Khamis, 31 Oktober 2013

Salah aku kah?

Hari ini aku tak fahami aper yg terjadi kenapa aku slalu bergaduh dengan pu... aku cuma mahu bahagia dengan dia.. salah ker aper yang aku buat... aku dah cuba jaga hati dia...

Aku tahu dia bukan pomp yg aku suka tp dia juga tahu tentang hal itu.. tp sekarang aku dah rapat dengan orang yang menjadi idamanku... tp dia pula mungkin sudah berpunya... aku rapat dengan mereka kerana takdirku...

Kini keadaan sudah pun dibetulkan... aku sekarang rapat dengan orang yg aku suka... tp seperti yg aku ckp dia sudah pun dimiliki hatinya.. tuhan temukan aku dengan dia sewaktu dia bermasalah.. jadi sekarang aku disampingnya sebagai tempat luah kasih.. aku tak kisah apa hubungan yg aku ada  tp aku bahagia bila lihat dia senyum dan ketawa... aku tak tahu  nak gambarkan macamana..tp yg aku boleh katakan aku akan sentiasa buat dia bahagia dan ketawa...

Aku harap suatu hari nanti bila dia tahu perasaan aku... dia akan mengerti betapa aku cintakan dia dan kenapa aku selalu disampingnya... mungkin kini dia tak mengerti tp suatu hr nanti aku pasti tuhan akan aturkan pertemuan itu... aku tak mengharapkan dapat miliki cinta dia.. aku cuma nak lihat dia ketawa dan tersenyum... itu sahaja yang aku harapkan... bila suatu hari nanti blog ini dibaca oleh pembaca... aku nak pembaca tahu yang mat romeo dahulunya suka mainkan perasaan pomp boleh insaf bila berjump dengan orang yg betul2 bermakna untuknya...

Walaupun bukan dia yg menjadi isteriku tp aku nak orang tahu yang dia telah buatkan hati ini berperasaan. Dia yang telah fikiran ini menolak cinta lain.. mat romeo yg selalunya tak pernah boleh lihat pomp kini menjadi tak hiraukan pomp....

Mungkin tuhan sudah berikan aku hati yg sebetul2nya hati...  berharap sgt yang tuhan mengerti perasaanku terhadapnya.... pu mengertilah yang engkau dihati sekarang bukan lg az... aku berharap sgt pu tahu...

Jumaat, 25 Oktober 2013

Mlm ini

Di malam hari yang sangat sepi. Bertemakan hujan lewat mendinginkan lg malam ini.... cahaya samar dari malap lampu jalan menyelubungi mlm ini.... disaat ini hatiku terasa skt lg. Skt kerana hati rasa dilukai. Aku juga tidak mengerti dilukai kerana apa tp yg aku thu sakit ini sama ku rasakan sewaktu kehilangan az...

Cahaya yg menerangi hidupku kini malap.. tidak lg disuluh cahaya... disaat aku sudah menyintainya. Ku kehilangan lg... mungkin buat selamanya... mungkin perasaan ini tidak layak untuk ku.... setelah kehilangan az dulu..

Ku sangkakan yang dia memahamiku tetapi sebenarnya tidak... mungkin hanya perasaanku saja selama ini menyangka lebih... malah dia hanya biasa-biasa saja...

Malam ini aky sendiri membiarkan cahaya itu kembali pudar.. kerana aku silap meletakkan kata cinta padanya... sepattnya aku hanya memendamkan saja perasaan ini bukannya meluahkan padanya.. kini.. aku luka sendiri...

Isnin, 14 Oktober 2013

Tentang hati

Hari ini aku tak thu knp rasa skt didalam hati berulang kembali. Mungkin aku masih ingatkn dia atau aku sudah menyintai org baru. Tpi tidak mungkin org bru kerana aku cuma menganggap mereka spt adik2 aku jer. Aku nk mereka jadi seorg kwn bkn cinta.

Tp tidak mungkin juga ia berlaku kerana aku nie tak hensem. Siapa yg nk kan. Tmbh plak diaorang cantik2. Tak da yg sepadan ngan aku. Tamhahan pula org cantik and gelemor seperti mereka pasti sudah miliki kekasih...

Aku harap mereka akn kekal sebagai seorg kawan klu tak aku akn dpt malu kelak jika mereka thu perasaan aku. Ia tak mungkin akn berlaku sebab mereka pasti tidak akn dpt menerima aku. Mereka masih muda mlah aku sudah tua...

Cinta yg tak dilafaz seharusnya aku cipta. Cinta yg sentiasa bahagia. Cinta yg tak perlukan org ketiga. Cinta yg bertemakan mimpi dan hayalan semata2. Ya cinta hayalan. Itu shj cinta boleh buat aku bahagia. Cinta yg sentiasa memahami aku..

Tak ada pomp yg faham apa yg aku inginkn. Tiada siapa memahami yg aku perlukan kasih syg, belaian manja. Tiada siapa thu yg aku suka berjalan2 bersama. Tiada org thu yg aku sukakan hilai tawa. Tiada siapa yg thu. Memang tak pernh ada yg thu. Sejauh mana aku menyintainya pasti aku ditinggalkan kelak krn mereka tidak memahami aku.. aku tak mencari yg sempurna hanya sekadar mencari yg memahami...

Umur aku sudah 25 thn nie. Aku mahukan cinta yg bnr2 memahami aku untuk dijadikn isteri. Tp aku thu takkn ada yg memahami aku. 

Khamis, 10 Oktober 2013

Semakin hari semakin aku bahagia

Hari hari aku sekarang tidak seperti dulu.. sekarag hidupku rasakan seperti penuh dengan cahaya. Cahaya yang tidak akan pernah malap dari hidupku. Aku tak akan biarkan cahaya ini malap kembali.. sekarang aku hanya perlu simpannya dihati dalam2. Tidak akan pernah aku tuturkan hal ini supaya cahaya itu tidak akan malap dan hilang.

Oh hati jangan lah engkau letakkan cinta lagi dilubukmu. Buangkanlah perasaan itu sedalam2nya agar aku tidak dihimpit kegelapan lagi.. betapa perit selama ini aku rasakan. Cinta tak perlu diluahkan. Baru hidup kita tidak akan dikecewakan dan sekali gus merasakan kegelapan hidup dikecewakan oleh cinta..

Ya tuhan engkau tabahkan hati ini untuk terus mengikuti jalanmu. Semoga hati ini tidak akan dikewekan lagi dan diri ini tidak lg hidup dalam kegelapan.

Adakah aku boleh lakukannya...?