pljr. aku perlu jaga dia bkn rosakkn dia. jadi cinta hanya merosakkan dia jadi aku tak seharusnya cuba dekati dia sekadar mampu melihat dari jauh sahaja. gadis ini yg buat hidup aku bermkna skrg selepas kisahku dengan az. az kini kembali dekat denganku tp aku sudah tidak ada apa2 perasaan terhadapnya walaupun setitik air kecilnya. sekarang aku mahu hidup dengan cinta yg tak terungkap seperti sekarang. tmbhan di sekolah dia tak blh buat date. jadi tidak lah hati aku sakit bila melihat dia daye. ha3. . .   . ya tuhan engkau berilah dia kesenangan hati supaya dia bisa sentiasa senyum. engkau berikanlah masa untuknya. agar dia dpt belajar bersungguh2 untuk mengejar cita2nya. dan engkau berilah dia kekuatan agar dia dpt tmpuhi halangan2 untuk dia melangkah ke hadapan. amin... ..

Isnin, 16 September 2013

Kerja baru

Sekarang nie aku sudah dpt kerja baru. Tetap jenis kerja yg sma cuma tmptnya berlainan. Tau tak keje apa? Hahaha. Mesti la pak guard. Umur muda tp dpt panggilan pakcik.

Disini tak sama mcm disana. Disini budak2 pndai. Sekolh sains katakan. Tp pljrnya tak bermaslh sgt cuma ada perkara biasa pada masalh pljr2. Yg pomp gedik and yg lelaki gatal. Itu lumrah biasa dah. Hehehe

Klu blh aku cuba jadi guard yg terbaik. Aku cuba untuk buat seperti mn aku di sekolah menengah batu 5 dulu. Tp bukan mudah untuk semua 2 terjadi. Tp dengan izin allah insyaallah.

Isnin, 6 Mei 2013

cinta hilang lagi

susah benar nak cari cinta sekarang nie... walaupun aku ingat aku sudah pun rapat dengan dia,., tapi sebenarnya tidak.. semenjak dia berhenti kerja hari 2. aku jadi rindukan dia... utuk hilangkan rindu 2 aku nak la call dia tapi dia tak pernah nak angkt sampai sekarang.... terasa hati aku nie.. tak boleh ker dia anggap aku kawan... susah la suka kat orang nie....

aku perlu cuba untuk lupakan dia... bukan cuba tapi betul2 perlu lupakan dia.. klu tak seksa hidup aku nanti... sekarang pun dah makin terseksa dah... aku perlu buang jauh2 dia dalam hati aku... siap ajer kereta aku, aku nak g jalan2 and lupakan semua nie... aper pun aku betul2 maksudkannya... betul2 nak lupakan dia.. sekarang aku akan cuba agar tidak begitu mudah jatuh hati lagi... tapi boleh ker.. dh memang tuhan berikan aku hati sebegitu... macm mana aku nak lawankan.... hehehe.. dah takdir tuhan.....

lepas nie aku nak hiraukan kereta dan club aku jer... ada jodoh ada la awek aku... tak guna mencari wat sakit hati jer... lebih aku tunggu orang yang berkenan kat aku datang.. tak perlu nak puja yang sombong membongkak...

Sabtu, 27 April 2013

Baru 2 hari

Eem. Baru dua hr aku tak nmpk dia. Hati aku dah mula rindu. Aku tak thu lah mcm mn nk thn dengan seminggu tak jump. Sebuln. Lepas 2 sethun. Entah lah. Mmg susah nk hidup.

Isnin, 22 April 2013

Dugaan demi dugaan

Hari nie aku dapat thu yg dia ada masalh dengan kerja dia. Dia nak berhenti sebab nak kene jaga anak saudara dia yang sekarang nie mak dia yg jaga. Tp sekarang mak dia nk mula menoreh getah sebab sekarang musim pns. Tp hal ini buat dia rasa tertekan. Aku tak nk dia berhenti. Aku nk pndg dia tiap2 hari.

mungkin juga dia nk berhenti sebb tension ngan aku yang slalu dok kacau dia. Mcm mn tak terganggu dia bila ashik diusik oleh shrak. Aku la shrak 2. He3. Betul ker tak aku tulis nama makhluk hijau 2. Mesti dia pandg aku nie makhluk yg menakutkn kan. Sebb 2 sampai mcm 2 skali dia nk berhenti. Entah la....

Maafkn aku nor. Aku btl2 tak dapat buang awak dlm hdp aku. Aku btl2 tak blh lupakn dia.. Btl2 tak blh.

Sabtu, 20 April 2013

salahkah perasaan ini?

tengah hari yang malang bg aku lelaki yang tidak pernah bertuah.... sekarang aku menanggung malu kerana mencintai orang yang tak sepatutnya... dia sudah tahu yang aku menyintainya.... dia tahu segala-galanya... aku malu nak pandang dia...

kelmarin aku baru fikirkan macam mana nak kerja berjauhan dengan dia bila siap bangunan kerja aku yang baru semestinya aku perlu bertukar ke sana... dan aku pasti yang dia akan tetap disini sebab tiada transport untuk kesana... aku ingat nak gunakan masa yang ada untuk cipta kenangan bersama dia disini sebelom aku kesana.. tapi semua dah berakhir... aku nak pandang dia pun aku malu.... bodoh betul la aku nie.. mcam mana aku boleh terkantoi... mesti dia baca blog ni... apa harus aku buat sekarang...

mungkin aku tak ditakdirkan untuk hidup bahagia... hari yang bahagia tak lama aku miliki... dari kecil lagi sehingga sekarang aku masih tak dpat nak kecapi kebahagian yang aku inginkan.... tak der ker keistimewaan yang ada pada aku yang boleh buat dia terpikat... kenapa rupa dan wang yang dipandang... bahagia ker bila ada duit... bahagia ker bila ada rupa.... mungkin rupa macam aku nie hanya layak berangan untuk miliki gadis sepertinya.....

tuhan, engkau tahu betapa aku cintakan dia... sekarang dia dah tahu segalanya tentang perasaan aku. aku tahu ini semua dugaan dan takdirmu untuk memberikan dugaan untuk hambamu, dikau juga pernah berkata bahawa tiada dugaan yang akan berikan kepada orang yang engkau murkai... aku bersyukur dan redha diatas dugaan yang engkau berikan menandakan yang engkau dakat denganku.... tetapi dugaan ini terlalu berat untuk aku... ya allah. bukalah hati dia untuk menerima ku yaallah.. aku berjanji kepadamu yaallah.. aku akan sentiasa menyayanginya dan akan menjaganya seperti mana aku menjaga nyawaku... aku juga pinta kepadamu sucikanlah hati ini dari dugaan nafsu syaitan yang boleh membuat kemurkaan mu ya allah... kerana engkau tahu apa yang tersirat dan juga yang tersirat,...

sekarang nie apa yang aku rasakan hanya malu untuk berdepan dengan dia dan juga rasa bersalah kerana memberi beban kepadanya dengan mencintainya... aku dah cuba untuk melupainya dulu dan kini tapi tak boleh... ia tetap hadir di setiap mimpiku.. mujurlah aku dah ada gambar dia... dapat aku mengubat rindu ku padanya.... salahkah perasaan ini?

jika diizinkan tuhan aku nak jadikan dia permaisuri hidup aku... tapi itu tidak mungkin akan berlaku kerana dia sudah berpunya dan jika bukan sebab itu pun dia tetap tak akan pilih aku....

Rabu, 17 April 2013

betul ker aper yang aku buat sekarang?????

betul ker paer yang aku buat sekarang nie ek.... aku suka pada orang yang dah ada pakwa... dah mereka bahagia.... tidakkah kehadiran aku nie hanya akan mengganggu cinta mereka... walaupun aku tak bgthu dia.. walaupun aku tak nampakkan yang diri aku nie cintakan dia... tapi suatu hari nanti dia akan tahu juga... sejauh mana rahsia itu dipegang suatu hari nanti pasti akan tersebar jua.... sebab tiada rahsia yang akan kekal sebagai rahsia... tambahan plak aku kerja sekali ngan dia sekarang nie... aku tak boleh sembunyikan perasaan aku yang selama ini sudah lama mencari dia... 6 tahun.. lama sungguh perasaan 2 hadir, walaupun telah ramai yang aku pernah miliki tapi dia tetapo dihati aku.... kenapa ek... mungkin sebab hati aku nie kotor... kotor dengan perasaan cinta... cinta yang tak akan aku miliki....

sudah jauh aku merantau untuk lupakan dia tetapi tiada cinta sehebat ini yang pernah aku miliki.. aku memang benar2 cintakan dia.. walaupun aku telah dengar banyak hal buruk pasal diri dia tapi tiada satu pun aku ambil peduli.... cuba korang fikir.. aku dah lama tunggu dia hadir... sehinggakan aku sanggup rapat ngan adik dia untuk dapat jump dengan dia... tapi tetap kecewa.. tiba2 takdir jua yang ketemukan aku dengan dia... aku betul2 tak boleh nak lupakan dia... walaupun aku tahu dia sudah berpunya.. tetapi dalam hati aku tetap tak boleh lupakan dia.... aper yang aku perlu buat sebenarnya....

adakah tuhan temukan aku dengan dia untuk bebankan hidup dia...  ya allah engkau jauhilah dia dengan dugaan2 yang berat untuknya ya allah. aku tak sanggup untuk melihat wajahnya yang murang dengan bebanan masalah.... senyuman dia pengubat luka dan pengubat rindu aku.... aku tak pernah melupaimu ya allah.. dimana saja aku berada engkau sentiasa ada didalam hati aku... niat aku suci untuk jadikan dia isteri tercinta aku ya allah... engkau tunaikanlah niat dan hasratku ya allah...

adakah benar aku hadir untuk bebankan dia... mungkin juga.... mungkin dulu sebelom aku bekerja disini, dia sentiasa heppy tapi setelah kehadiran aku disini, rakan2 sekerja selalu mengejek dia dengan aku.. mungkin dia rasa tak selesa dan berhenti kerja....  adakah dia rasa seperti itu sekarang nie?.... apa la yang aku nak lakukan... macam mana aku nak tahu apa yang dia rasa... bila aku tanya kawan2 sekerja diaorang cakap dia tak cakap aper2 pun. bila aku fikirkan balik, dia takkan bagitahu rakan sekerja dia sebab dia 2 jenis senyap jer... kurang bercakap... senyap jer.. 

ibu aku pula dah berkenan ngan dia... tapi dia milik orang lain... jika aku masuk melamar dia, dia terima ker tak ek... boleh ker dia pandang rupa hodoh aku nie ek...

Isnin, 15 April 2013

jelingan yang menawan

hehehehehe... terlalu heppy jadi aku mulakan penulisan aku dengan ketawa.... setiap hari aku hanya boleh curi pandang dia dari tepi cpu komputer. maklumlah, cinta aku nie bukan la cinta yang diterima, tapi cinta ditolak.. hehehe.. jadi klu tak nak kene tampar kene la pandai sembunyikan perasaan macam tak der aper... tapi aku tak boleh nak sembunyikan perasaan aku pada dia, sebab itu aku malu sgt nak pandang muka dia.. takut bila aku dah pandang dia aku tak boleh nak toleh belah lain lak... maut aku nanti.. awek orang tu...

kadang2 ada aku rasa heppy dengan perasaan aku sekarang tapi kadang2 aku rasa sedih pun ada, kadang kala datang gak perasaan takut bila nampak dia macam mencuka aku jadi takut dah.,... nampak dia macam nak menangis dengan masalah dia aku pun jadi sedih gak.. bila dia ketawa terbahak2 aku jadi heppy gak.. heheh.. tapi klu dia ketawa terbahak2 tu aku tak pernah tgk lagi la dia ketawa macam 2.... dia macam wanita sopan tau... itu yang buat aku makin terpegun lihat dia...

klu la dia cakap nak tunggu aku masuk melamar. pasti aku akan usahakan untuk masuk melamar dia... aku pasti akan bahagia dengan dia. sebab sekarang nie walaupun tak dapat bersama dengan dia seperti pasangan seorang kekasih tetapi walaupun hanya melihat curi-curi, itu pun dah boleh membahagiakan aku....

tapi kini aku rasa mereka semua dah tahu tentang perasaan aku... aku tak nak dia dapat tahu... aku rasa takut dalam hati aku apabila aku lihat dia masam ajer selepas masuk rehat tadi... apa tidaknya heboh waktu rehat tadi yang aku lihat gambar dia terkantoi dengan rakan ofis.... punya la malu aku depan dia tadi... klu boleh aku tak nak dia rasa janggal atau pun bencikan aku kerana aku bahagia dengan sekarang... aku tak nak dia bencikan aku dengan begitu sekali.... aku tahu sekarang dia dah nampak lain... lain sgt... tak seperti yang sebelom nie... aku harap dia tak ambil hati dengan apa yang dicakapkan dengan rakan sekerja tadi pasal ika,, tapi sebenarnya menunjukkan pasal diri dia.. diaorang gunakan nama ika untuk tidak memecahkan rahsia aku.. tapi akhirnya dia tahu segalanya... aku ingat lagi dia pernah ada cakap aku kene minta maaf dengan ika sebab tgk gambar ika... dia la yang dia maksudkan.. tapi aku diamkan diri jer.. masa nie aku rasa nafas aku terhenti....

Rabu, 10 April 2013

hidup semakin bahagia

hari nie aku datang kerja dengan semangat yang berkobar, sebab pertama aku buat kerja yang aku suka.. yang paling penting sebab dia aku dapat jump ngan bintang hati aku.. hanya bintang hati aku.. bukan hati dia... pelikkan... memang aku nie suka buat perkara yang pelik...

hari nie aku tgk dia cantik sangat.. luruh jantung aku... tambahan pula dia semakin rapat ngan aku sekarang nie... bukan dia suka pun kat aku.. cuma rapat sebagai rakan tempat kerja... aku pun sedar diri jugak.. cinta dia untuk orang lain bukan untuk orang yang hodoh macam aku nie.... klu dia solo sekalipun dia takkan pilih aku... walaupun dia tak der pilihan dah... dia tetap takkan pilih aku.... aku rasa la.

hari nie dia pakai baju coklat kain tudung kelabu gelap berseluar jeans... aku pakaian selamba jer... tshirt putih berselaur jeans... dia pakai aper pun memang cantik.. tapi aku nie pakai la smart macam mana pun tetap tak nampak smart... klu la aku smart pasti dah dapat pikat dia.... nasib la....

misalnya dia terima aku... aku tak tahu aku boleh terima ker tidak kenyataan tu, mungkin bahagia yang aku cari akan aku miliki... tapi aku tgk dia pun aku boleh bahagia dah... mungkin semua orang cakap aku sukan dia sebab kecantikan diakan.... sebenarnya bukan kecantikan ajer yang aku pandang.. tapi dia cukup ciri2 wanita yang aku inginkan... seperti manja, pendiam. dan ada la yang susah nak dicakapkan dengan kata2.

dia cukup semua yang aku nak.. tuhan, terima kasih kerana temukan aku dengan dia, walaupun pertemuan ini hanya sekadar pertemuan itu semua sudah berbaloi. kerana adanya dia didepan mata aku buat aku kembali ceria dan bersemangat.... az masih ada dalam hati aku, belom sepenuhnya aku dapat lupakan dia... tapi dengan hadirnya dia dan kawan2 baru, aku dah boleh sedikit sebanyak lupakan az... memang nak dikira cinta yang aku bina hanya untuk dipermainkan kot... dah banyak cinta yang aku bina tapi semua hancur berkecai disimpang jalan.... sekarang aku nak orang yang aku sayang and cinta disisi aku dengan panggil sahabat sahaja... pasti aku akan bahagia dengan hubungan itu... jika dia gembira aku akan gembira.... tapi boleh ker aku tahan bila dia bermesra dengan kekasihnya.. aku nie lelaki kuat tapi tentang hati aku juga lemah....

Ahad, 7 April 2013

senyumannya menawan

wah.. pagi yang sangat indah... hari nie senyuman dia sangat mengasyikkan. memang cantik.... ayu jer... wah wah wah.... pasti beruntung siapa yang dapat miliki pomp nie... tak banyak cakap.. pendiam. cukup ciri citarasa aku.. dulu aku kejar dia hanya kerana dia buat aku terpaku dan terpegun lihat dia.. tapi sekarang bila dok dekat lagi la buat aku terpegun... cukup sempurna di mata aku... cukup sifat yang aku inginkan... perfect....

kalau la akiu ada jodoh dengan dia... akan aku curahkan segala kasih sayang yang aku ada untuk kebahagian dia... jika dinilai dia memang bukanlah secantik bidadari tapi maksud aku cukup sempurna kerana dia cukup sifat wanita yang aku ingin miliki.... aku akan terus mengenali dia sehingga kehujung nyawaku... jika aku tidak dapat bersama dengan dia sebagai seorang kekasih. aku akan cuba mengenali dia sebagai seorang sahabat... sahabat yang boleh membuat hati aku berdentum kuat bila bertemu , apatah lagi jika berada dekat2. aku rasa luruh segala jantung aku... hahaha...

maaf yer kawan2. disini aku tak boleh tuliskan nama dia agar tiada kontrolversi nanti... aku tak minat gosip murahan... hehehe.. tapi klu gosip ngan dia aku nak.. hehehhe,,,, aku pun tak tahu sejauh mana cinta aku pada dia.. tapi apa yang aku tahu hidup aku bahagia dengan hadirnya disisi aku selepas az pergi dari hidupku... tuhan memang hebat, memang maha kuasa, dia akan berikan apa yang mampu tapi bukan apa yang kita nak...

sudah 2 minggu lebih aku kerja kat sini... nampaknya dia pun dah mula tegur aku,, tapi tak banyak la.. mungkin sepatah dua jer... klu la dia tahu yang selama nie aku kejar dia.. pasti dia akan benci aku, sebab aku yang tak da rupa nie pernah mengacau dia.. aku rasa dia akan lempang muka aku. jadi sejarah kedua la aku kene tampar dengan orang yang aku sayang.

jika dimakbulkan tuhan, doa aku selama 6thn ini, aku pasti akan bahagia dan aku akan bersyukur diatas kurniaan tuhan, aku akan jaga dia lebih dari nyawa aku... aku tak kesah siapa dia dan apa sejarah hidupnya. yang aku mahu aku nak hidup bahagia bersamanya.. tuhanku, bukakanlah hatinya untukku....

Rabu, 3 April 2013

hari yang bertuah

aper yang aku cakap kan dahulu ada seorang yang aku terlalu gilakan sampai aku sanggup pergi ke pasar tiap2 hari untuk bertemu muka dengannya kini bekerja bersama dengan aku ditempat aku bekerja... terkejut juga bila kali pertama aku pandang dia semasa aku interview. aku nampak dia keluar dari kedai yang aku ingin pergi.. aku sangkakan dia akan berkahwin tapi rupanya dia bekerja disini... luruh habis jantung aku bila tahu semua nie... seronoknya.... he3....

kini aku kerja dalam butik boleh la aku berjumpa dengan dia... kalau aku kerja kat stor tak boleh la nak pandang dia.... klu korang semua nak tahu,.. sekarang pun aku ngan pandang dia.. cantik tau sekarang nie... rasa seronok juer aku bila dapat tgk wajah dia masa dia senyum, ketawa.. fuh... meleleh beb... cun melecun....

aku sanggup tolak tawaran kerja yang bergajikan rm3800 kerana ingin bekerja satu bumbung dengan dia... walaupun aku tahu dia tak boleh jadi milik aku, dan dia pun tak tahu sebenarnya yang aku ada hati pada dia... dan aku pernah mengejar dia dulu.... singkap sungguh masa berlalu... klu nak dikira dah 6 tahun aku pendamkan semua 2...

ya tuhan... terima kasih kerana makbulkan doaku ya allah... aku percaya dengan takdir pertemuan yang engkau ciptakan untuk aku.. jika dia engkau ciptakan untuk ku.. berikanlah hatinya kepadaku seperti mana hati ini engkau ciptakan untuknya... engkau tabahkan jua hatiku untuk terima ia seadanya dan panjangkan jodohkan serta panjangkan juga nyawanya... aku terima ia seadanya ... aku tak kesah apa latar belakang dia.., dan apa sejarah hitam dalam hidup dia... yang aku tahu menyintainya sepenuh hati aku... tapi tuhan... hanya engkau yang tahu tentang cinta ini... cinta yang engkau beri dalam bentuk hati... aku takkan luah dan aku takkan cerita pada sesiapa pun... jika ia jodoh aku dia akan jadi milik aku suatu hari nanti.. jika dia bukan jodohku aku terima dengan redha. jika dia bahagia dengan cinta dia aku turut bahagia, jika dia bahagia dengan perkahwinan dia aku turut bahagia.. aku mohon padamu ya allah. siapa pun yang engkau jodohkan untuk dia, tolonglah berikan kebahagian untuk dia... aku tak sanggup melihat dia menangis atau sengsara.. adakah ini cinta sebenar tuhanku..

aku tak der sesiapa yang boleh dikongsi... hanya engkau dan blok ini ya allah yang aku boleh berkongsi.. tak ada sesiapa didunia ini yang aku boleh percaya.. aku mohon berikan dia kebahagiaan dan kesihatan yang baik ya allah.... amin ya rabbal alamin....

Khamis, 28 Mac 2013

kerja baru

hari nie aku dapat kerja baru. dah seminggu aku bekerja.. dah boleh buat sendiri dah.. memang susah sebenarnya nak buat pelamin nie.,. kene kreatif tapi bila aku belajar dalam masa seminggu aku dah boleh buat dengan sendiri.. walaupun gajinya murah. aku seronok dengan kerja aku sekarang.. kerana kawan2 yang sporting... selly yang lembut tapi penyayang dan perihatin.. jaha yang garang tapi ada belas kasihannya. apit budah skima yang sangat rajin. juki budak smart yang tak kedekut no fon,. wan budak yang tak pernah jemu tegur aku bila aku buat silap... ada kawan2 pomp tapi tak berapa rapat lagi ngan aku.. ada yang bernama maria. semua orang poanggil dia kakak tapi aku tak kerana umur aku dah 25 tahun.. anis, ma, nor dan zila. diaorang kurang rapat sikit dengan aku sebab diaorang pomp.. tapi aku tgk diaorang okey jer semua... aku bahagia sekarang nie tampa cinta aku.. betul kata kawan2 aku. seorang pergi ramai akan datang,, tapi bukan sebagai kekasih tapi cinta aku.. ada kisah disebalik seorang wanita dalam semua ini.. nanti saya ceritakan dilain masa kerana sekarang tengah kerja...

Sabtu, 2 Februari 2013

Hr nie aku pergi ke hospital kota baru untuk melawat ayah kawan aku. Ayah dia masuk wad crw. Kat hospital nie hanya 2 org yg dibenarkn msk setiap satu katil. oleh kerana itu lah berselerak pelawat2 yg menunggu giliran untuk msk melawat pesakit. Apa pun aku dah  blh masuk.

Ahad, 27 Januari 2013

Kete baru lps basuh

Lama dah tak hiraukan kete tp hari nie baru rasa kete diabaikan. He3. Skrg nie baru la nak g cuci, nak baiki tuu nak baiki nie. Hu3

Sabtu, 26 Januari 2013

Luahan hati

Kadang2 kt lupa yg membahagiakan kt bukan seorang kekasih tapi sahabat. Tapi knpa bila seseorang kekasih itu bergaduh sahabatlah mangsa lepas kemarahan si kekasih tetapi sahabat ttp tabah dan sabar malah cuba sedaya upaya untuk membuat si pencinta tadi happy tapi bila hubungan cinta si pencinta tadi sudah elok. Sahabat sekali lg diabaikan. Perkara yang sama berulang sehingga sahabat ini masih lg digelar sahabat di hati si pencinta.

Betul ker

Yes. Love is indeed blind. love that can bring happiness and destruction to people have love. But many people do not understand. Love has to be filled with trust and honesty, not the main love. That's the wrong person in love. If only love that poured out love is just sheer joy and it is only temporary. this is the real love

Mee celup

Nie adalah menu aku ptg nie. Bersantai sambil merempit

Rabu, 23 Januari 2013

Nasi aym

Mlm nie mkn nasi aym special kat kedai bt6. Aku suka la kdg2 2 lpk kat kdi nasi aym nie selain kedai kak janda aku 2. He3. hdp nie memg menyernokkan jika kita plh untuk seronok. Selama nie aku bdh krn pilih cerita hindustan sebgai jaln hidup. Sekarang tak lg. Cinta 2 sebenarnya permainan hdp yang perlu kita bina berdasarkan prinsp yg kt bina. Jika kita bina berdasarkan prinsip yg elok, elok lah cinta itu dan jika kita bina menggunakan prinsip yg buruk, buruk lah cnta itu.
aku fhm satu benda sekarang nie pasal cinta. Pomp sekarang terlalu murah untuk lelaki yang mhl. dan pomp akal mhl jika lelaki 2 murah. Murah mhl lelaki disini bukan la harga tapi ego. Sy dapat lht pomp jadi murah bla lelaki 2 pandai memujuk dan tinggikan ego. Tapi bila lelaki kurangkan ego kerana terlalu menyintai seseorang 2, pomp pasti akn jual mhl. Sehinggakan pomp yg dah tak da apa2 maruah diri pun tak boleh nak terima lelaki yg murah nie dengn ikhlas. Itulah yg sy belajar dari perjalanan hidup aku selama ini.

Malam nie aku tak boleh tidur krn trgtkan dia. Mungkin aku masih perlukan masa untuk lupakan dia spnhnya. aku harap tak jump dia lg. Aku tak pasti klu jump dia aps yg akn aku rasa nanti. skrg aku nal g kedah. Hidup mcm dulu balik. Happy jer 24jam, tak der lgsg masalah.

Selasa, 22 Januari 2013

Menungkat kedai janda

Borink punya pasal aku fikir nak g nukak kedai janda junbul besar gelaran dia. Maksudnya minum air kedai janda bontot besar. Kejap lg aku g. janda 2 adalah kak angkat aku. He3. Bila bosan ada gak hiburannya bila dok kat sana. He3

Teringat kngan lama

Ai... Tringat kenangan lama bersama club moto di kedah. Dulu memang seronok. Jalan2 pusing kedah jalan2 pusing malaysia. Jika boleh ubah masa. Emmmmm

sudah berakhir

mlm nie aku n az bergdh lg. tp hr nie aku btl2 lepaskan az pergi dr hati aku. dia tak fhm n tak pernh ambl fhm perasaan aku. bg dia aku berslh dan memang btl aku berslh. blh ker aku bhgia. Mesti la blh knp tidak plak. Dia tidak endah dgn prinsip aku. Bukan mudah untuk trm dia diatas apa yg pernh berlku pada dia. Dasar pomp. Dia tak bolh pun trm aku ngan ikhlas bila dia persoalkan prinsp aku. macam 2 tanda dia boleh terima aku seadanya.. hah... feedup betul aku...dia sengaja nak permainkan aku ajer yang sebanrnya, cuma aku yang bodoh, buta kerana cinta... sekarang dia dah pergi dalam hidup aku.. dengan kebencian yang dia tinggalkan buat aku mudah untuk lupakan dia... aku memang boleh bahagia tampa dia...dia tak da lagi la aku bahagia... tak payah pening kepala nak fikir pasal dia lagi and tak yah penng kepala nak bela keburukan dia dari orang kampung and kawan2... semua sudah berakhir...

Ahad, 20 Januari 2013

kepercyaan itu belom aku gapai

hr berlalu. masa berlalu. tetapi kepercyaan yg aku harapkan dr az msh belom dpt aku gapai. susah ker untk az memberikan kepercyaan kpd ku. sungguh susah. aku msh menanti.