Sabtu, 20 April 2013

salahkah perasaan ini?

tengah hari yang malang bg aku lelaki yang tidak pernah bertuah.... sekarang aku menanggung malu kerana mencintai orang yang tak sepatutnya... dia sudah tahu yang aku menyintainya.... dia tahu segala-galanya... aku malu nak pandang dia...

kelmarin aku baru fikirkan macam mana nak kerja berjauhan dengan dia bila siap bangunan kerja aku yang baru semestinya aku perlu bertukar ke sana... dan aku pasti yang dia akan tetap disini sebab tiada transport untuk kesana... aku ingat nak gunakan masa yang ada untuk cipta kenangan bersama dia disini sebelom aku kesana.. tapi semua dah berakhir... aku nak pandang dia pun aku malu.... bodoh betul la aku nie.. mcam mana aku boleh terkantoi... mesti dia baca blog ni... apa harus aku buat sekarang...

mungkin aku tak ditakdirkan untuk hidup bahagia... hari yang bahagia tak lama aku miliki... dari kecil lagi sehingga sekarang aku masih tak dpat nak kecapi kebahagian yang aku inginkan.... tak der ker keistimewaan yang ada pada aku yang boleh buat dia terpikat... kenapa rupa dan wang yang dipandang... bahagia ker bila ada duit... bahagia ker bila ada rupa.... mungkin rupa macam aku nie hanya layak berangan untuk miliki gadis sepertinya.....

tuhan, engkau tahu betapa aku cintakan dia... sekarang dia dah tahu segalanya tentang perasaan aku. aku tahu ini semua dugaan dan takdirmu untuk memberikan dugaan untuk hambamu, dikau juga pernah berkata bahawa tiada dugaan yang akan berikan kepada orang yang engkau murkai... aku bersyukur dan redha diatas dugaan yang engkau berikan menandakan yang engkau dakat denganku.... tetapi dugaan ini terlalu berat untuk aku... ya allah. bukalah hati dia untuk menerima ku yaallah.. aku berjanji kepadamu yaallah.. aku akan sentiasa menyayanginya dan akan menjaganya seperti mana aku menjaga nyawaku... aku juga pinta kepadamu sucikanlah hati ini dari dugaan nafsu syaitan yang boleh membuat kemurkaan mu ya allah... kerana engkau tahu apa yang tersirat dan juga yang tersirat,...

sekarang nie apa yang aku rasakan hanya malu untuk berdepan dengan dia dan juga rasa bersalah kerana memberi beban kepadanya dengan mencintainya... aku dah cuba untuk melupainya dulu dan kini tapi tak boleh... ia tetap hadir di setiap mimpiku.. mujurlah aku dah ada gambar dia... dapat aku mengubat rindu ku padanya.... salahkah perasaan ini?

jika diizinkan tuhan aku nak jadikan dia permaisuri hidup aku... tapi itu tidak mungkin akan berlaku kerana dia sudah berpunya dan jika bukan sebab itu pun dia tetap tak akan pilih aku....

Tiada ulasan: